MRPMHB (6)

479 25 0
                                    


Nurul. V

Selepas kes di kentin tadi aku dan Siti kembali ke kelas. Sampai saja di meja aku ada satu surat yang terselit pada buku nota aku.. Ini mesti surat cinta. Tak pernat ke bagi surat kepada aku hari-hari. Aku yang terima ni pun penat membaca. Siapa pulak kali ni yang bagi?. Aku membuka surat itu.

Kepada,
Nurul Najwa

Assalammualaikum. Najwa ,

Bolehkan saya panggil awak Najwa?  Nama yang sesuai seperti orangnya  cantik dan manis. Saya Aiman dari tingkatan 5 Sains. Saya tahu ramai yang cuba berkawan rapat dengan awak tapi awak hanya menolak. Tak salahkan kalau saya nak berkawan dengan awak. Walaupun hanya kawan biasa saja.
Saya dah lama perhatikan awak dari jauh. Saya suka awak. Awak cantik sangat hari ni. Saya tunggu jawapan dari awak. Jumpa saya di dewan jam 2.

Daripada,
AIMAN.


Hmm. boleh la surat dia ni dari yang hantar sebelum ni. Aiman? Macam penah dengar nama ni? Tak apa lah nanti aku tanya Siti siapa Aiman ni. Tunggu saja lah jam dua nanti. Aku tetap tak akan terima jugak si Aiman nanti.

Surat ini aku simpan bawah meja nanti jumpa Aiman aku bagi balik surat dia. Kalau bawak balik jumpa tong sampah pulak. Aku keluarkan buku sains untuk ulang kaji. Setelah 10 minit aku ulang kaji dah bosan tiba-tiba aku teringat kata-kata Cikgu kelas aku minggu lepas.

" Nurul bila kamu nak selesaikan yuran sekolah? Cikgu tak boleh buat apa-apa kalau pengetua mengambil tindakan keatas kamu. Kemunkinan kamu akan di berhentikan sekolah. " kata Cikgu kelas aku dengan lembuat bersama simpati.

" Cikgu bagi saya masa. Insyak Allah minggu depan saya cuba lunaskan yuran sekolah. "

" Baik lah. Cikgu berikan kamu masa sampai minggu depan. Cikgu tahu kamu orang susah. Kalau boleh kamu bayar sedikit demi sedikit yuran sekolah. Cikgu pasti pengetua faham keadaan keluarga kamu. Itu saja kamu boleh balik kelas. "

" Terima kasih cikgu. " Aku keluar dari perjabat sekolah dengan serabut memikirkan masalah ini. Dari mana aku nak cari duit.

Beritahu mak pasti tak ada duit. Makan harian pun tak cukup ini pulak yuran sekolah. Kalau aku kerja? Agaknya mak ayah marah ? Kalau tak kerja macam mana nak bayar yuran. Siapa boleh berikan aku kerja? Hmm...

Lamunan aku terhenti setelah dengar suara budak baru di belakang aku sedikit tinggi.

" Kau nak aku heret kau balik tempat kau? " Marah Miqail pada Alia. 

Rupanya budak baru ni marah si Alia tu a.k.a budak paling gedik di sekolah ini. Siapa dapat tahan dengan sifat gedik + mengada si Alia. Aku tengok Alia belalu ketempatnya semula dengan muka tak malu selepas kena marah. Budak baru di belakang aku pun diam saja selepas Alia pergi tidur kot. Biar lah dia. Ada aku kisah.
________________________________________________________________________________________

Tepat jam dua aku ke dewan bersama Siti. Di dewan ada seorang lelaki seperti menunggu seseorang. Boleh la tahan hansem jugak tapi budak baru kelas aku lagi hansem putih dari dia. Ehh apa aku fikir pasal budak baru tu pulak. Kenal pun tak. Aku menuju ke lelaki itu. Meninggal Siti di luar dewan.

" Assalammualaikum. Awak ni Aiman?" teragak aku bertanya. Takut salah orang sebenarnya. Silap-silap dia tunggu awek dia mampus aku dapat cop perampas.

" Waalaikummussalam. Hai Najwa. Yes saya Aiman. " senyum Aiman orang di nanti berada di depan mata.

Alhamdunillah tak salah orang.

" Sebelum saya berikan jawapan. Boleh saya tanya satu soalan? "

" Boleh saja. Banyak pun tak apa. " senyum Aiman tak lekang dari bibirnya. Amboi aku mintak satu kau bagi lebih pulak.

" Kenapa pilih saya? "

" Awak cantik. Manis. Dan yang penting awak pandai jaga batas pergaulan. Sopan santun. Susah nak dapat gadis seperti awak di zaman sekarang. " dengan semagat Aiman memberi jawapan.

" Kalau saya tak cantik, tak manis, dan sosial. Awak masih pilih saya?"

" Hah? Tentu tak lah saya pilih perempuan macam tu buat malu saja. "

" Saya dah dapat jawapan. Di dunia ni banyak bunga lebih dari kumbang. Cari lah bunga yang sesuai dengan kumbang. Cari bunga dengan keikhlasan hati bukan dengan mata dan cita rasa. Terima kasih kerana suka saya dan pujian yang awak beri. Ini surat awak saya pulangkan kembali. Saya mintak maaf kita tidak boleh berkawan."

" Tapi kita boleh kawan biasakan? "  tanya Aiman dengan penuh rasa kecewa.

" Maaf cari bunga yang lain. Bukan saya. Assalammualaikum "

Aku berlalu keluar dari dewan bersama Siti. Siti pun hanya diam saja munkin dia terdengar perbualan aku dengan Aiman tadi. Mula-mula aku nak tolak terus saja si Aiman tu tapi aku nak jugak tahu kenapa dia suka aku. Bila aku dengar jawapan dia. Aku tak salah buat pilihan untuk menolaknya. Bukan aku niat nak jual mahal tapi dia suka aku hanya dari luaran saja. Bukan dari keikhlasan hatinya. Kalau dari hati pasti perempuan sosial pun dia boleh jatuh suka. Dasar lelaku zaman sekarang pandang pada rupa. Tersedar aku dari lamunan apabila terasa seseorang tepuk bahu kiri aku dari tepi.

" Nurul ayah aku dah sampai. Aku balik dulu. Assalammualaikum. Bye " Siti berlalu bergi.

" Waalaikumussalam. Bye." aku pun mengikut pulang ke rumah berjalan kaki seorang diri.



Bersambung...
Tq baca.

MR PERASAN, MISS HATI BEKUWhere stories live. Discover now