Satu pembunuhan telah pun berlaku ?
Seluruh warga highschool Mission telah digemparkan dengan kematian ngeri seorang pelajar perempuan dari gred 5 merangkap ketua akademik sekolah .
Highschool Mission merupakan sebuah sekolah yang terkemuka di Kuala Lumpur .Mungkin tidak berapa dikenali oleh orang ramai memandangkan segala maklumat mengenai sekolah ini adalah tersorok. Hanya mereka yang bertaraf tinggi dan berketurunan kerabat sahaja yang mampu melayakkan diri untuk mendaftar disini. Dinamakan highschool Mission kerana setiap tahun , setiap orang mempunyai misi yang tersendiri untuk menyiasat setiap kes pembunuhan yang berlaku di sekitar Malaysia . Tapi kali ini .... Pelajar dari highschool Mission turut menjadi mangsa pembunuhan kejam mereka .
Mungkinkah "dia" yang bertanggungjawab dalam pembunuhan tersebut sedang berada di sekitar kawasan sekolah ini ? Atau mungkin juga "dia" masih berkeliaran di luar sana bagi mencari mangsa baru untuk melampiaskan nafsu di hati ? Who knows? Satu sahaja yang mampu menghentikan pembunuhan keji ini , iaitu melalui CODE ....
Kring !
Loceng pertama telah dibunyikan menandakan bahawa ada perjumpaan penting yang perlu mereka hadiri . Semua pelajar bergegas ke bilik utama untuk menghadiri satu mesyuarat penting bersama pihak atasan sekolah . Mesyuarat ini hanya diadakan apabila Highschool Mission berada dalam keadaan darurat dan ini merupakan yang pertama kalinya diadakan setelah 5 tahun sekolah ini berada dalam zon selamat .
Kelihatan kelibat seseorang sedang berjalan dari arah koridor menuju ke bilik mesyuarat yang berada ditingkat tiga bangunan blok A sekolah . Seperti selalu , lelaki itu kelihatan segak mengenakan kot hitam bersama baju kemeja putih di dalam digabungkan pula dengan tali leher berwarna maroon cukup untuk menyerlahkan aura si pemakai .
"Hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian dari salah seorang pelajar Highschool Mission. Dan cara mereka dibunuh adalah sama , kejam . Ditinggalkan dengan kesan torehan pada lengan yang tertulis "you run you die". Aku perlukan sedikit masa untuk mencari siapa pembunuh mereka. " ucap Tengku Adrian selaku ketua pelajar Highschool Mission .
Dengan rambut messy kepunyaannya , mata berwarna hazel dan kulit yang agak putih mampu mencairkan mana-mana gadis yang melihat . Ditambah dengan mukanya yang sentiasa serious dalam apa jua keadaan. Namun , sekolah ini telah menetapkan satu peraturan yang amat ketat .
"No Trust No Love"
Tengku Adrian merupakan salah seorang anak kepada ahli kerabat diraja Brunei . Seorang yang amat pintar dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah . Terutamanya dalam memecahkan CODE. Pakar dalam menembak dan bermain senjata . Fuhh ! Cukup pakej .
"Aku nak semua orang sentiasa berwaspada dan menggunakan setiap kebolehan yang ada untuk mempertahankan diri sendiri " Ujar Tengku Adrian sebelum mengambil langkah untuk pergi .
"Kau yakin ke yang kau mampu untuk mencari pembunuh itu tanpa bantuan dari sesiapa ?" Adrian menoleh ke arah pemilik suara tersebut . Begitu juga dengan yang lain . Kaget mungkin ?
"Kau siapa?" Seorang gadis berambut ikal mayang melepasi paras bahu dan berketinggian sederhana tinggi bersama uniform sekolah datang menghampirinya sambil berpeluk tubuh . Cantik .
"Kau yakin yang kau mampu untuk menghentikan permainan gila dari si "dia" ?" Gadis itu terus terusan mengasak soalan . Adrian hanya memerhati dengan riak wajah tenang . Tiada tanda-tanda bahawa dia berasa tercabar dengan pertanyaan yang dilontarkan oleh gadis tersebut .
Adrian mengerling sekilas kearah Ammar selaku PA merangkap ahli tetap jerktwin .
Seperti memahami pandangan ketuanya . Dia bersuara .
YOU ARE READING
CODE
ActionDendam , benci dan amarah menjadi punca pengkhianatan . Nyawa mereka yang tidak bersalah terus menjadi taruhan . Perasaan simpati ditepis pergi demi kepuasan nafsu di hati . Kesetiaan persahabatan terus diuji menjadi saksi erti kejujuran . JERKTWIN...