Letih,
Letih menghadap kerenah manusia,
Kadang terfikir mahu menghilang saja.Tapi lumrah manusia perlukan manusia,
Dan setiap manusia ada kerenahnya,
Kita sendiri kadang terlupa ada hati yang terluka kerana kita.Jika letih berehatlah,
Jangan menghilang, jangan berhenti,
Jangan lari, jangan putus harap.Semoga letih hari ini dibayar dengan sesuatu yang bererti,
Suatu hari nanti, pasti.Hanem_mini / 13/8/2017 🕊
YOU ARE READING
BUNYI TENAGA
Puisisebuah puisi tentang semangat yang tak didendang. sebuah puisi tentang bangkitnya tenaga yang pernah lemah.