PercayaxPerdaya

58 8 2
                                    

Perhimpunan sekolah berjalan seperti biasa . Rata- rata pelajar yang terpilih untuk memasuki High School Mission mempunyai kebolehan yang tersendiri .

Dari yang pakar menembak , mengintip , berlawan senjata dan seni mempertahankan diri . Dian dan Amin juga tidak terkecuali . Mereka juga legend di sekolah ini .

Satu kemusykilan tercetus pada benak fikiran . Mengapa mereka berdua begitu senang untuk ditewaskan oleh pembunuh tersebut ? .

"Something wrong somewhere " monolognya di dalam hati .

"Hey bro ! Mengelamun jauh nampak " tegur Asyraf dan Adam yang baru pulang dari kantin sekolah . Mereka berdua kelihatan ceria dan tenang jauh berbeza dengan penampilannya yang agak berserabai sekarang .

"Asy , aku nak kau selidik barang barang peribadi milik Dian . Mana tau sedikit sebanyak  kita dapat  bukti tentang pembunuh " ujar Adrian tegas.

"Kitakan dah tahu siapa dia buat apa nak selidik lagi ?" Tanya Adam polos manakala Asyraf hanya mengangguk tanpa sedikitpun membantah .

"Tahu bukan bermakna kita betul . Kau rasa kalau kita laporkan dia kepada pihak polis , polis akan percaya kita bulat-ii ? " tanya Adrian sambil memicit dahi . Pening memikirkan apa yang telah berlaku.

"Ooo..faham-ii"

"Lagi satu aku terfikir kenapa pembunuh tu still tak contact aku hah? Dah seminggu kut " Mata merayap memerhati ke segenap ruang pada bangunan sekolah . Terasa diperhatikan dari jauh .

"Kan . Aku pun curious nak tahu " ujar Adam sambil menggigit keropok lekor di tangannya. Berselera siott ! Tak padan dengan kurus .

"Lahanat punya kawan ! Makan tak kongsi "aku menjelingnya geram sehinggalah mata tertancap pada sesusuk tubuh disebalik tiang berhampiran pondok . Taguna !

"Asyraf , Adam tunduk !" Jerit Adrian sebelum mengeluarkan pistol kesayangan yang terletak utuh pada bahagian pinggang.

Bang ! Bang ! Bang !

Tiga das tembakan dilepaskan kearah mereka. Serangan balas diberi . Berlaku sesi tembak menembak diantara Adrian dan penyerang hendap . Pelajar lain sudah lari menyelamatkan diri . Bukan mereka tidak mahu menolong tapi mereka sudah cukup masak dengan perangai Adrian yang tidak suka urusannya dicampur oleh orang lain walaupun dia sendiri berada diambang maut .

"Korang tunggu sini dan kawal keadaan . Aku nak kejar dia " arah Adrian kepada Asyraf dan Adam yang masih lagi "blur" . Blok A sekolah diredahnya .

Combat knife yang sentiasa tersimpan kemas pada bahagian kaki diambil sebelum disasarkan kearah penyerang tersebut. Namun, pergerakkannya bagaikan dipaku oleh sesuatu . Sesuatu yang hanya boleh dirasai tanpa diketahui puncanya.

Penyerang yang cuba membunuh mereka bertiga sempat menghadiahkan sebuah senyuman sinis. Topeng yang dipakainya diperkemaskan lagi sebelum melompat tinggi melepasi pagar sekolah . Fuhh ! Back flip sial.

"Adrian ! . Behave . Beware . JANGAN PERCAYA DAN DIPERDAYA " ujar penyerang tersebut sebelum melompat keluar.

Satu gumpalan kertas kecil di lemparkan kearahnya.

L@ R? L@ L4 ? Code baru ? Behave ? Beware ? jangan percaya dan diperdaya ? . Ape sebenarnya ni ? Fikirannya kembali berkecamuk.

"Bro , kau ok?" Tegur Amar secara tiba-tiba menghapuskan segala persoalan yang terawang diminda.

"Aku ok " jawab Adrian bersama senyuman pahit yang terukir di bibir.

******

Perbincangan antara Sir Chief (Pengetua ) dan Jerktwin telah memakan masa selama dua jam . Segala isu dibahas dan dipertikaikan . Mereka menolak keras apabila ingin diberi bantuan . Katanya ini urusan mereka dan semua orang tiada hak untuk campur tangan .

"Saya percayakan kamu berlima" Sir Chief menepuk bahu jerktwin perlahan tanda memberi restu .

Mereka berlima terangguk-angguk tanda faham . Mereka seharusnya bertindak bukan menunggu . Menunggu hanya memberi peluang kepada musuh untuk merancang strategi secara lebih kukuh.

Kejadian hari ini telah memberi amaran keras kepada mereka untuk lebih berhati-hati dan serius dengan apa yang berlaku jika tidak nyawa mereka dengan mudah akan melayang ke tangan musuh .

"Kena serang ?" Tegur satu suara sebaik sahaja mereka berlima keluar dari bilik Sir Chief .

"Kau ?" Tanya Amar seraya menjongketkan sebelah kiri kening .

"Siapa dia ?" Bisik Danial , Asyraf dan Adam .

Lupa nak bagitau . Mereka bertiga telah berpindah dari High School Mission sejak tiga tahun yang lalu . Dan kini kembali kerana itu juga . Mereka bersekolah diluar negara dan bersegera pulang dengan jet privasi masing-masing sebaik sahaja dihubungi oleh Adrian .

"Dia Aira Sofea " jawab Adrian tidak bernada . Dia sebenarnya lebih kepada bingung . Siapa sebenarnya gadis ini ? Apa urusan dia bersekolah disini ? Atau dia mempunyai niat yang lain ? No one knows .

"Kau sibuk kenapa ?" Dengus Adrian .

Aira melemparkan sebuah senyuman manis kearah Adrian sebelum berjabat tangan dengan yang lain .

"Aku nak join korang " selamba dia mengutarakannya .

"Of course la boleh " laju sahaja Adam dan Aysraf mengiakan . Sebelum dua-ii kembali senyap sebaik sahaja menerima panahan maut + berapi dari Adrian.

"Aku hantuk jugak kepala dua ekoq setan ni " omel Adrian didalam hati.

"Hell no !" Dia bersuara dingin sebelum berpeluk tubuh .

"Kenapa tak boleh ?" Gadis itu juga tidak mahu beralah .

Adrian menapak mendekati gadis itu . Sedikit sebanyak kakinya teresot kebelakang , rapat pada dinding . Dengan jarak muka yang dekat Adrian bersuara perlahan .

"Kau belum kenal siapa kami . Kekejaman kami lebih hebat dari sesiapa pun . Sehingga mata yang melihat mampu meloncat keluar , tangan yang kaku menghentam diri sendiri serta kaki yang pegun mampu untuk berjalan tanpa arah tujuan . Kau faham ?" Hembusan nafas yang panas mengena tepat pada setiap inci wajahnya .

"Guys jom !" Jerit Adrian sebelum mengatur langkah . Pandangannya menghala tepat ke hadapan tanpa sedikitpun menundukkan wajah.

Keangkuhan dan keegoan ...

Wajah inilah yang mengheret mereka....

Ke lembah hitam ini.....

"Kau pun tak tahu dan tak kenal siapa aku yang sebenarnya Adrian . Kau akan menyesal " bisik Aira sebelum beredar . Matanya sempat menangkap pandangan amaran dari seseorang .

So guys siapa Aira Sofea yang sebenarnya? Code ? Adakah code itu adalah clue kepada mangsa yang seterusnya ? Cerr komen la sikit pendapat dan pandangan korang 😘😂 muahh 👅💕

CODE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang