MRPMHB (11)

510 20 3
                                    

DI SEKOLAH

Seseorang. V

"Bro kau ada musuh baru!" aku beritahu Syafiq di tempat biasa kami lepak.

"Siapa?" tanya Syafiq sambil isap rokok.

"Budak baru kelas Nurul.Aku dengar budak baru tu cuba dapatkan Nurul.Dan mereka akan kalahkan kau.Kau tahu budak tu geng dengan siapa?" aku mengankat kening bersama senyum penuh makna. Aku yakin kalau Syafiq bodoh ni tahu tentang budak baru dengan Nik bertambah marah lah. Aku kawan dengan dia pun sebab bapak dia kaya saja. Kalau tak jangan harap nak kawan dengan dia.

"Nik?Kau tahu dari mana?" kasar Syafiq bertanya.

"Yes.Aku terdengar masa beli air di kedai makan tepi sekolah.Kebetulan mereka ada sebut nama kau dengan Nurul itu yang aku curi dengar.Aku rasa mereka rancang sesuatu."

"Si**! Kau cari budak tu bawak dia jumpa aku.Aku nak hari ini.Faham " Marah Syafiq.Tangan digengam penumbuk.

"Faham bro." aku senyum sinis sebelum belalu pergi.Sampai bila kau dapat tunjuk yang kau hebat Syafiq? Budak baru ni akan jadi lawan kau.Hahaha.
_________________________________________
___________________________

Nurul. V

Selepas selesai bayar yuran aku terus balik kelas.Lagipun waktu rehat hampir habis.Tidak sempat jadinya untuk aku makan hari ni. Sayang kau perut.Balik nanti kita makan.

"Fuhhhh!" Nafas penat aku lepaskan. Perut yang berbunyi tidak aku ambil kisah.

"Oi Nurul kau dari mana?Di kentin kau tak ada, pepustakaan pun kau tak ada. Kau dah makan belum?" Tanya Siti lalu duduk di tempatnya.

Aku hanya diam.Soalan Siti tidak aku jawab.Tiada mood aku hari ni.

" Nurul! Kau kenapa? Diam saja? Aku cakap dengan kau ni bukan meja" Marah Siti dirinya tidak dilayan oleh aku.

Aku masih diam tidak menjawab.

"Lantak kau lah Nurul.Aku tahu kau bukan sayang aku.Sebab tu kau tak jawab soalan aku." Siti buat suara sedih.

Sedih pulak hati aku dengar Siti kata seperti itu.

"Aku bukan tak nak jawab tapi aku penat.Kau tolong faham aku."

"Okey"

Aku mengeluarkan buka Sains sebelum cikgu Rohaya masuk mengajar.

Tok!.
Tok!.

"Assalammualaikum.Maaf menganggu, Kak Nurul ada?" tanya seorang budak perempuan di pintu kelas aku.

Terkejut aku.Nama aku di sebut. Kanapa lah aku.Ramai lagi yang ada di dalam kelas ni.Panggil lah orang lain.

"Ada. Nurul di sini" Siti menunjuk aku.

Aku menjeling Siti. Ish budak perempuan ni. Perlu ke beritahu aku di sini. Nasib baik sepupu kesayangan.

Dengan malas dan lemah aku bangun ke budak tu. Mata-mata dalam kelas tidak aku kisahkan.Dah biasa. Budak kelas ni bukan pernah tengok orang sebab tu jakun.

"Ada apa cari saya?" Macam sombing pulak aku bertanya. Ish lantak kau lah budak nak terasa pun.

"Ini untuk akak dari abang saya.Abang cakap dia mintak maaf tentang tempoh hari. Itu saja. Bye kak Nurul. Assalammualaikum"

Cepatnya budak ni cakap. Tak sempat aku nak buka mulut bertanya dah pergi. Terkelip-kelip mata aku lihat bunga ros merah dengan surat di tangan aku. Terkejut sikit.

"Waalaikumussalam.Terima kasih." jawab aku baru sedar walaupun budak itu sudah tiada di depan aku.

" Untung la hari-hari dapat surat cinta siap dengan bunga lagi.Berapa ramai lelaki agaknya yang jadi mangsa kau? Entah-entah kau jual badan itu yang ramai lelaki tergilakan kau.Kau kan perempuan miskin. Munkin cara itu untuk kau dapat duit bayar yuran sekolah. Sebab itu Syafiq tergilakan sangat dengan kau 'perempuan murahan', playgirl?.Aku tak pulak dia pandang.Aku ni bukan saja cantik.Kaya pulak tu."  kata Alia sinis. Perkataan 'perempuan murahan ' sedikit kuat supaya satu kelas mendengar.

Geramnya aku.Sabar Nurul.Sabar.

Dari sekolah rendah lagi Alia tidak sukakan aku. Setiap kali perkataan yang di keluarkan dari mulut Alia akan menyakitkan hati aku.Tak tahu aku kenapa Alia bergitu bencikan aku.Aku tak pernah kacau hidup dia.

"Awak tak kenal saya Alia.Walaupun saya miskin.Tetapi saya tahu yang mana halal haram.Saya tak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu. Sesunguhnya dosa fitnah itu lebih teruk dari menbunuh."

Laju kaki aku kembali ke tempat aku semula.Sunyi kelas aku buat seketika.

Alia mendegus marah bersama gengnya dengan balasan aku.Mulut yang berbisik mengata aku juga terdiam.

"Are you okey?" Tanya seorang lelaki di belakang aku.

"Aku okey.Tak mati lagi" ini lah aku apabila marah dan geram + penat datang.Tak ada lagi bahasa lembut bagi aku.😡

"Saya tanya awak okey ke tak. Bukan tanya awak mati ke tak.Itu pun tak tahu beza?"Balas Miqail.Yes, lelaki yang tergur aku adalah Miqail budak baru.

Bertambah geram aku dengan budak baru ni.Kita yang tengah panas ni dia pulah tambah lagi panas.

Aku menjeling tajam kepada Miqail. Tidak puas hati. Miqail hanya balas dengan mengankat kening sebalahnya. Ingat handsome. Tapi memang handsome pun.

"Sabar Nurul. Macam kau tak kenal si Alia tu macam mana. Dari dulu lagi dia suka cari pasal dengan kau. Sabar ya." Geliran Nik pulak nasihat aku.Sejuk sedikit hati aku dengan senyuman manis dari Nik. Cair hati chek.

"Sabar tu sabar jugak tapi Alia tu kadang-kadang melebih. Kalau ikutkan hati dan peresaan aku ni dah lama dia makan tapak tangan aku. Mulut longkang. Belagak saja lebih." hilang semua keayuan yang ada pada Siti apabila dia kata seperti itu. Mata siti tidak lekang dari merenuh Alia tidak puas hati.

"Kau ni Siti. Aku yang kena dengan dia kau pulak yang terlebih emo kenapa? Aku yang patut marah ni kau pulak yang marah." Ini yang pelik orang lain kena orang lain yang marah lebih.

Siti hanya sengih. Nasib gigi putih cantik.

Surat dan bunga tadi aku simpan bawah meja.Balik nanti aku ambil.Tapi Kenapa aku rasa seperti perhatikan.Aku pusing ke belakang tak ada siapa pun yang perhatikan aku.Yang ada hanya Nik dengan Miqail duduk di belakang aku.Tak kan Miqail pulak dia kan tidur.Kalau Nik hilang entah kemana.

Aku pusing depan kembali.

-WAKTU BALIK SEKOLAH

Sewaktu aku mahu melangkah ke pintu pagar hati aku terasa ada barang yang aku tertinggal dalam kelas tapi apa ya?

"Apa yang aku tertinggal? Buku ada semua, barang lain pun ada tapi apa yang ada?" jari telunjuk di letak pada dagu sambil berfikir.

Siti yang berjalan bersama Nurul juga terasa hairan.

"Kau fikir apa Nurul?"

"Aku rasa macam ada barang tertinggal dalam kelas.Tapi aku tau barang apa."

"Ouh.Munkin bunga tadi."teka Siti.

"Yalah. Bunga dan surat tadi aku tertinggal bawah meja." kata aku sambil menepuk dahi.

"Hmm, kau pergi masuk kelas ambil. Aku balik dulu. Bye."

"Okey.Bye."

Laju kaki aku kembali ke kelas.Sampai saja depan pintu kelas tiba-tiba langkah kaki aku terhenti dengan apa yang aku lihat. Kenapa?







Bersambung...
Tq baca.
Ada kesalahan,sorry.















MR PERASAN, MISS HATI BEKUWhere stories live. Discover now