Izinkan aku

24 0 0
                                    

Izinkan aku,

Membisikkan seuntai kata pada engkau yang sedang kebingungan mencari arah dan cahaya.

Jalan yang kelam yang sedang dilaluimu itu, akan ada penghujungnya.

Maka,

"Wahai engkau, bertahanlah."

Dengan senyuman penuh bermakna tanda betapa kau akan menemui cahaya itu.

Dengan semangat yang takkan pernah luntur dek kata-kata nista yang sering menghiasi telingamu.

Aku tahu.

Susah kan?

Aku tahu.

Betapa sekarang ini kau ingin menangis melepaskan lelah yang tak berpenghujung itu.

Dan aku tahu.
Segala apa yang sedang kau hadapi kini, pasti akan ada hujungya.

Kerana kau dan aku sendiri tahu,

Tuhan takkan bebani hambaNya lebih dari apa yang dia mampu.

:)

HujanWhere stories live. Discover now