Adrian mengatur langkah menuju ke perpustakaan sekolah . Sebuah buku yang bertajuk "CODE" dicapai dari rak yang berdekatan . Menarik .
Adrian .
Aku membuat keputusan untuk meminjam buku tersebut selama seminggu . Huh aku mana ada masa untuk baca buku . Flip hair
Orang kata buku ini mengandungi pelbagai jenis code . Heh ! Dah title pun code mestila isi kandungannya pun code . Buku itu aku genggam kemas . Minggu ini cukup menyerabutkan fikirannya , kalau dia tidak berfikiran secara positif sudah tentu sekarang dia sedang berada di wad Bahagia . Santai-santai main dengan anak patung , gelak sana sini dan terjah orang yang lalu lalang tanpa rasa malu . Nonsense . Asyraf pula masih terlantar tidak sedarkan diri . Huh !
Tut ! Tut ! - bunyi mesej masuk
"Next target : jerktwin "
Aku membaca mesej tersebut berulang kali . Seriously ? Target yang seterusnya adalah kitaorang sendiri ? .
Aku bergegas menuruni anak tangga untuk beredar .
Tapi... yang peliknya kenapa kali ini tiada sebarang code yang dihantar ? Atau akal fikiran psiko itu sudah tidak mampu menganalisis sebarang jenis code ? Kalau betul itu yang terjadi , ini bermakna cabaran kian pudar
"Ad !" Aku menoleh kearah pemilik suara tersebut sebelum meneruskan langkah . Dari pandangan sisi, aku melihat dia mengejar dari belakang . Allahu ! Aku mengeluh perlahan .
"We need to talk " ujar gadis itu .
"What's wrong ? I don't have enough time . "
"Listen to me . I can help you to find out the killer without all these fucking code " buku yang tadinya aku genggam , aku sorokkan sedikit kebelakang . Dia cuba merendahkan kebolehan aku tho . Pehal minah ni .
"No need . Mind your own business "ucapku dingin .
________________________________
Adam
Latihan menembak pada kali ini terasa begitu asing. Sepi tanpa gelak tawa mereka berlima . Kejadian 3 tahun lalu terimbau kembali dalam benak fikiran namun memori itu segera diusir pergi . Belum tiba masanya untuk dibuka dan diceritakan kembali . Cukup hanya mereka yang merasa pedihnya kehilangan.
Picu ditarik lalu terhasil lah bunyi yang membingitkan telinga. Setiap kali peluru tidak mengena pada papan target , dia akan menjerit sekuat hati . Geram , benci , kecewa dan amarah bersatu didalam diri . Melahirkan rasa yang tidak mampu diungkapkan .
Jika diikutkan hati mahu sahaja dia mengakhiri semua ini dengan mengaku kalah . Agar tiada lagi mereka yang terkorban angkara dendam persahabatan . Namun , perjanjiannya dengan jerktwin harus ditunaikan . By hook or by crook petumpahan darah tetap akan berlaku .
Akhirnya dia jatuh terduduk lalu meraup wajah dengan kasar , cecair jernih yang menitis keluar dari tubir mata tidak dihiraukan . Kelakar kan bila lelaki menangis ? Nampak lemah dan tak berdaya . Tetapi lelaki juga manusia , manusia yang punya hati dan perasaan . Manusia yang mudah terhakis saat dilanda ujian yang tidak pernah berpenghujung .
Tut tut tut - mesej masuk
Dia menyeluk poket seluarnya sebelum membaca mesej yang tertera pada skrin telefon . What ? We are the next victim ? It must be fun . Monolognya sinis didalam hati .
Dia bangun dengan satu semangat yang baru iaitu untuk membalas dendam demi Asyraf . Satu das tembakan dilepaskan kali ini tepat-tepat mengenai sasaran . Dia tersenyum puas sebelum beredar .
He smiled softly
But this time it was different
His face smiled but his eyes didn't .
_________________________________________Hari ini dia mengambil keputusan untuk menghabiskan masa dengan memancing ikan . Dia memilih untuk berseorangan tanpa teman tidak seperti kebiasaannya. Satu keluhan berat dilepaskannya perlahan. Terasa bebanan yang menimpa mereka semakin menjadi-jadi .
Segala kekusutan yang melanda mereka semenjak dua menjak ini telahpun mengubah kehidupan mereka 100%.
Telefon dimatikan dengan niat tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Bunyi ranting kayu yang dipijak dari belakang tidak sedikitpun menganggu konsentrasinya untuk memasang umpan pada mata kail. Dia sudah berkira-kira di dalam hati untuk menghabiskan cutinya pada hari ini disini.
sebelum .....
Serangan mengejut dari seseorang membuatkan Danial tercedera . Pisau yang terhunus pada bahagian perut direntap kasar oleh si penyerang hendap .Danial senyap tidak berkutik . Nafasnya tidak teratur seperti selalu
. Bukan kerana kesakitan yang dirasai tetapi lebih kepada terkejut dan kecewa .Dia tidak menyangka bahawa selama ini mereka telah dikhianati ."Aku dah agak yang kau adalah pelaku disebalik semua ini " Tetapi sudah menjadi adat otak sering menolak firasat hati.Huh.
"Jadi , kau yang bunuh mereka semua ? Yang buat Asyraf kemalangan ? Haa? Sebab apa? Kau tak sayang kami ?" Dahinya mengerut menahan kesakitan. Namun sakit dihati lebih parah .
"Ya . Aku yang buat semua ni ! Aku yang mulakan semuanya . Sebab ... Sebab aku HAHAHAHAHA"
Bagai orang yang hilang kewarasan , sekali lagi pisau yang dipegangnya menghunus tepat kebahagian perut Danial tanpa sempat lelaki itu mengelak . Mata pisau ditusuknya kuat sebelum diputar buat beberapa ketika. Rintihan simpati dari Danial tidak dihiraukan sama sekali. Dia puas melihat darah yang membuak keluar .
Ingin sekali dia menarik usus milik Danial lalu memakannya dengan rakus . Tetapi niatnya terhalang kerana ada hal yang lebih penting untuk diuruskan .
"Bunuh aku . Jangan bunuh mereka . Mereka yang aku sayang " ujar Danial sebelum rebah mencium bumi . Satu persatu wajah ahli jerktwin muncul pada benak fikiran memaksa mutiara halus untuk keluar .
"Aku tunaikan permintaan kau . Semoga tenang disana bersama Dian dan Amin. Pesanan terakhir aku , tunggu giliran kawan kau yang lain . Muahahahaha . MATI" sejurus itu , sekujur tubuh milik Danial disepak masuk kedalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras.
Mengapa dunia ini terlalu kejam ?

ANDA SEDANG MEMBACA
CODE
ActionDendam , benci dan amarah menjadi punca pengkhianatan . Nyawa mereka yang tidak bersalah terus menjadi taruhan . Perasaan simpati ditepis pergi demi kepuasan nafsu di hati . Kesetiaan persahabatan terus diuji menjadi saksi erti kejujuran . JERKTWIN...