Jangan cepat putus asa
Saat diri sedang kecewa
Menangislah dengan sepuasnya
Biar terhapus beban didada
Usah diingat perkara lalu
Ayuh bangkit teruskan hidup
Kerana sedih tidak akan membantu
Buanglah rasa yang celaru
Padamkan saja yang pahit itu
Walaupun tidak semudah dikataTuhan itu maha tahu
Dengan setiap yang telah berlaku
Pasti saja ada hikmahnya
Hidup ini tak usah disia
Dengan rasa yang entah apa
Esok kita masih tak tentu
Ada lagi atau pun tidak
Selagi hayat dikandung badan
Bangkitlah hargai diri mu@gadisspecky
YOU ARE READING
RASA HATI
PoetryHanya sebuah luahan rasa yang di olah menjadi puisi. Bukan seorang sasterawan, hanya menulis secara rawak.