Twins - 24

240 12 4
                                    

Tuan Jaemi masuk kebilik Yeonra. Anak bongsunya masih lagi tidur dengan baju sekolah. Tuan Jaemi yang melihat anaknya hanya mengeluh panjang. Telefon ditangannya digenggam erat. Berita tentang anaknya mengandung sudah tular dan sudah sampai ke klien2nya.

"Maaf aku Kim. Kalau anak kau pun kau takboleh jaga, apalagi syarikat. Aku taknak dengan gabungan syarikat kita ni jadi rugi. Berita pasal anak kau pun dah tular. Syarikat kau mungkin akan jatuh nanti jadi aku amik tindakan untuk keluar dari perkongsian syarikat kita. Jaga anak kau dengan baik dulu, baru jaga syarikat"

Ayat daripada kliennya atau kawan baiknya, Tuan Lee masih terngiang2. Dia malu dengan semua klien yang menarik diri untuk bekerjasama dengan syarikatnya. Dia tahu perkara ni akan berlaku.

"Papa~~" panggilan lembut daripada Yeonra menghapuskan lamunan Tuan Jaemi. Dia memandang Yeonra yang masih mengantuk dengan tatapan tajam. Yeonra yang mendapat tatapan tajam daripada ayahnya hanya menunduk takut.

"Papa buat apa kat bilik Yeonra?" tanya Yeonra lembut.

"Kenapa? Papa takboleh masuk bilik anak sendiri?" soalan dibalas soalan. Suara Tuan Jaemi datar. Yeonra menelan air liurnya, takut dengan ayahnya. Tuan Jaemi melemparkan telefon ditangannya. Yeonra yang terkejut dengan tindakan ayahnya terus mengambil telefon tersebut. Matanya membulat besar.

"Paa ~" panggil Yeonra perlahan. Dia hanya menunduk, tak berani menatap ayahnya. Dia masih lagi takut.

"KAU MEMALUKAN PAPA YEONRA!" Yeonra terkejut dengan bentakkan ayahnya. Panggilan ayahnya pun sudah berubah. Airmata yang ditahan sejak tadi mengalir. Nafas Tuan Jaemi turun naik dengan laju. Dia marah.

"Yeonra mintak maaf" lirih Yeonra.

"Dengan maaf kau tu, takdapat bagi balik semuanya!" Tuan Jaemi mengusap mukanya kasar.

"Pengetua sekolah telefon papa~ kamu diberi pilihan. Buang atau berhenti" Yeonra memandang ayahnya. "Yeon mintak maaf"

"Cukup la dengan maaf kamu tu. Kamu dah kecewakan papa" kata Tuan Jaemi dan terus keluar dari bilik anaknya. Yeonra menangis sepuasnya. Dia menyesal telah mengecewakan ayahnya.

Di sekolah, Nahra bersama kawan2nya berbincang tentang pertandingan yang mereka masuk. Seungcheol menemaninya walaupun ditolak Nahra tapi siapa boleh lawan kata Seungcheol?

"Nahra yaaa~ betul ke pasal kembar awak tu?" tanya Jihyo. Nahra mengeluh. Harini je dah berapa kali dia mengeluh.

"Better korg discuss pasal competition nanti. Jangan nak bincang benda lain" kata Seungcheol dalam keadaan menahan marah. Para gadis menutup mulut rapat dengan kata2 Seungcheol. "Cepat sikit bincang. Aku nak bawak Nahra date jap lagi" sambung Seungcheol lagi sambil membaringkan diri di sebelah Nahra.

"Ermmm sorry Nahra" ucap Jihyo lirih. Nahra hanya tersenyum.

"Don't worry. Walau macam mana pun diorg benci pandang hina kat kembar awak, kitaorg tetap ada untuk backup korg. Kitaorg tahu Yeonra hanya mangsa keadaan. Jeonghan ada ceritakan perkara sebenar kat saya tadi hehe" kata Seulgi tersengih menampakkan barisan giginya dan eyesmilenya yang comel.

"Thanks korg" Nahra ingin mengeluarkan airmata tapi dua orang sahabatnya dengan cepat memeluknya dengan erat.

"Cepat sikit boleh? Aku bosan ni" Seungcheol memecahkan suasana mereka.

"Ishh mamat ni. Sabar la. Tahu la taksabar nak dating dgn Nahra. Cepuk kang nanti" marah Jihyo. Seulgi dan Nahra hanya ketawa dan mereka menyambung perbincangan mereka.

Satu jam kemudian, mereka telah habis berbincang. Masing2 balik ke rumah mereka.

"Bye guys. Hati2" Seulgi dan Jihyo melambaikan tangan ke arah Seungcheol dan Nahra. Seungcheol dan Nahra membalas lambaian tersebut.

Twins [SEVENTEEN FF]Where stories live. Discover now