Chapter 2

6.8K 208 7
                                    

BAB2

LANGIT biru di saat aku melangkah ke perpustakaan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku menoleh sekilas ke arah teman rapatku yang asyik bergayut ditelefon bimbitnya itu. Sebenarnya, aku sedang melengkapi diri dengan ilmu perbankan di salah satu kampus cawangan UiTM. Di sini aku mula mengenali teman-teman seperjuangan dan sama-sama mengharungi pahit maung dugaan sebagai warga kampus. Aku menoleh sekali lagi ke arah Wirda Ibrahim yang tersengih memandangku.

"Isya, sorry aku tak dapat teman kau ke library. Farouk nak jumpa aku di tempat biasa. "

"Tapi Wir, takkan aku kena pergi  library sorang diri je? Dah pecah rekod ni. Tadi kau yang beria-ia ajak aku study kat library...." Aku sengaja menarik muka masam dan pura-pura merajuk.

"Alah Isya, aku minta maaf banyak-banyak. Kau bukan tak tahu perangai Farouk, kalau dia kata nak jumpa.....mesti jumpa. Nanti makin teruk dia marah kat aku. Aku tak nak tambah masalah dengan dia. Tolonglah....."

Sungguh-sungguh Wirda menerangkan padaku. Aku tahu dari mimik wajahnya dia serba salah dengan situasi ini. Sebenarnya sudah beratus kali kami terhimpit dalam situasi seperti pagi ini. Wirda dan Farouk tidak mungkin berenggang. Mereka bagaikan merpati dua sejoli ataupun belangkas. Oleh itu, situasi sebegini tidak boleh dielakkan. Dia perlu menjaga hatiku dan juga kekasih hatinya. Kadang-kadang aku memahami. Kadang-kadang aku terkilan. Tapi, kali ini aku berpura-pura terkilan sahaja, hatiku bagaikan digeletek melihat telatah Wirda yang resah melihat kebisuanku.

"Memang aku boleh tolong....." Aku berjeda seketika. Sengaja ingin membuat Wirda tertunggu-tunggu keizinanku.

" Dan sekarang aku nak tolong nasihatkan kau. Tolong teruskan plan kita nak belajar di library. Esok Test Three Treasury. Kau kata susah nak catch up, kena study hard for this subject killer." Nasihat ini bukannya main-main, ianya lahir dari dasar hatiku yang ikhlas. Aku memang ingin sama-sama mengecap kejayaan dengannya. Sama seperti semester-semester sebelumnya, di mana kami berdua pernah dianugerahkan anugerah dekan untuk beberapa semester.

Wirda panggung kepala. Dia merenungku dan aku cuba bertahan dengan kesungguhanku mengajaknya untuk menelaah pelajaran. Akhirnya aku kalah. Terburai tawaku yang kutahan sejak dari tadi daripada meledak keluar sewaktu memandang wajah memohon pergertian Wirda itu.

"O.K. kau boleh pergi dating tapi bersyarat,"

"Apa dia?"

"Lain kali jangan ajak aku pergi belajar di library lepas ni. Kata nak cari ketenangan konon. Tak dapat belajar di asrama, padahal....."

Aku tidak menyudahkan ayatku. Hanya ingin mengusik Wirda. Tiada maksud lain. Dia tergelak dengan permintaan dan omelanku.

"Baik. Kau ni pun satu, student lain sibuk belajar di perpustakaan. Tapi kaulah student paling liat ke library. Macam-macam alasan kalau orang ajak"

"Di library sejuk lah....tak tahan aku. Asyik-asyik nak ke tandas. Eeii....tak tahan, sejuk sangat!"

Sekali lagi Wirda mengekek ketawa. Mengusik akulah tu.

"Siapa suruh kau asyik nak terkencing je bila rasa sejuk. Eeei.....memang orang Malaysia tulenlah. Itu baru sejuk kat library, bukannya sejuk kat oversea tau." Dia masih lagi mentertawakan salah satu kelemahanku malah sempat juga mengutukku.

"Dah! Dah! Kata nak dating. Pergi cepat. Jangan nak menyakat aku pulak." Aku pura-pura marah dalam tawaku yang menyatu dengan tawanya sebentar tadi.

"Yes Boss! Aku pun dah rindu sangat kat buah hati pengarang jantung aku tu. Abang Farouk, tunggu Wirda....," Dia bersuara manja.

"Apalah kau ni Wir, tak lawak langsung gaya kau. Cubalah kau buat gaya menggoda sikit!" Wirda tersenyum dan mula melangkah pergi ke arah yang bertentangan denganku.

Sayang...Izinkan Aku Pergi (SUDAH DITERBITKAN) #readystockWhere stories live. Discover now