Bab 5

25 1 4
                                    

Akhirnya, selepas perjalanan selama dua jam, mereka telahpun sampai di Pulau Pangkor. Sebuah bas telah datang untuk menjemput 14 orang pelajar itu ke program yang telah dianjurkan oleh sebuah asrama di sana. Pada kali ini, Era sama sekali tidak mahu duduk dengan Yonghwa dan Minhyuk lagi. Maka, dengan susah payah, akhirnya dia berjaya mengelak daripada duduk di sebelah Yonghwa.

Maka yang menjadi mangsa kali ini adalah Hidayah kerana dia merupakan orang terakhir yang memasuki bas tersebut. Tempat duduk juga sangat terhad sehingga hidayah tiada pilihan lain selain duduk di samping Yonghwa, iaitu orang yang sangat ia benci itu. Dan wajahnya hanya masam mencuka sepanjang perjalanan ke asrama tersebut.

#Actually~ Hidayah ni amat membenci Yonghwa kerana Yoyo nilah yang selalu rosakkan hubungan cinta Hidayah dengan orang lain! Selain itu, Yoyo juga suka mengusik dan mengganggu Hidayah sejak daripada Form 1 dan Form 3. Maklumlaa sama kelaslah katakan~😏#

Sesampai sahaja di sana, kelihatan seorang lelaki dewasa yang berada dalam linkungan umur 20 ke atas, datang untuk menyambut para pelajar itu dengan sebuah senyuman yang sangat manis. Terlihat ia sangat gembira apabila melihat kehadiran mereka semua.

"Annyeong haseyo~~~ Welcome to Asrama Indah! Naneun Kang Daesung-nida! Awak semua boleh panggil saya Kang seongsaeng-nim saja!" Sapa Cikgu Kang Daesung dengan sangat riang.

"Cikgu! Boleh gunakan bahasa rasmi negara ni, tak! Walaupun asrama ni dari Korea sekalipun.. Cikgu tak patut berbicara dalam Bahasa Korea sebab walau macam mana sekalipun! Asrama ini bertapak di Malaysia, tanah Melayu! Jadi, sila gunakan bahasa rasmi negara ni, faham!" Ujar Athirah dengan sangat tegas.

"Huhuhuhuhuhu.. comelnya kamu ni~ Aahh~ kyeopta!" Puji Cikgu Daesung.

"Sekali lagi saya bagi amaran, ya! GUNAKAN BAHASA RASMI NEGARA NI DAN JANGAN GELAR SAYA COMEL!" Marah Athirah yang mula hilang sabar.

"Apa yang bising-bising ni, hah? Seorang pelajar tidak boleh biadap dengan seorang guru!" Herdik seorang lagi guru dari program tersebut yang baru sahaja memunculkan diri.

"Saya sama sekali tidak biadap! Tetapi, saya cuma ingin beritahu bahawa di sini adalah Malaysia. Jadi, kita perlulah berbahasa mengikut bahasa di sini dan bukannya berbahasa orang asing!" Lawan Athirah yang sedikitpun tidak gentar dengan cikgu yang agak garang dan berotot kekar itu.

"Hmm.. saya takjub dengan semangat patriotik kamu yang tinggi itu. Nama saya Kim Jongkook, guru kecergasan di sini. Awak semua boleh panggil saya Cikgu Jongkook!" Ujar Cikgu Jongkook.

#Cikgu Kang Daesung ni adalah guru pembimbing di asrama ni.. tapi dia ni ada penyakit happy virus yang melampau. Sebab tulah dia ni asyik senyum je even kena marah dengan cik ketua tadi.. Yang Cikgu Kim Jongkook ni pula adalah guru sukan dan kecerdasan! Maklumlah, tubuh badan dia ni gagah dan berotot. Satu jaa masalah dia! Dia terlampau obses dengan otot dia sendiri~ itulah perangai pelik yang dia ada~😥#

"Selamat pagi Cikgu Kim Jongkook~" Sapa geng budak dungu dengan hormatnya.

"So, kamulah geng budak dungu dan yang ini adalah geng budak samseng, ya! Kalau macam tu.. mari kita masuk sekarang!" Arah Cikgu Jongkook.

"Baik!!!" Sahut budak dungu dengan penuh semangat.

"Waahh~ budak-budak dungu ni.. comel-comel betullah~ terutama si hamster kecil ni.." Sorak Cikgu Daesung yang merujuk kepada Fatin.

#Sememangnya.. Fatin ni sering digelar sebagai hamster kerana dia ni terlampau comel! 😂😂#

"Saya bukan hamsterlah cikgu!!!" Rengek Fatin yang tidak puas hati akan panggilan tersebut.

"Hamsterkan comel! Si anak ayam ni pun nampak comel! Ish~ geramnya cikgu dengan kamu berdua!!!" Ucap Cikgu Daesung dengan gembira sambil memanggil Amalin sebagai anak ayam.

Budak Samseng Kelas 5 Efisien Vs Budak Dungu Kelas 5 Fatanah.(SAMDU)Where stories live. Discover now