◇ 34 ◇

719 77 6
                                    

Tulisan bold adalah kononnya dialog bahasa korea

"Ini bilik kamu, kamu akan melalui beberapa ujian sebelum suntikan posyen dibuat. Nanti pembantu makmal akan terangkan kepada kamu. Apa-apa nanti, Appa ada di pejabat. Tahu kan pejabat Appa? "

Taehyung mengangguk. Lalu Prof Kim meminta diri lalu keluar dari bilik sederhana besar itu. Bilik tersebut kelihatan seperti wad VIP sebuah hospital swasta; luas dan mewah.

Taehyung duduk di birai katil lalu mengeluh. Walaupun baru sahaja meninggalkan rumah pagi tadi, tetapi sudah mula berasa rindu akan gadis yang dicintainya.

Hati kecilnya berbisik agar lari dari sini dan kembali ke rumah. Membawa lari Wawa dan hidup berdua tanpa memikirkan orang lain.

Tetapi Taehyung tahu, itu bisikan si dia. Dia yang obses dengan Wawa dan ingin menjadikan Wawa sebagai Ratu nya. Si serigala yang menjadi semakin agresif dari hari ke hari seraya perasaan nya terhadap Wawa yang semakin bercambah.

Taehyung juga sayangkan Wawa, tetapi masih menghormati gadis itu dan tidak mahu tergesa gesa.

Untuk apa dia tergesa gesa menjadi kan Wawa sebagai luna kepada alpha iaitu Taehyung sedangkan mereka tidak ada puak untuk diketuai. Serigala yang lain semuanya berpecah selepas peristiwa hitam yang meragut nyawa seluruh keluarganya dahulu.

Walaupun agak sedih akan kehilangan puaknya, Taehyung juga bersyukur kerana ketiadaan puaknya. Jika tidak, Taehyung yakin mereka tidak akan setuju untuk membiarkan ketua mereka hidup bersama manusia atau lebih tepat, menjadi MANUSIA.

°°°°°°°°°°

"Ui, dari tadi kau terperap dalam bilik dari pagi sampai ke malam ni kenapa? " kata Mira sebaik sahaja kepalanya terjenggul di sebalik pintu.

Wawa yang berbungkus dalam selimut dari hujung kaki sampai hujung kepala diam tidak berkutik.

Mira duduk di atas katil lalu menarik selimut Wawa.

"Ish kau ni kenapa?! Ganggu ketenteraman orang! " jerkah Wawa. Mira tersentak apabila dijerkah lalu berkata

" Kau yang terperap dalam bilik tak makan dari pagi tadi sampai sekarang. Mama kau risau tau, dia tahu kau tak pernah skip makan. So she knew there's something wrong with you-" kata kata Mira terhenti apabila Wawa mengalih selimut dari badan menampakkan beberapa bungkusan snek dan chocolate yang tersembunyi dibalik selimut.

"Aku dah agak dah, macam tak mungkin je kau tak makan" keluh Mira lalu turut baring lalu mengambil sebatang choki choki, menggigit hujungnya lalu menghisap chocolate campuran susu itu.

"Kau kenapa doh? " tanya Mira.

"Aku rindu taetae ah. Aku macam dah biasa bila dia selalu ada, so bila dia takda aku rasa macam hilang something. " keluh Wawa.

"Sape suruh kau confess lewat sangat. Alaa rilek ah, dia pergi trip je pon. " kata Mira dengan tenang walhal dia tidak tahu pun hal yang sebenarnya.

'Kalau lah kau tahu hal sebenarnya. Memang tak ar kau cakap macam tu. ' monolog Wawa.

"Sejuta warna pelangi, di dalam hati.. Sejenak luluh-"

PAKK!

"Aduhh! Kau lempang kepala aku apasal?! " marah Wawa sambil menggosok belakang kepalanya.

"Aku geli sia. Sejak bila kau pandai jiwang ni ey hanat tol meremang bulu roma aku"

°°°°°°°°°°

"Hairi kamu dah kemaskinikan jadual bagi aktiviti seminggu ni dan email-kan ke Prof. James?" kata Prof. Kim sebaik sahaja berhenti di depan meja kerja Hairi.

Hairi merenung skrin komputer dengan serius dengan kerutan di dahi, tidak menyedari akan kehadiran majikannya di hadapan.

Menyedari tiada jawapan dari Hairi, Prof. Kim mengetuk meja Hairi.

Tok! Tok! Tok!

Hairi mengangkat kepala lalu terkejut dan dengan spontannya berdiri tegak menghadap Prof Kim.

Prof Kim tersenyum sedikit melihat tingkah Hairi lalu mengulangi soalannya tadi.

"Er, sa-saya akan email-kan sekarang. " gagap Hairi sambil menundukkan kepalanya.

Prof. Kim menangguk lalu ingin melangkah pergi. Baru sahaja selangkah, lelaki korea islam itu menghentikan langkahnya lalu bertanya " Kamu ada masalah ka? Kamu sihat? Lately, kamu agak cuai dan tak fokus. Kamu okey?" prihatin lelaki itu.

Manakan tidak, Hairi adalah seorang yang bijak dan sempurna kerjanya. Dia bekerja keras dan boleh dipercayai. Sebab itulah Prof. Kim memilih Hairi untuk jadi pembantu nya bagi projek rahsia di korea iaitu projek yang terkini- Turns a werewolf into a human.

Namun, kebelakangan ini Hairi agak cuai atas perkara yang kecil dan selalu hilang tumpuan sewaktu bekerja. Hal ini menimbulkan rasa hairan di benak Prof. Kim akan sedikit perubahan sikap Hairi yang perfectionist itu.

"Saya okey, cuma ada masalah peribadi sedikit yang menggangu fikiran saya. Saya minta maaf sebab bersikap tidak professional. " kata Hairi dengan muka rasa bersalah.

Prof. Kim mengangguk lalu melangkah masuk ke pejabatnya.

Hairu duduk lalu mengeluh keras. Telefon pintar dicapai lalu mendail nombor seseorang.

"Hello? Yeah its me, Hairi. I think we should get started very soon. I need your help and might borrow your mens."

To be continued..

I can smell the climax huhuiii

Werewolf boy + KTHWhere stories live. Discover now