Perkenalan yang tanpa di rancang
Menghadirkan bibit-bibit yang lama ku buang jauh
Saat aku mulai malas dengan perasaan
Saat aku mulai hampa untuk percaya
Saat aku mulai ragu untuk bahagiaCara kau sungguh bersahaja
Melayan sahaja segala bebelan ku
Melayan sahaja segala curahan hati ku
Walaupun itu bukan urusan mu
Kau tetap bersama aku
Setia dan masih bersamaTak pernah sekali kau menghakimi
Kau masih bersama aku
Tak pernah sekali kau menjauhi
Senyuman sentiasa menghiasi bibirmuDari itu, kau buatku sedar
Aku sedang menghukum perasaan
Aku sedang menipu diri
Aku telah menafikan segalanya
Disebabkan kesalahan orang lainKu mohon buat yang Esa
Agar perkenalan ini
Bukan hanya untuk sementara
Biar kekal buat selamanyaTerima kasih kerana hadir
Menghadiahkan aku senyum yang terindah@gadisspecky
YOU ARE READING
RASA HATI
PoesíaHanya sebuah luahan rasa yang di olah menjadi puisi. Bukan seorang sasterawan, hanya menulis secara rawak.