BUNGA MEKAR SETAMAN

20 1 0
                                        

♡2♡
******

        SUDAH hampir dua bulan Selieyna berada di sini. Sudah jenuh juga mata mata memerhatikan dia asyik berulang alik dari kampung ke bandar. Tidak terkata olehnya betapa gembira dan senang hatinya bila berjaya menjadi seorang Penulis meski pun sekadar Penulis Sambilan sahaja. Puan Aisyah ternyata seorang yang bijak mengurus serta pandai pula mengambil hati Staf di Syarikat Milik Peribadinya itu. Tidak hairanlah mengapa dia dilihat sebagai seorang Wanita Utama di setiap Majlis Majlis yang pernah dihadirinya ketika menemani Bosnya itu. Sekali sekala dia ada juga diajak Bosnya menghadiri ke Majlis Majlis Rasmi jika dia ada waktu kelapangan. Lagi pun dia hanya seorang Penulis Sambilan sahaja dan tidak bermasalah baginya untuk memenuhi ajakan Bosnya itu. Pernah dia diusik oleh rakan rakan sekerja yang mereka berdua tidak ubah seperti dua beranak lagak gayanya. Selieyna dia hanya tersenyum sendirian bila mengingati semula kata kata Staf di Pejabatnya tempohari. Ada juga bercakap sinis tetapi mereka semua tahu yang dia bukanlah seorang kaki pengampu. Dalam pada itu dia juga seorang Staf Baru di sini dan pula perlu juga diberi perhatian serta tunjuk ajar oleh seorang Majikannya. Puan Aisyah ternyata seorang yang memang tidak lokek dengan ilmu yang ada pada dirinya. Demi untuk kebaikan Syarikat. Selieyna dia turuti juga kemahuan Bosnya itu. Dia juga turut merasa seronok bila dapat berdamping bersama sama dengan kenal kenalan baru yang telah sama sama ada turut serta menghadiri ke majlis majlis tersebut. Dengarnya Puan Aisyah dia ada bercadang hendak menganjurkan sebuah Exporium Buku dan Majalah terbitan Syarikatnya untuk tidak berapa lama lagi. Exporium itu akan diadakan di salah sebuah Pasaraya berdekatan ada terdapat di Bangunan Wisma Qalby di sini. Salieyna dia ada juga mendengar desas desus menyatakan yang Puan Aisyah telah berbincang bersama dengan seorang Pegawai di Pejabatnya untuk melantik dirinya sebagai seorang Pengelola di Exporium itu nanti. Cuma tarikh dan waktunya sahaja masih lagi belum ditetapkan mereka. 
       
Dua Minggu Selepas Itu.

May 05,
PASARAYA,
HARAPAN BARAKAH SHOPPING CENTRE,
WISMA QALBY,
OFF MAIN ROUTE,
WELL STATION.

        TIDAK disangkanya pula sambutan daripada peminat peminat buku dan juga majalah begitu amat memberangsangkan sekali di hari pertama ini. Selieyna sebagai seorang Pengelola Exporium kali ini kelihatan begitu Optimis pula dia dengan sambutan yang diterima daripada orang ramai khususnya dari kalangan masyarakat di sekitar Bandar ini. Hampir seluruh Ruang Pejalan Kaki di Basement Bangunan tersebut penuh dengan para pengunjung yang datang membeli dan menyaksikan Exporium Buku & Majalah terbitan Syarikat mereka pada kali ini. Selieyna ternyata dia begitu sibuk sekali sambil melayan berbagai telatah dan juga kerenah daripada para pengunjung yang datang untuk tujuan bertanya. Puan Aisyah Eliyana dia dengar khabarnya sungguh begitu gembira sekali bila mendengar Berita itu daripada beberapa orang Anak Buahnya di sini. Dia di ketika ini sedang berada di World Asian Books & Magazines International Conference yang sedang berlangsung di Merriot World Tower Brazil merasa begitu cukup terharu dengan penerimaan orang ramai semua pada tahun ini. Tidak disangkalnya lagi Salieyna pilihannya itu telah terbukti benar benar mampu melaksanakan Tugas dan serta Amanah yang diberikan kepadanya dengan baik sekali. Dia sudah mampu tersenyum sekarang melihat kejayaan Gadis itu di waktu ini. Puan Aisyah Eliyana juga turut Optimis yang Novel hasil nukilan Gadis itu sendiri yang berjudul Ku Nanti Mu Di Pintu Syurga bakal laris di pasaran dalam waktu tempoh terdekat ini. Dia juga ada menyarankan supaya Salieyna sendiri menggunakan kesempatan yang ada bagi meningkatkan lagi jumlah jualan hasil karyanya itu ke satu tahap yang lebih tinggi lagi pada hari hari seterusnya nanti. Novel setebal 505 mukasurat itu awal awal lagi sudah dijangkakan bakal mendapat sambutan hangat daripada penggemar dan serta peminat Buku Buku Cerita dewasa ini terutama di Daerah Kubang Berenjut ini.
        Sudah masuk hari yang ke-3 Exporium Buku & Majalah berlangsung di sebelah kawasan Ruang Legar Bangunan Wisma Qalby ini di sini. Pasaraya Harapan Barakah Shopping Centre juga turut bagai diserbu oleh pengunjung dan juga para peminat Buku Buku Cerita serta Majalah Majalah semenjak beberapa hari sejak kebelakangan ini. Jalanraya di sekitar Main Route Well Station juga dilihat penuh sesak dengan pelbagai kenderaan sambil bersusun susun ada di birai jalanraya itu. Salieyna dia pada hari ini sudah mampu menarik sedikit nafas lega setelah jualan Novel hasil karyanya itu telah pun mencecah ke angka 10,000 Unit termasuk anjuran luar sekali. Ini satu petanda baik bagi dirinya untuk meneruskan servivelnya sebagai seorang Novelis Terkenal Tanah Air di sedikit waktu lagi. Walau pun Novel hasil karyanya yang terdahulu agak kurang mendapat perhatian. Namun dia merasa cukup yakin Novel karyanya terbaru yang berjudul Ku Pendam Sebuah Dendam Buat Mu akan tetap mendapat tempat di hati semua peminat dan juga para pembaca di sedikit hari lagi. Mengikut rekod jualan sehingga ke hari ke-3 jualannya sudah mencecah hampir ke angka 4,000 Unit di ketika ini. Di hari ke-4 pula telah menyaksikan bagaimana Puan Aisyah Eliyana sendiri ada turun padang berserta dengan para warga pekerjanya sambil bersama sama membuat satu Lelongan Amal dengan menjual Buku Buku Cerita dan juga Majalah Majalah Lama kepada orang ramai yang datang berkunjung ke sini. Lelongan Amal itu adalah bertujuan bagi memungut derma untuk membantu para Pengidap Penyakit Asma yang ada terdapat di dalam Daerah Kubang Berenjut di sini khususnya. Ternyata penganjuran mereka pada kali ini sungguh begitu menggalakkan sekali bilamana telah mendapat liputan dengan begitu meluas di dada dada Akhbar Tempatan khususnya di dada Akhbar Harian Tabloid Anak Watan pada ketika ini. Anjuran mereka pada kali ini juga telah turut mendapat perhatian dari beberapa buah Persatuan dan juga Badan Badan Penganjuran Berdaftar di sini. Exporium selama lima hari itu bakal menutup tirai pada keesokan harinya pada hari Sabtu nanti. Para Aktivis dan serta para Penggiat Seni Karya Tempatan juga telah pun memberi Isyarat Awal yang mereka semua bakal berlangsung di dalam satu tempoh waktu yang terdekat ini untuk tidak berapa lama lagi. Antara nama nama besar yang cukup terkenal di Daerah ini seperti KEBA, MINA, ZURIAT dan tidak ketinggalan akan turut serta bersama MAHAYA juga akan turut turun padang untuk di sedikit hari lagi. Puan Aisyah Eliyana juga turut memaklumkan kepada Salieyna Anak Buahnya itu mengenai satu Jemputan Khas untuknya menghadiri ke satu Majlis Malam Terbuka Sayembara & Deklamator Puisi yang akan diadakan bertempat di Awana All Bright di Daerah Bukit Tinggi pada minggu hadapan. Salieyna dia tidak pula menolak kemungkinan yang dia akan turut menghadiri ke Majlis itu nanti bersama dengan seorang teman. Seolah olah dirinya kini seakan dituntut pula di atas sebuah jasa dan serta pengorbanan.

MENGAPA AKUWhere stories live. Discover now