◇38◇

612 68 18
                                    

Tulisan bold adalah kononnya dialog bahasa korea macam biasa la weh

"Almost 30 milion ringgit malaysia, well dibayar ansur untuk beberapa tahun so.. Duit takkan pernah habis."

Jumlah wang yang tersangat besar itu, menyebabkan Wawa terkejut dan terngaga. Hairi tersenyum sinis, dia sudah bersedia untuk menerima hamburan maki dan cacian dari Wawa tapi...

"Tahniah la bakal jadi bilionare nanti. " kata Wawa tanpa perasaan. Hairi agak terkejut.

Perempuan ni tak kesah ke aku jual pakwe dia?

" Err th-"

"Tak aku belum habis lagi. " Wawa memotong. Hairi mengangkat kening memandang Wawa.

"Tahniah jadi billionare, dengan menghancurkan kehidupan orang lain." kata Wawa lalu mengambil bungkusan makanan di meja tepi katil, membaca bismillah lalu makan dengan selamba.

Hairi tertawa kecil.

This girl is surely quite savage and slumber. Make me wanna own her more. So interesting and never stop amused me everytime she open her mouth.

Tak sampai separuh dari makanan yang dimakan, Wawa sudah tak sanggup menelan lagi. Langsung tiada selera.

"Dari mana entah nasi goreng kimchi ni, tak sedap langsung. " kata Wawa lalu angkat dari katil dan berjalan memasuki bilik mandi.

Sebaik sahaja pintu bilik mandi dikunci, Wawa terus tersandar lalu menghamburkan tangisan yang ditahannya dari tadi. Wawa menutup mulut bagi menahan suaranya terkeluar lalu kedengaran dek Hairi di bilik.

Bukan menangis kerana takut, tetapi sedih akan Taehyung. Tidak dapat dibayangkan kalau tubuh taehyung penuh dengan tali saluran untuk kajian.

Wawa juga yakin orang yang berurusan dengan Hairi itu bukan calang orangnya. Kalau tidak, masakan mereka sanggup berbayar sehingga berbillion hanya kerana untuk menguatkan askar askar mereka. Pasti ada lagi urusan sulit yang lain dengan Hairi hingga bayaran tersebut sangat mahal. Tentu mereka ada perancangan untuk masa hadapan. Mungkin juga perang dunia ke-3, kita tidak tahu. Tetapi jika itu yang bakal berlaku..

Sesungguhnya Wawa akan menyalahkan diri sendiri.

°°°°°°°°°°

Setelah menenangkan diri, Wawa bergerak ke depan singki lalu mencuci muka. Ketika mengelap muka dengan lengan baju. Wawa terperasankan jam tangan digital pemberian Yoongi pada beberapa minggu yang lepas.

Flashback

"Tada!!! " muncul Yoongi bersama kotak kecil ditangan.

"Wah, apa ini? " tanya Wawa.

"Ini jam tangan digital keluaran Samsung yang terbaru. Untuk Wawa! " 

"Bu-bukankah ini edisi terhad? "

"Ya, aku datang awal dua jam sehingga premis terbuka. Takut tak sempat. Kau selalu cakap, yang kau selalu tersesat di bandar sebab kau jenis pelupa. So aku dapatkan ini! Supaya aku dapat detect gps kau melalui jam ni. Tap skrin ni 3 kali untuk mengaktifkan gps supaya sesiapa sahaja yang cari id kau akan jumpa, sebab gps ni cuma nampak pada apps tuan punya jam sahaja bagi tujuan keselamatan. Jadi tidaklah kau hilang lagi lepasni! " terang Yoongi panjang lebar dengan senyuman.

Wawa terharu. "Oppa gumawo-eo, kalaulah Danny sweet macam kau ni, hmph!" kata Wawa mengenangkan abangnya yang selalu membuli dan berkasar dengannya.

Werewolf boy + KTHWhere stories live. Discover now