◇ 18 ◇

870 92 5
                                    

Bold... Dialog.... Korea.... Hehh

Wawa mundar mandir di biliknya memikirkan sesuatu..

Ahh! Boleh jadi gila aku dibuatnya! Tak boleh jadi ni. Aku kena investigate jugak benda nih..

Tapi camner ek?

°°°°°°°°°°

Wawa sedang termenung duduk di buaian. Matanya tertacap pada satu tempat.

Garaj...

Jangan main atau dekat dengan garaj sana..faham?

Kenapa pa?

Er.. Bahan bahan kimia papa disimpan di situ.

Ya tak ya jugak. Kenapa papa tak suruh dekat dengan garaj tu? Sedangkan dalam tu adalah orang? And kenapa tak dari awal je papa bagi taehyung tinggal dalam rumah? Kenapa memilih untuk kurung taetae dalam garaj tu?

Argh! Banyak sangat persoalan dalam kepala otak aku nih!

Aku tak kira. Aku nak jugak carik kebenaran.  Samada tu imaginasi aku je atau.....  Realiti...

Perlahan lahan Wawa melangkah ke arah garaj. Sesampainya di garaj, Wawa melihat kiri dan kanan seumpama nak melintas jalan gituu

K, takde orang. Eh?  Tak berkuncilah ..

Tangan Wawa mencapai tombol dan tombol dipulad perlahan..

°°°°°°°°°°

Buk!!!

"Aku dah cakap dengan kau JANGAN SENTUH DIA!! "

Buk!!!

Darah di tepi bibir dilap. S.Coups tersenyum sinis. Langsung tidak takut akan amarah abang tirinya itu.

Eunwoo yang masih dengan rasa bersalah cuma menunduk. Pada waktu itu, dia ada photoshoot di Seoul. Jadi, dia tidak tahu bahawa S.coups akan menganggu Wawa.

"Mana kau tahu? Kau letak cctv ke apa kat kampung ni? " soal S.coups. 

"Taehyung serang aku pagi tadi. Sekarang ni dia dah tahu kita ni vampires! Kalau dia report kat sesiapa pasal kita macam mana?! Kau dapat protect kita semua?! " Teriak Yoongi.

"Macamlah dia tu manusia.." gumam S.coups perlahan.

"Apa kau cakap? " tanya Yoongi inginkan kepastian.

S.coups berdiri dekat dengan Yoongi dan berkata "Aku cakap, laki tu bukan manusia"

"Ap.. Apa maksud kau?" tanya Yoongi dengan dahinya berkerut. Bukan manusia? Habis tu apa?  Alien? Fikir Yoongi .

"Dia.serigala.jadian.putih"

°°°°°°°°°°

Wawa melangkah perlahan ke dalam garaj itu. Diperhatikan di sekeliling ruang yang agak gelap itu.

Kemas.

Beberapa keratan akhbar dan sticky notes dilekatkan di dinding.

Ni mesti papa punya kerja. Papa memang suka main lekat lekat kat dinding kalau buat research.

Terdapat katil bujang di dalam garaj. Mungkin tempat tidur Taehyung sebelum ini.

Terdapat juga beberapa gambar sel sel dan CT scan dilekatkan di dinding.

Hmm.. Takde apa apa yang pelik.

Sebuah diari berwarna hitam di atas meja dicapai. Diari itu tertulis V. Buku diari tersebut kelihatan agak lama dan lusuh sedikit sehinggakan warna kertas menjadi kekuningan.

Diselaknya helaian kertas itu satu persatu. Satu keratan artikel lama berbahasa english menarik perhatian Wawa.

Wow, interesing. Oo.. Pasal werewolf..

Helaian kertas diselak satu persatu. Selakan nya terhenti apabila terpandangkan satu biodata.

Kim Tae Hyung?

Wawa membaca dengan fokus. Sepatah demi sepatah perkataan dibaca dengan penuh teliti. Biodata yang ditulis bahasa english itu dibaca tanpa meninggalkan sedikit patah perkataan. Sampailah di suatu column ...

Species = White Werewolf (rare)

Diari tersebut terjatuh dari tangannya. Tangan Wawa menggigil. Otaknya cuba mencerna apa yang berlaku.

"Kalau kau jumpa serigala jadian, apa kau buat?"

"Aku? Mungkin aku lari kot sebab takut dia makan aku."

"Aku takkan makan kau!"

Serigala malam tu tangan kiri dia kena kelar dengan pisau. And lengan kiri taehyung pun ada parut panjang. Sedangkan sebelum ni takde parut pun badan dia. Ehem..kantoi usha body orang eh...

Lamunan Wawa terhenti apabila ditegur oleh satu suara.




APA KAU BUAT KAT SINI?!

To be continued...

Werewolf boy + KTHWhere stories live. Discover now