♡4♡
*****SETAHUN KEMUDIAN.
WISMA QALBY,
CREAT SKILL PUBLISHING CO. LTD.,
WELL STATION
TRADITION PARK.SEGALA penat lelah dan serta juga segala payah jerihnya selama ini kini benar benar telah pun memberi sedikit pulangan imbuhan kepada segala jasa dan baktiusahanya selama sebelum ini. Tidak pernah disangka sangka oleh dirinya yang Puan Aisyah Eliyana dan serta juga bersama sama keluarganya akan berangkat ke Negara Arab Saudi untuk menunaikan Fardhu Haji di Masjidil Haram di Tanah Suci Mekah pada seminggu yang lalu. Selama waktu itu dia telah pun diberikan amanah oleh wanita itu bagi menjaga serta mengurus segala hal ehwal urusan di dalam syarikat miliknya itu. Salieyna dia tidaklah merasa kekok mana dengan amanah yang telah diberikan itu kepadanya memandangkan dia sudah bertahun lamanya bekerja di sini. Tidak syak lagi mengapa bosnya sering menganjurkan dia untuk menghadiri ke mana mana majlis sayembara jemputan ada dianjurkan bersama di sekitar daerahnya itu pada sebelum ini. Hampir hampir setengah tahun juga nanti dia akan mengendalikan syarikat bosnya itu sambil berseorangan sementara menanti kepulangan wanita itu.
Kejayaan pertamanya ini memberi sedikit semangat pula bagi dirinya untuk meneruskan urusan pentadbiran di dalam syarikatnya itu. Salieyna ternyata mampu menggalas segala tugas dan serta juga tanggungjawab yang diberikan kepadanya selama ini dengan sepenuh daya kreativitinya yang ada sejak selama tiga bulan kebelakangan ini. Bagi diri gadis itu apa yang penting adalah bagaimana untuk mengutamakan proses penyampaian maklumat dan serta juga segala intipati kesasterawanan budaya bahasa itu sendiri di dalam membina imej sesebuah syarikat penerbitan yang baik lagi lebih bermutu pada pandangan mata umum untuk di waktu yang akan datang nanti. Walau pun padanya ia tidaklah begitu siknifikan jika sekiranya dibandingkan dengan tugas serta pangkat yang ada pada dirinya itu tetapi tidak bermakna dia hanya perlu berpeluk tubuh sahaja selama ketiadaan bosnya. Dia sejak beberapa minggu ini sudah pun menggerakkan sebuah task force bagi membentuk satu budaya kerja berkumpulan di kalangan staf staf di syarikat tempat kerjanya itu demi melihat adanya suatu perubahan ke arah lebih membudayakan lagi amalan bersastera di antara sesama mereka para penulis dan serta juga warga kerja di syarikatnya itu sendiri. Salieyna juga telah dan serta sedang mempergiatkan lagi penyertaan mereka semua di dalam beberapa buah pertubuhan sastera yang lain supaya adanya terbentuk satu gerakan ke arah membudayakan sastera Bahasa Melayu di kalangan anak anak seni khususnya di Daerah Kubang Berenjut ini. Dengan adanya suatu gerakan budaya ke arah tersebut dengan itu para penggiat seni budaya di daerah ini bakal disaksikan sebagai sebuah badan budaya yang mampu bergerak aktif untuk tempoh waktu yang akan datang.
Telah banyak kejayaan demi kejayaan yang telah diraih olehnya di dalam satu tempoh waktu yang terdekat ini. Creat Skill Publishing Co. Ltd. juga kini lebih dikenali sebagai sebuah syarikat badan penganjur beberapa buah pentomen dan serta juga beberapa buah opera di pentas Badan Kesenian & Budaya Ma'rifah Madan ada di tengah tengah Bandar Baru Mukhtalifun Al Haydaq di sini. Daerah Kubang Berenjut kini juga turut lebih terkenal sebagai sebuah daerah yang telah banyak melahirkan artis artis anak seni khususnya terutama di kalangan Anak Melayu yang telah lama berkecimpung di dalam bidang kesenian di daerah ini sejak dari dahulu lagi. Pendek kata sudah banyak yang telah dilakukan oleh anak gadis itu semenjak dia mengurus tadbir syarikat milik Puan Aisyah Eliyana ini sekarang. Satu yang patut dipuji terhadap gadis itu ialah sikapnya yang tidak suka kepada sesuatu yang bersifat slapstick dan lebih berbentuk ke arah stereotaip berbanding isu isu senario biasa yang masih ada terdapat dalam sesebuah pembikinan drama pentas atau filem di ketika waktu ini sekarang. Salieyna seorang gadis yang bersifat praktikal dan tidak pula menggemari satu yang tidak berjejak dibumi yang nyata di dalam membina suatu budaya kerja berpasukan di antara sesama mereka di kalangan para penggiat seni sastera dan serta seni drama pentas yang sedang diusahakan dengan rancak pada ketika ini di sini. Semenjak dia mula mengendalikan urusan pentadbiran syarikat tersebut itu dia juga telah pun menubuhkan sebuah kumpulan budaya yang diketuai olehnya sendiri selaku seorang Pengurus Seni Budaya. Dengan tertubuhnya kumpulan budaya seperti itu membolehkan dirinya mengerakkan pasukan kerja seni tersebut untuk terus bergiat aktif di dalam kerja kerja kesenian dan juga kebudayaan yang dianjurkan oleh mereka di Jabatan Kementerian dan serta juga dari Badan Kesenian & Kebudayaan di Daerah Kubang Berenjut itu sendiri.
Sudah lebih empat bulan Salieyna telah menjadi pengurus di syarikat milik Puan Aisyah Eliyana ini. Lebih dari itu juga dia telah pun begitu dikenali di kalangan ahli ahli Persatuan Penerbit Buku & Majalah di daerahnya ini. Memandangkan bosnya akan kembali tidak berapa lama lagi jadi ada eloknya dia membuat persiapan terlebih dahulu sebelum wanita itu pulang. Dia dan serta juga sebuah kumpulan budaya yang telah ditubuhkannya itu ada merancang untuk membuat satu persembahan amal yang akan diadakan tidak berapa lama lagi bertempat di Well Station Tradition Park sebuah tapak Pesta Kebudayaan yang telah sedia ada sejak dahulu di tengah tengah bandar di daerahnya ini. Kumpulan yang telah diberi nama Haydaq itu juga bakal menemui penonton mereka pada awal bulan hadapan. Tema yang mereka bawa kali ini berjudul Memerah Keringat Di Tubuh Ku Namun Syurga Buat Mu akan juga diramalkan turut mampu memberi kesedaran serta keinsafan untuk para penonton dan peminat seni drama pentas tempatan di sini nanti. Salieyna ternyata dia kini telah pun berjaya meletakkan namanya sebaris dengan nama nama besar yang lain di dalam merencanakan wawasan peribadi seninya selama ini. Dia optimis untuk bergelar sasterawan ulung satu hari nanti. Buat waktu ini dia perlu memastikan proses pemulangan segala urusan tugas syarikat kepada bosnya itu nanti akan berjalan dengan lancar apabila sejurus sahaja kepulangan wanita itu. Dia juga turut bercadang untuk bercuti rehat selama seminggu setelah segala galanya sudah selesai nanti. Cadangnya dia mahu ke Tasik Tamasit sebuah destinasi percutian yang cukup digemari oleh mereka yang berhajat untuk berehat. Salieyna sambil berfikir dia ada juga memasang hajat untuk pergi bershoping di sebuah pusat membeli belah cukup terkenal di Vokov & Arap Park. Di sana juga khabarnya terdapat banyak pakaian pakaian berjenama yang ada dijual murah murah. Berkebetulan pula dengan waktu musim cuti sekolah yang akan hampir tiba tidak lama lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/117257257-288-k934318.jpg)
YOU ARE READING
MENGAPA AKU
Duchowe@Qalby.com @HasanatulQalby.com mokhtarabdullah@69gmail.com Mokhtar6981 @mokhtar_en prevent.com @prevention2008.com @idsideal.com @metoo.com @same2u.com SAME2U.COM #Aku Sering Mengingati mu. DALAM sehari hari kehidupannya dirasakan bagai koso...