MRPMHB (2)

602 27 0
                                    

Nurul.v

" Assalammualaikum kelas." Masuk guru kelas mereka. Bersama seorang lelaki.

" Waalaikumussalam. " jawab semua pelajar dalam kelas itu. Siapa pulak budak lelaki ni? Muka boleh tahan jugak tapi nampak macam budak bandar. Ish lantak dia lah nak masuk kelas ni pun bukan ada urusan dengan aku pun.

" Hari ni kita ada budak baru dalam kelas ini. Sila kenalkan diri kamu "

" Nama aku Wan Muhammad Miqail bin Wan Haikal. Aku dari KL berpindah ke kempung ini sebabnya tak perlu tahu. Ada soalan ? "

" Nurul aku dah jatuh cinta lagi. Handsome budak tu. Bergaya pulak tu. Dia tengok belah sini lah." tak kelip mata Siti tengok Miqail.

" Hmm. Biasa saja aku tengok dia. Sama macam budak lelaki lain." Dah mula dah peragai gatai si siti ni. Pantang jumpa lelaki handsome sikit.

" Tak habis dengan hati beku kau tu. Dari tingkatan satu sampai sekarang tak layan lelaki. Sampaikan ada yang sangup melutut di depan kau bagi bunga depan pelajar lain pulak tu. Senang saja kau tolak...bla..bla.. " Siti membebel. Lantak kau lah siti nak kata apa pun. Kau tak sama macam aku siti. Jadi kau tak akan faham.

Nurul sambung membuat kerjanya sambil mendengar apa yang Miqail kata di hadapan.

Belagaknya budak ni. Cakap pun kau aku nampak sangat budak ni tak ada sivik. Lantak kau lah.

__________________________________________________________________________________

Miqail.v

Wahh cantiknya budak tu tapi macam tak berminat saja dengan aku yang bergaya lagi handsome di depan. Geram pulak aku. Kau akan jadi sasaran aku yang seterusnya. Tunggu nanti. Hahahaha.

" Nama aku Wan Muhammad Miqail bin Wan Haikal. Aku dari KL berpindah ke kampung ini sebabnya tak perlu tahu. Ada soalan? " Mata aku lebih tumpu kepada budak perempuan tu.

" Nak panggil apa? " Tanya seorang budak lelaki.

" Panggil Miqail atau Wan. "

" Awak ada gf tak? " tanya seorang perempuan di hadapan Miqail berdiri. Ish gedik nya soalan sama macam tuannya gedik lain macam. Naik geli aku tengok. Jawab saja lah.

" Buat masa sekarang tak ada. InsyakAllah akan ada tak lama lagi. " Nah aku bagi jawapan jujur lagi.

" Ada peluang la ni. " seronok perempuan tu dengan jawapan yang di beri Miqail. Dengan kau yang gedik ni memang tak ada peluang langsung. Bagi buaya makan pun belum tentu nak. Muka saja cantik tapi gedik.

" Sudah Alia. Tak habis dengan gedik kamu tu. " Alia tarik muka. Padam muka gedik lagi kan dah kena tegur. Muncung tu panjangkan lagi boleh aku sangkut beg sekolah aku yang berat ni.

" Miqail boleh duduk di sebelah Nik belakang Nurul. "

" Terima Kasih cikgu. "

Jadi budak perempuan tu nama Nurul. Lagi mudah kerja aku nanti. Hahaha.

" Hai nama aku Mohammad Nik Haikal bin Nik Riduan. Panggil Nik saja. " Nik bersalam kenalan dengan Miqail.

" Hah? Nik saja? " Saja aku nak cuba bergurau boleh masuk sekepala tak dengan aku yang agak gila-gila ni.

" Kau panggil aku 'Nik saja' aku panggil kau 'Mikail saja' apa macam? Boleh ? "

" Hahaha...boleh jugak. " bagus ada geng la aku selepas ni.

" Hahahaha..." ketawa mereka berdua sehingga di tegur oleh cikgu yang mengajar.

Bersambung....
Tq baca.

MR PERASAN, MISS HATI BEKUWhere stories live. Discover now