Bab 1

51 4 2
                                    

"Kringg~"

Bunyi loceng sekolah yang menandakan bermulanya sesi persekolahan yang amat membosankan bagi sesetengah pelajar terutama yang bermasalah.Kelas-kelas mula kecoh di hari pertama persekolahan untuk mereka selepas bercuti selama sebulan lebih.Pada awal tahun,banyak perkara yang ingin dikongsikan kepada rakan-rakan sewaktu cuti.Guru-guru pula ada yang bersemangat dan ada juga yang sedikit mengeluh dalam memulakan tahun yang baru ini.Begitu juga,para senior tingkatan 5 yang bakal menempuh cabaran yang amat besar  di dalam hidup mereka iaitu 'Sijil Pelajaran Malaysia'(SPM).Tugas yang perlu disandang adalah tersangat besar dan berat.Para guru di SMK Seri Gombak juga akan mencuba sebaik mungkin dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar mereka. #Cikgu mana yang tak mahu lihat kejayaan anak muridnya sendirikan~#

Selepas tamat waktu perhimpunan,para pelajar berduyun-duyun masuk ke dalam kelas.Kelas mula riuh-rendah sebelum guru kelas masuk ke dalam kelas mereka.Di kelas 5 Efisien,yang merupakan aliran akaun terlihat sangat riuh dengan kehadiran budak samseng yang agak terkenal di sekolah tersebut.Mereka terdiri daripada 7 orang pelajar,iaitu enam orang berketurunan Korea dan seorang berketurunan Melayu yang merupakan seorang perempuan serta ketua bagi kumpulan tersebut.

"Hey,what ups,ketua!"sapa seorang pelajar yang bernama Jung Yonghwa,penolong kepada ketua samseng tersebut.

"Boleh tahanlah!Mana budak kita yang lain?"tanya sang ketua yang bernama Athirah.

"Biasalah ketua!Geng kita ni kan selalu jadi watak utama.Jadi kenalah selalu menonjol.."balas jejaka yang duduk di sebelah Athirah yang bernama Kim Mingyu.

"Minhyuk tentulah akan skip kelas ni..Dia tu kan sangat tak sukakan subjek kelas lain berbanding Matematik dan Akaun.Kalau Baekhyun..mesti dia akan dandan rambut dulu dekat salon.Mungkin pukul 9.30 nanti baru sampai~"tambah seorang lagi anggota mereka yang bernama Yook Sungjae.

"Betul tu ketua!Si Jimin tu pun mesti tidur lagi.Dia tu kan raja tidur mati,"sambung Yonghwa sambil ketawa mengekeh sambil diikuti yang lain kecuali sang ketua.

"Kalau kita tak buat hal satu hari je,sunyilah sekolah ni ketua,"ujar Sungjae.

"Ye,saya setuju dengan pendapat awak tu Sungjae.Tangan saya ni pun dah lama tak tumbuk orang.Rasa gatal je,"balas Athirah seraya menyeringai kejam.

"Saya pun sama ketua!Saya pun rasa  nak rosakkan sesuatu je,"sokong Mingyu.

"Kau bukannya rosakkan benda tu tetapi kau bagi cantikkan benda tu adalah.Ingat tak tahun lepas!Kau cakap nak conteng dinding sekolah tapi lastnya apa..Kau lukis mural adalah~"perli Baekhyun yang baru sahaja tiba.

"Ceh,aku tak sengajalah time tu!"nafi Mingyu sedikit merajuk.

"Dah,tak payah  nak emo sangat dekat sini.Korang semua sama je!"herdik Athirah.

"Mi-mianhae,ketua!"ucap mereka semua sedikit gerun.

"Grrr..di sini Malaysia!Bukannya Korea!!!"bentak Athirah.

Mereka semua berpandangan antara satu sama lain sambil menelan air liur dengan susah payah.#Athirah kalau dah marah~Dia akan jadi sangat menakutkan..#

"Ma-maaf ketua!Kami tak sengaja.Time cuti kami selalu bercakap dalam bahasa Korea bersama keluarga!"pinta Mingyu.

"Dah berapa kali saya cakap!Kita ni berada di Malaysia.Bahasa rasmi negara ini ialah Bahasa Melayu.Lainlah kalau kita semua ni dekat Korea.Walaupun bahasa Korea agak sedap di dengar,tapi Bahasa Melayu merupakan bahasa kesayangan Malaysia.Kalau dulu kami terpaksa berperang untuk bahasa ini dengan pihak lain.So,jangan nak memandai untuk berbahasa lain selain daripada Bahasa Melayu.Faham!"ceramah Athirah panjang lebar.#Dia ni kalau dah menyangkut tentang Bahasa Melayu..mulalah sifat cintanya itu membuak-buak! -_-#

Budak Samseng Kelas 5 Efisien Vs Budak Dungu Kelas 5 Fatanah.(SAMDU)Where stories live. Discover now