Yeonra dengan sabar menunggu Jimin. Jam tangan ditenung.
"Mana Jimin ni?" keluh Yeonra dalam hati. Dia meletakkan kepalanya di atas meja.
Loceng kafe berbunyi. Seorg lelaki masuk ke dalam kafe. Dia memerhatikan sekeliling. Seorg gadis yg berada dihujung kafe mencuri perhatiannya. Dia terus mendekatkan dirinya ke arah gadis tersebut.
"Shin Yeonra?" panggil lelaki tersebut. Yeonra mengangkat kepalanya. Keningnya terangkat. Sebelum Yeonra bertanya, lelaki tersebut perkenalkan dirinya,
"Saya Hoseok. Kawan Jimin" Hoseok menghulurkan tangannya, disambut oleh Yeonra.
"Mana Jimin?" tanya Yeonra.
"Dia suruh saya wakilkan dia" Hoseok tersenyum menampakkan giginya.
"What? NO! Saya nak jumpa dia face to face" kata Yeonra sedikit marah.
"Dia kata dia takboleh dtg" jawab Hoseok selamba.
"NO! Saya tak kenal awak. Saya nak jumpa Jimin sekarang jugak!" Yeonra berdegil.
"Tapi --"
"Tapi apa?! Saya tak kira! Saya nak jumpa Jimin! Bukan nak jumpa awak!" Yeonra menjerit. Semua pelanggan yg berada di kafe memandang mereka berdua. Hoseok menjadi malu, jadi dia terpaksa menarik Yeonra keluar dari kafe.
"Apa pegang2 ni?!" marah Yeonra dan menepis tgn Hoseok yg memegangnya.
"Okayokay sorry" Hoseok mengangkat kedua tgnnya seperti meyerahkan diri kepada pihak polis.
"Tapi Jimin sibuk skrng ni sbb tu dia wakilkan saya"
"Saya nak pegi rumah dia"
Yeonra terus melangkah pegi. Hoseok menjadi tak tentu arah.
"Yeonra, tunggu dulu" Hoseok menarik lengan Yeonra. Yeonra dengan pantas menepis tangan Hoseok.
"Saya nak pegi rumah Jimin! Jangan halang saya!"
Dengan tu Yeonra terus melangkah pegi ke rumah Jimin. Hoseok hanya pasrah, dia menggaru kepalanya yg tak gatal.
"Apa aku nak cakap dgn Jimin ni?" getus Hoseok dalam hati. Hoseok mengejar Yeonra dari belakang.
Sampai saja di rumah Jimin, memandangkan dia bekas kekasih Jimin, dia tahu semuanya tentang rumah Jimin. Dia terus melangkah masuk selepas menekan password di pintu rumah Jimin.
Baru saja melangkah ke ruang tamu, Yeonra menjadi beku. Mata dan mulutnya terbuntang luas. Dia tak percaya apa yg dia nampak.
Jimin bersama kembar tirinya sedang bermesraan. Hoseok yg baru masuk hanya menundukkan pandangan.
"I thought you love me" perlahan suara Yeonra. Tapi masih boleh didengari oleh mereka bertiga.
"Yeonra?" Jimin terkejut melihat Yeonra dibelakangnya bersama dgn linangan airmata yg membasahi pipi.
"Sorry Jimin. Aku dah halang dia tp dia berdegil jugak" Hoseok menundukkan kepala.
"Saya ingatkan awak masih sayangkan saya. Jadi selama ni, kata2 yg awak ungkapkan tu semua tipu? Sebab tu dari awal, saya tak terima awak! Saya tahu yg awak cuma nak mainkan perasaan saya. Tp lps apa yg awak dah buat dekat saya masa kita kat Busan, hati saya sakit! Hati saya SAKIT JIMIN! Saya tak sangka yg awak macam tu! Saya jaga maruah saya utk org yg betul2 sayangkan saya tp awak... Tp awak dah ROSAKKAN! Hati saya hancur kerana awak! Awak sentuh saya tanpa kerelaan saya, Jimin! Hidup saya musnah sebab awak! Berapa kali awak nak hancurkan hidup saya? Kenapa awak nak berdendam dengan saya? Saya ada buat salah ke?" airmatanya mengalir deras. Mata Yeonra terus beralih ke arah Gyuri.
"Gyuri ~ aku tahu kau benci aku tp kenapa dari awal kau sanggup buat macam ni? Aku masih sayangkan Jimin tp kau! Kau buat hidup aku macam ni! Tak cukup ke yg kau pergunakan papa? Kau buli kakak aku? Tak cukup ke? Kau nak apa lagi?"
Jimin dan Gyuri menunduk. Hoseok hanya memandang drama yg ada didepan mata.
"Terima kasih untuk semuanya Jimin~ Dendam awak dah terbalas. Hati saya dah hancur. Saya cuma berharap yg pertemuan kita dari awal hanya satu khayalan dan anggap yg kita tak pernah berjumpa"
Yeonra melangkah keluar dari rumah Jimin. Hoseok dipandang sekejap sebelum berlari kemana saja kaki membawanya. Yeonra inginkan ketenangan.
YOU ARE READING
Twins [SEVENTEEN FF]
FanfictionDapatkah pasangan kembar meraih cinta daripada 'crush' mereka ? Selamat Membaca :) *MALAY FANFIC*