Chapter 9

4.4K 116 0
                                    

BAB 9

SEUSAI tugasan pada hari pertama aku di alam pekerjaan, aku melangkah ke arah hentian bas. Di dalam bas aku memilih untuk duduk di tepi tingkap. Aku memandang kotak yang berbalut kemas di atas ribaku. Aku akan memulangkan sebalang biji guli milik Izwan Fadli. Kalau boleh, aku tidak ingin lagi ke rumah Nenek Soraya. Aku tidak sanggup mengambil risiko kemungkinan terserempak dengan pemuda bermulut laser itu. Namun begitu, apabila memikirkan perasaan Nenek Soraya, aku berada di persimpangan. Sungguh aku tidak faham apakah tujuan Nenek Soraya sewaktu menyerahkan sebalang biji guli ini kepadaku.

Aku menghela nafas berat. Pandangan aku lemparkan jauh merentasi kehijauan pokok-pokok di sepanjang jalan. Aku berdoa agar Izwan Fadli tiada di rumah neneknya petang ini.

Sesampai di laman rumah Nenek Soraya, aku berdiri lama di laman itu. Menatap keindahan landskap laman rumah Nenek Soraya. Kenapa aku tidak perasan kewujudan buaian di bawah pokok yang hijau merimbun? Aku menghampiri buaian tersebut dan mengayunnya perlahan. Hatiku terbuai sama. Aku duduk di atas buaian itu dan membiarkan buaian itu bergerak perlahan.

Tidak puas rasanya berayun perlahan, aku menunjal kakiku ke tanah dan membiarkan momentum ayunan buaian kekal pada kelajuan yang aku kehendaki. Angin bayu yang bertiup lembut membelai pipiku berjaya mendamaikan jiwaku. Ketenangan menyerap masuk ke segenap urat sarafku.

"Isya!" Satu jerkahan dari arah kiriku mengejutkan aku sehingga aku membrek kuat tunjalan kakiku ke tanah. Hampir saja aku terpelanting.

Izwan Fadli ketawa melihat telatahku yang cuba menyelamatkan diri dari tersembam ke tanah. Aku naik berang. Aku hampir menyembah bumi kerana jerkahannya, dia pula ketawa besar mengejekku. Memang dasar lelaki tidak budiman. Tak cukup ajaran tatasusila betul! Dia masih galak ketawa sampai menekan perutnya.

Aku mengetap bibir. Sakitnya hatiku bukan kepalang. Aku menggosok telapak tanganku dan membetulkan baju kemeja dan tudungku. Aku berdehem beberapa kali untuk mengalih perhatian Izwan Fadli.

"Jangan nak gelakkan saya kalau awak yang punya angkara. Memang lelaki tak bertamadun. Suka-suka je jerkah orang. Apa, ingat saya takut?!"  Aku menghamburkan rasa tidak puas hatiku.

Izwan Fadli menatap wajahku dalam tawanya yang masih bersisa.

"Tak takut konon. Yang awak brek mengejut tu kenapa?" Dia menyoalku dengan suara sinis.

"Dah awak jerit panggil nama saya macam gorila. Silap, king kong! Siapa yang tak terkejut?," Aku membentak geram.

Dia ketawa lagi. Kacaknya! Aku memandang ke arah lain, malas nak melayan Izwan Fadli yang masih mentertawakan aku. Apa yang lucu sangat?

"Awak datang sini nak main buaian ke? Dah lupa janji awak?" Izwan Fadli kembali bersuara serius. Sah, dia sudah kembali ke bentuk asalnya. Hantu raya yang bermata tajam.

"Sorrylah, saya tak nyanyuk lagi. Nah marbles awak, budak kecil!" Aku menyerahkan kotak yang berbalut kemas dengan kasar ke tangannya.

Riak muka Izwan Fadli berubah setelah aku memanggilnya budak kecil. Padan muka!

"Ini aku naik darah ni. Dah le ambil marbles kesayangan aku, lepas tu panggil aku budak kecil pulak." Izwan Fadli menjeling geram ke arahku.

Aku tayang senyum kemenangan.

"Budak kecil tak nak buka kotak tu, periksa betul tak kat dalam tu ada your favourite marbles....." Aku senyum mengejek.

Dia merengus marah tetapi tetap menurut juga sarananku tadi. Dia mengoyak pembalut kotak dengan kasar.

"Ops! What??!!" Seekor katak melompat keluar dari kotak dan balang guli ditangannya terlepas. Habis berselerak biji-biji guli di atas rumput. Aku tergelak besar. Kelakarnya!

Sayang...Izinkan Aku Pergi (SUDAH DITERBITKAN) #readystockWhere stories live. Discover now