syahida

104 2 0
                                    

Tulisan ini ku tulis buat mu Syahida
Kerna aku adalah kau dan kau adalah aku

Dengarlah wahai Syahida
Tika air mata jatuh ke pipi
Laplah air mata itu
Usah dibazir buat yang tak sepatutnya

Saat kau rasa sendiri
Ingatlah
Diri kau bukan hanya ada kau
Allah itu sentiasa ada

Bila kau rasa diri sudah tak berguna
Sujudlah
Kerna Allah sentiasa mendengar
Jangan pernah lupa untuk bersujud

Setiap perjalanan hidup itu
Jangan sekali disama dengan yang lain
Kerana baik bagi yang lain
Belum tentu baik buat kau

Tanamlah rasa syukur
Dalam setiap yang berlaku dalam hidup
Baik atau buruk
Semua itu ketentuan Ilahi
Jangan sekali- kali menyalahi takdir
Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Jangan terleka hal dunia
Kerana yang abadi adalah akhirat

Sucikan hati dengan zikir
Tenangkan jiwa dengan kalamNya

Allah sebaik perancang
KepadaNya jua lah kita akan kembali

@gadisspecky
10 Januari 2018
11.05 pm

RASA HATIWhere stories live. Discover now