MAJLIS GEMILANG BESERTA SALAM PERKENALAN

0 1 0
                                    

♡3♡
*****

        PERTEMUAN pertama kali di dalam satu majlis seperti ini amat memberangsangkan sekali buat seorang personaliti seperti anak gadis yang bernama Allesandra Salieyna Arianti Binti Sahab Mohamad Fasahin ini. Dalam Majlis Malam Sayembara & Deklamator Puisi pada malam ini juga jelas sekali dapat dilihat betapa Salieyna dia begitu mengharapkan sesuatu yang lebih siknifikan dan serta lebih bermakna dalam menyampaikan mesej deklamasi ciptaannya itu. Setelah beberapa orang pendeklamator tampil menyampaikan hasil karya ciptaan mereka. Dirinya seakan tersentak bilamana dijemput naik ke pentas untuk menyampaikan sebuah puisi hasil karya ciptaannya sendiri pada malam ini. Dia memilih sebuah hasil karya ciptaan terbarunya yang berjudul Salam Keindahan Beserta Salam Kerinduan untuk semua tatapan pendengar dan serta para hadirin di dalam Majlis pada malam ini.

"Sahabat Ku
Seandainya Dikau mendengar di saat ini
Aku mungkin sudah berada jauh dari
Hati dan juga jasad mu hanya kerana diri Ku kini tidak mungkin lagi
Mampu untuk membiasakan bahasa bahasa keindahan dan serta
Bibit bibit bahasa kerinduan sepertimana dahulu buat tatapan mu
Aku kali ini
Mungkin bakal berada tersisih jauh dari diri mu hanya kerana diri Ku
Hanya anak dagang yang sekadar menumpang di rantau hati insani yang begitu daif lagi asing buat Ku
Namun
Sahabat Ku
Percayakah kalian bahawa hidup ini
Tidak pernah luntur dengan airmata sedang hati sering merintih merindukan pada kalian
Sahabat Ku
Hari ini belum bisa menjanjikan apa apa buat sesiapa
Kerana
Besok bakal menjelang dengan kehadiran sinar mentari pagi yang penuh luhur pada sifat kejadian ciptaan Nya
Aku
Tetap masih di sini
Menanti kalian hadir
Dan
Itu pun jika kalian masih mengingati diri Ku di sini
Terimalah diri Ku seadanya
Diri Ku ini
Bagi Ku sahabat Ku
Aku tidak pernah melupakan semua itu
Apalagi kalian semua
Sebagai teman
Sebagai sahabat
Sebagai saudara
Sebagai sebahagian daripada keluarga
Percaya atau tidak
Sahabat semua
Aku sering bersama kalian
Di hati sering merindu
Di mata sering tertidur
Dan
Tiada apa yang bisa didustai dari diri Ku
Kerana
Hadirnya diri Ku
Ibarat seperti
Dian yang sering memberi suatu sinar
Dan
Bagi diri kalian semua
Aku tidak mungkin timbul andai tanpa kalian semua
Di sini
Aku cuba mengotakan sebuah janji
Di sini juga
Aku mencuba sedaya diri Ku
Bagi
Sebuah penghayatan penghidupan
Buat
Kalian semua
Sebagai
Sebuah
Salam Keindahan
Beserta
Sebuah
Salam Kerinduan
Dari sahabat mu
Hingga
Kekal abadi selama lamanya."

Hadirin semua yang ada kelihatan seperti diam dan membisu buat seketika bila mendengar bait demi bait yang sedang dibaca oleh seorang gadis yang hanya dikenali sebagai ALLISYA itu. Perbualan demi perbualan kelihatan seakan sedang berlangsung di antara kalangan mereka sesama mereka yang hadir sambil tidak berganjak di tempat duduk masing masing. Salieyna dia sejurus selesai sahaja mendeklamasikan sebuah puisi ciptaannya itu lalu terus berkata.

"Kepada sekelian yang hadir di malam majlis pada malam ini saya sukacita mengunjurkan maklum kepada saudara serta saudari semua sebagai sebuah hadiah Salam Perkenalan daripada saya Allisya."

Sejurus kemudian Salieyna pun lalu membaca sebuah kalungan puisi dari ilham ciptaannya sendiri kepada sekelian hadirin yang ada di dalam Dewan Sayembara Agung Putra Badlishah itu. Mereka di kalangan sekelian yang mendengar kesemuanya bagaikan terpegun mendengar bacaan puitis daripada gadis itu. Dewan Sayembara Agung Putra Badlishah dengan tiba tiba sahaja menjadi sunyi dan sepi seperti tiada sebarang penghuni pula bila dirasakan. Salieyna dia terus membaca bait demi bait daripada ayat ayat puisi ciptaannya itu dengan penuh puitis sekali. Ternyata persembahannya pada malam ini begitu berkesan dan benar benar mampu menguasai para hadirin di malam Majlis Malam Sayembara & Deklamator Puisi di sini di malam ini. Sejurus Salieyna kembali di tempat duduknya kelihatan beberapa orang yang ada duduk di situ memuji muji serta pula sama sama berjabat tangan dengannya sebagai tanda penghormatan bagi dirinya pada malam ini. Terbukti kehadiran dirinya pada malam ini tidak hanya sia sia sahaja. Beberapa buah novel hasil daripada karyanya turut sama laris dibeli oleh mereka yang sama sama hadir di Majlis ini pada malam ini. Kira kira jam 10.00p.m barulah dia bergerak pulang setelah Majlis menutup tirainya untuk malam ini. Jam 11.00p.m Salieyna tiba di rumah sambil lampu neon sedang masih menyala ada di luar rumah. Setelah puas mengetuk pintu barulah Ibunya bangkit sambil membuka pintu rumah.
        Di pejabat di pagi ini semua staf memandang kepadanya sejurus saja dia tiba. Seketika duduk sebentar Cik Rosalind datang menyatakan bos mereka mahu berjumpa dengannya sambil menunggu di bilik pejabat. Salieyna tanpa berlengah dia lalu terus berjalan menuju ke bilik Puan Aisyah Eliyana yang sedang duduk menunggunya di situ. Seketika mengetuk pintu dan sebentar dia pun diminta masuk. Sambil tersenyum Puan Aisyah Eliyana seketika meminta Salieyna duduk di hadapannya. Salieyna menarik sedikit kerusi di hadapannya sambil meletak punggung. Sebentar dia pun bertanya seraya berkata kepada bosnya itu.

"Ya! Puan panggil saya?"

Tanyanya kepada bosnya itu. Puan Aisyah Eliyana seketika dia menganggukkan kepalanya. Kemudian dia pun bersuara dengan berkata kepada anak buahnya itu.

"Saya dengar...awak bukan main bergaya lagi semalam?"
"Kebanyakan yang datang...semuanya memuji muji awak!"

Puan Aisyah Eliyana seolah olah dia cuba menyelami hati dan perasaan anak buahnya itu sambil sedikit mencari kepastian pula melihat kepada gayanya. Salieyna dia jadi turut tersenyum bila diajukan pertanyaan begitu oleh bosnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak dia menceritakan kepada bosnya di ketika ini. Namun padanya sesuatu yang baik itu seeloknya dikongsi bersama. Teringat pula dia kepada pegangannya ketika mereka semua sama sama di zaman alam persekolahan dulu. Sebentar mengelamun bosnya pun tiba tiba sahaja berbunyi bertanya kepadanya sambil berkata.

"Bukan main hebat juga dengan sambutan mereka semua semalam?"

Tanya Puan Aisyah Eliyana. Dia mahu sekali berkongsi kegembiraannya bersama bosnya itu. Dan dalam pada itu dia juga mengharapkan segala usahanya itu tidak dipandang jengkel oleh barang sesiapa pula. Manalah tahu kalau kalau Puan Aisyah Eliyana hanya akan memandang enteng sahaja dengan apa yang sedang dia rasakan sekarang ini. Salieyna merenung seketika kepada bosnya di hadapan itu. Seolah olah seakan ada sesuatu yang dia ingin sampaikan kepada bosnya itu. Ternyata Salieyna rupa rupa dirinya mempunyai sifat malu terhadap bosnya itu selama ini. Mahu saja dia memberitahu kepada Puan Aisyah Eliyana betapa bertuah dirinya bila dia merasakan di ketika dan saat ini. 

MENGAPA AKUWhere stories live. Discover now