1. Sihir Berdarah I

2.1K 35 2
                                    

8 Februari 2017

Ketika aku ke sebuah restoran nasi kandar untuk membungkus makanan malam, daripada kejauhan di suatu sudut kedai, kelihatan seorang pemuda yang sangat familiar. Aku tenung beberapa saat, baru aku cam yang pemuda tu adalah Hisyam. Nama timangan Syam.

Syam merupakan kawan baik aku ketika di sekolah rendah. Walaupun tak bersekolah rendah yang sama, tapi setiap kali habis sekolah atau hujung minggu ada saja aktiviti kanak-kanak kami. Kemudian kami jarang berhubung sejak dia diterima masuk ke sekolah berasrama penuh ketika tingkatan satu. Ketika tingkatan empat, aku pula yang masuk asrama penuh, family dia pula berpindah ke Selangor, maka kami pun lost contact.

Aku ada add facebook dia beberapa tahun lepas, tapi mungkin disebabkan dah lama tak berhubung, macam segan-segan gitu la. Dia dengan life dia, aku dengan life aku.

Aku : Assalamualaikum. Wei Syam hang buat apa sorang-sorang sini?

Syam : Waalaikummussalam warahmatullah. Laaaaa hang Fen kan? Panjang umoq. Aku baru plan nak text hang. Mai-mai duduk minum dengan aku.

Aku : Ecehhh terserempak aku kat sini baru bagi alasan nak text aku konon. Dey pigidaa poodahh! Haha. Ni bila hang sampai sini? Hang mai sini buat apa?

Syam : Aku sampai petang tadi. Aku ambil cuti, lusa pagi aku balik Selangor balik. Ni aku saja mai melawat kawasan..haha. Dah bertahun aku tak mai sini. Aku mai sini pun kebetulan Abang Chik aku baru beli rumah sini. Dia naik pangkat tahun dua tahun lepas, jadi sales manager area northern


region. Sebelum ni dia menyewa ja, so bila dia dah beli rumah baru, saja la aku jalan-jalan mai melawat.

Aku : Weh awat hang kurus ja? Diet apa sampai kurus sangat?

Syam : Tak diet la. Orang laki mana reti diet. Aku sakit sikit tahun lepas. Alaaaa sakit biasa-biasa ja.

Aku : Mana anak bini hang? Aku ada stalk FB hang dulu, tengok anak sorang dah. Bini sorang tu lagi gak ka? Hehe.

Tiba-tiba Syam tertunduk diam. Aku perasan air muka dia berubah. Kelihatan seperti orang menahan tangis. Mata dia sedikit berkaca. Alamak, aku tersalah cakap la ni. Haduh. Awkward la pula rasa.

Aku : Syam, hang kalau nak cerita apa-apa, mai cerita kat aku. Kita kenai lama dah Syam. Aku ingat lagi, dulu kita kecik-kecik, aku la tempat hang cerita masalah hang kat aku. Yang aku paling ingat, time hang kena buli dengan budak kelas belakang. Aku angkut geng, masuk sekolah hang pi tibai budak tu. Tapi apa-apa pun, kalau hang takmau cerita pun takpa. Aku paham dan aku tak tanya apa-apa dah.

Syam : Haaa aku ingat lagi hang tibai budak tu. Teruk budak tu kena sampai terkencing-kencing. Nasib baik budak tu tak report kat cikgu. Kalau tak, confirm teruk kita kena dengan cikgu dan dengan mak pak kita..hehe.

Sedikit senyuman terukir kat bibir Syam, mungkin dia pun terkenang kisah silam time kami kecik-kecik dulu. Wajah yang tadinya redup, sedikit bercahaya.

Syam : Fen, sebenarnya anak dengan bini aku baru meninggal 2 bulan lepas. Accident. Aku yang drive.

Aku : Inna Lillahi wa inna ilaihi roji'un. Sorry Syam aku tak tau pun pasal accident tu.

Mata Syam makin bergenang air mata kemudian setitis mengalir di pipi. Lantas Syam menyeka air mata yang dah tak dapat tertahan lagi. Daripada suramnya wajah Syam, aku dapat memahami betapa beratnya dugaan yang ditanggung oleh Syam. Aku pun hampir tak dapat menahan sebak melihat keadaan sahabat di depan aku. Allah, berat dugaan Syam. Kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata. Kalau aku di tempat dia pun, mesti tak tertanggung dugaan ni.

SEGITIGA | DeeFen, Shizu & SPWhere stories live. Discover now