BABY SITTER

9 1 0
                                    

♡1♡
******

       MENGELAMUN sehari hari sambil duduk menjaga bayi sudah menjadi rutin hidupnya kini. Walau pun hasratnya itu tidak diluahkan kepada sesiapa setakat ini tetapi dia tidak berdiam sebegitu saja. Malah semangatnya semakin kuat untuk itu. Sudah lama dia berangan angan hendak menikmati kehidupan di tengah tengah Kotaraya tetapi hasratnya itu masih tidak kesampaian lagi sehingga kini. Hanya keputusan nekadnya saja yang mampu menentukannya. Fikir Selieyna begitu.

"Eh! Hai...May I?"
"Awak seorang saja...kan?"

Tiba tiba datang seorang lelaki sambil menegurnya. Kemudian datang pula seorang perempuan sambil sedikit tergesa gesa mengambil tempat duduk di sebelah lelaki itu. Selieyna yang berdiam seketika dari tadi hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Dia menarik sedikit gelas minuman di hadapannya. Perempuan berbadan gemuk sedikit itu pun berbunyi sambil menegurnya dengan berkata.

"Excuse me...dik!"
"Akak mengganggu sedikit!"
"Awak tak apa...kan?"

Tegur perempuan gemuk itu sambil bertanya gaya meminta izin pula. Selieyna hanya tersenyum sambil memandang dan sebentar dia bersuara dengan berkata.

"Oh! Tak apa.."
"Lagi pun...Kebetulan saya seorang saja!"

Selieyna bersuara sambil menunjukkan sedikit kemesraan. Dia dalam pada itu sedikit teragak agak pula. Bimbang juga dia kalau kalau mereka mengusul tanya tentang dirinya yang hanya bergelar seorang baby sitter sahaja sekarang. Berubah air mukanya seketika. Selieyna mengalihkan perhatiannya ke luar untuk seketika. Timbul pula perasaan berdebar debarnya dengan tiba tiba. Dia tidak tahu mengapa dia dengan tak semena mena menjadi berubah sikap. Sememangnya hati seorang gadis selalu begitu. Tidak adanya pengertian lagi bilamana maruah tercabar. Fikirnya sekali lagi sambil di dalam hati. Dia cuba untuk bersikap seperti biasa. Dan sambil itu dia terkesan hendak berbual mesra pula. Selieyna memerhatikan seketika Nasi Minyak di hadapannya. Dia mencapai sudu dan garfu lalu menyuapkan makanan ke mulut. Lumrah seorang Gadis Melayu memang begitu. Sentiasa murah dengan senyuman dan mudah pula beramah mesra dengan sesiapa. Begitu juga dengan Selieyna yang kelihatan begitu rancak sambil berbual dengan mereka berdua. Mereka seolah olah sudah lama mengenali di antara satu sama lain. Pada hari ini dia seakan melompat lompat kegirangan setelah menerima satu tawaran yang sangat tidak terduganya. Perempuan Gemuk itu rupa rupanya seorang Pemilik sebuah Syarikat Penerbitan Terkenal di sini. Seleiyna telah ditawarkan bekerja di Syarikatnya. Dia diminta menghadirkan diri ke pejabat pengurusan CREAT SKILL Publishing Co. Ltd. pada Isnin depan. Selieyna pulang ke rumah dengan perasaan gembira dan sungguh senang hati. Dia bercadang hendak membuat persediaan awal untuk hari yang cukup bersejarah di dalam hidupnya itu nanti.
       Dengan menunggang motor kapcai milik abangnya Selieyna dengan semangat berkobar kobar sambil menghala menuju ke pejabat Syarikat CREAT SKILL Publishing Co. Ltd. Dia dengan berpakaian sepasang Baju Kurung bersedondon tiba di Pekarangan Pejabat Syarikat itu tepat jam lapan pagi. Dengan perasaan berdebar debar Seleiyna memanjat tangga Bangunan Wisma Qalby untuk ke Pejabat Pengurusan Syarikat milik perempuan gemuk itu seperti mana alamat yang diberi ada di tangannya. Sambil sekeping Envelop di tangan dia menekan butang penggera ada tersedia di luar bilik pejabat itu. Sebentar muncul seorang wanita di muka pintu lalu menjemputnya masuk. Bermacam macam perasaan timbul di dalam hatinya sambil duduk di kerusi ada tersedia di hadapan meja perempuan gemuk itu. Rasa bangga bercampur gementar seakan turut menemaninya di pagi ini. Serba tidak kena dia bila berhadapan dengan Puan Aishah Eliyana yang sedang duduk memerhatikan sehelai dokumen ada di Tangannya. Sebentar wanita itu tadi pun keluar. Dia dengan berbekalkan beberapa keping Dokumen beserta Sijil Tamat Sekolah kelihatan begitu setia sambil duduk menghadap bakal Bos Besarnya itu. Timbul sedikit Optimis di hatinya dengan tiba tiba. Satu keyakinan seolah olah mulai hadir menyelinap ke segenap jiwa sanubarinya setelah Puan Aishah Eliyana memerhatikan dirinya sambil sedikit tersenyum. Dia seboleh mungkin cuba menahan dirinya dari berasa terlalu yakin di ketika ini. Lagi pun Selieyna memang membencikan perasaan berharap apalagi jika dikecewakan. Dia seakan terpaksa berkompromi dengan gelodak jiwanya. Sebentar Puan Aishah Eliyana meminta Selieyna menunjukkan semua dokumen serta sijil untuk dia menelitinya terlebih dahulu. Selieyna sambil tersenyum lalu menghulurkan envelop berisi semua dokumen diperlukan kepada perempuan gemuk itu. Dia menunduk seketika sambil memandang ke bawah. Hatinya sedikit tertanya bagaimanakah penerimaan perempuan itu dengan kelayakannya itu. Puan Aishah Eliyana memerhatikan kepada Selieyna sambil tersenyum kepadanya. Dia seolah olah ada sesuatu yang ingin dia perkatakan kepada Gadis di hadapannya itu. Lama ditenungnya ke seraut wajah manis Selieyna gadis yang sempat dia berkenalan di sebuah Restoran baru baru ini. Sebentar dia pun bersuara dengan berkata kepada Gadis itu.

MENGAPA AKUWhere stories live. Discover now