Asyraf

74 10 7
                                    

Kereta yang dipandu Asyraf meluncur laju membelah kesibukan jalan raya . Dia telah ditugaskan oleh Adrian untuk menyiasat barangan peribadi milik arwah Dian . Mungkin ada sesuatu yang mereka terlepas pandang ?

Sebaik sahaja tiba, dia disambut mesra oleh ibu Dian iaitu Puan Diana . Kebenaran diperoleh untuk menggeledah bilik tidur anaknya .

Laci meja yang menempatkan cermin dan alat solek diselongkarnya dengan penuh teliti  . Jangan ada sebarang maklumat pun yang terlepas itu kata Adrian .

Puas mencari akhirnya dia menjumpai sebuah kotak kelabu bersaiz sederhana besar .

" Macam kotak rahsia" bisiknya perlahan . Sebuah diari berwarna hitam menjamah pandangan saat kotak tersebut dibuka.

Diari tersebut dibuka dan dibelek isi kandungannya satu persatu . Satu catatan dari Dian menarik minatnya untuk membaca

Semakin hari dia menunjukkan tingkah laku yang pelik . Kerana obses akan code dia seperti orang gila sehingga dia sanggup untuk membunuh sesiapa sahaja yang menghentikan permainan code nya.

Catatan yang pertama dibaca sebelum muka surat sebelah diselak .

Akhirnya aku tahu kenapa dia bertindak sedemikian . Dia terlalu gila untuk membalas dendam . Membalas dendam kepada mereka yg dirasakan bersalah . Aku tidak sampai hati untuk membiarkan mereka yg aku kenal dibunuh olehnya . Dia psiko . Terlalu obses dengan code .

Tanpa sedar sekeping foto telah terjatuh dari diari tersebut . Dia mengambilnya semula .

"Wtf is this ? Apa semua ni ?" Matanya kaku merenung foto tersebut .

~~~~~~~

Selepas meminta diri untuk pulang , dia segera menelefon Adrian untuk bertemu tanpa pengetahuan sesiapa pun termasukla ahli jerktwin yang lain . Adrian harus tahu perkara yang sebenar . Ya ! Dia harus tahu .

Sewaktu tiba diselekoh tajam , brek kereta yang ditekan gagal untuk berfungsi . Berkali- kali dia menginjak pedal brek tetapi semuanya hanya  sia sia kerana dia masih tidak berjaya untuk mengawal keretanya . Bila bila masa sahaja dia boleh menghentam pembahagi jalan atau lebih teruk, terjunam ke dalam gaung sedalam 6 meter.

'kring!! kring!!'

Deringan telefon diangkatnya dalam keadaan panik . Nama Adrian tertera sebagai nama pemanggil . Allahu ! berikanla aku sedikit waktu supaya aku dapat menyelamatkan mereka semua . Rintih Asyraf didalam hati.

Belum sempat dia bersuara , keretanya terlebih dahulu merempuh sebatang pokok tua yang terletak ditepi jalan.

Kesakitan menyengat diseluruh badan . Kepala terasa hendak pecah dan berpusing-pusing. Gelap .

Adrian.

Aku menunggu Asyraf diluar pintu bilik kecemasan sebaik sahaja dihubungi oleh pihak hospital. Adam , Amar dan juga Danial masih dalam perjalanan kesini .

Lembik lututku sebaik sahaja melihat keadaan Asyraf yang berlumuran dengan darah . Sebelum tidak sedarkan diri , Asyraf sempat membisikkan sesuatu kepada aku . Sesuatu yang aku sendiri tidak mampu untuk rungkaikan .

"Ja..ng..an per...caya..kan se..sia..pa. Diari.. Pokok"

Jangan percayakan sesiapa? Diari ? Pokok?

"Wehh ! Macam mana dengan Asy ?" Tanya Amar diikuti Adam dan Danial dari belakang . Sapaan mereka terjawab apabila doktor yang merawat Asyraf keluar. Glove putih yang dipakai , ditanggalkannya sebelum dibuang kedalam tong sampah .

"Keluarga Tengku Asyraf ?" Tanya doktor tersebut sebelum merenung wajah kami satu persatu . 

"Kami kawan dia " Jawab aku ringkas.

"Pesakit masih tidak sedarkan diri akibat hentakan yang kuat disekitar kepala dan sedikit pendarahan dalaman . Mungkin mengambil masa yang lama untuk dia sedar kan diri semula" ucap Dr Zaki berdasarkan nametag yang terlekat utuh pada kot putihnya  .

Serentak dengan itu, mereka berempat meraut muka kasar. Rambut yang berserabai tidak dihiraukan . Tiada lagi penampilan kemas dari jejaka - jejaka tampan itu. Terpancar riak wajah kesal pada muka masing-masing.

"Aku rasa pembunuh tu cuba untuk bunuh Asyraf" Adrian mengetap gigi menahan amarah . Seluruh urat di wajahnya timbul .

"Dasar pengecut ! Kau hanya tahu menyerang dari belakang tapi takut untuk bersemuka dengan aku !" Jerit Adrian sebelum melepaskan sebuah penumbuk pada dinding hospital . Perasaannya bercampur aduk. Melihat Asyraf yang terlantar tidak bermaya membuatkan hatinya meronta ronta kesakitan. Andai sahaja dia mampu untuk menggantikan posisi Asyraf pada ketika ini, sudah tentu dia tidak perlu menanggung perasaan serba salah yang begitu menyesakkan dada.

Masing-masing terduduk lemah di atas lantai hospital menantikan ada keajaiban yang bakal muncul buat kawan baik mereka, Asyraf.

"5 tahun lepas, penyeksaan ini la yang aku rasakan, Adrian. You deserves this" sosok tubuh itu tertawa kecil sebelum bergerak menjauhi ruangan ICU yang menempatkan tengku Asyraf. 

Sebelum pulang , mereka sempat menjenguk Asyraf yang terlantar lemah di atas katil hospital . Wayar yang berselirat ditubuhnya menambahkan lagi kepiluan yang sedia ada . Tiada lagi usikan nakal dan senyuman yang menghiasi hari mereka .

"Aku rindu kau Asy " Danial memejamkan mata buat seketika sebelum cecair jernih mengalir melalui kelopak matanya .

" Kau pasti akan sembuh. Itu janji aku" Ujar Rayyan di dalam hati sebelum menepuk lembut lengan sahabat baiknya itu. Dia yakin Asyraf tahu keberadaan mereka di sini cuma kudratnya tidak cukup kuat untuk membuka mata dan berbual bersama mereka.

"Bangun la Asy, kitaorang tunggu kau" tubir matanya basah namun dia tetap menguatkan diri agar tidak terlihat lemah di hadapan Asyraf. Baginya, pada ketika ini Asyraf amat membutuhkan semangat daripada mereka jadi mereka semua tidak boleh lemah semangat.

" Rehat la Asy biar aku yang settle kan semua ini untuk kau. Aku akan tuntut keadilan" ujar Ammar sebelum memandang satu persatu wajah wajah sahabatnya yang tampak sugul dan sedih itu.

"Aku tahu ini semua telah dirancang . Sabar Asy ! pengorbanan kau pasti berbaloi " bisik Adrian didalam hati .

******

Wad Mutiara

" Kau seharusnya mati ! Berapa banyak nyawa yang kau ada sebenarnya ?Tapi tak mengapa kau pun dah nyawa-nyawa ikan kan ? , lambat laun kau akan mampus jugak HAHAHAHA . Kau takkan dapat hentikan aku !" Suara orang ketawa memenuhi ruang wad tersebut .

Jari jemari Asyraf bergerak perlahan.

Kematian adalah Ketakutan yang terdalam bagi mereka yang merasa diri bersalah.

Pendek ja kali ni . Lagi beberapa chapter tamatla .

CODE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang