Bukan soal Hidup Mati

46 2 0
                                    

Ini bukan soal hidup mati
Hanya satu lumrah biasa

Khuatir berlebihan hanya akan menyebabkan kau makin kecil

Sekiranya gembira yang kau dapat
Maka bergembiralah. Sertakan dengan sujud tanda syukur.

Sekiranya sebaliknya
Bertabahlah dan bertahanlah

Tapi apa yang kau perlu tahu
Kau takkan matipun
Kau akan terus hidup

Ini bukan soal hidup mati

Ini cuma soal hati kau besar atau tak

Ini cuma soal tentang bagaimana keyakinan dan pengharapan yang kau letakkan pada Maha Berkuasa

Dan bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur

Kerana apapun yang terjadi
DIA masih memberi kau peluang untuk menjadi hambaNYA

Itu nikmat yang paling besar

Tanpanya kau memang bukan siapa-siapa.

Selamanya bukan sesiapa.

HujanWhere stories live. Discover now