Pelik I

71 2 0
                                    

Pelik sungguh
Dia mengeluh dan mengeluh seolah-olah hidupnyalah yang paling penat
Yang paling susah

Pelik sungguh
Dia rasa hanya dia yang betul dan semua selainnya banyak salah

Pelik sungguh
Dia rasa hanya dia yang bersabar dan orang lain tak pernah bersabar dengannya

Pelik sungguh
Dia rasa dia sahaja yang berhak marah pada yang lain
Dan tiada siapa pun yang berhak marah padanya

Aku kadang keliru
Ya aku tahu sabarku kurang
Ya aku tahu aku bukan sesiapa
Ya aku tahu siapa aku

Kadang aku sangat berharap
Tolong jangan pedulikan aku lagi
Kau pergilah dengan hidup kau

Dan biarkanlah aku dengan hidup aku.
Biarlah aku jatuh tak mampu bangkit lagi.

Kerna aku tahu akhirnya aku akan sendiri.

HujanWhere stories live. Discover now