11. Rin Nyctophilia

375 12 0
                                    

Jam penggera telefon aku membingitkan suasana pagi yang nyaman. Aku matikan. Cuba untuk membuka kelopak mata yang sedia berat. Aku tengok jam di skrin telefon baru menunjukkan pukul 7 pagi. Ahh aku tersilap set alarm "everyday". Patut lah hari minggu pun berbunyi. Bingkas aku bangun dan menuju ke tandas. Pagi-pagi dah memulas perut.

"Wan, hang bangun belum?" Jerit aku dari dalam tandas.
"Dah, awatnya?"

"Tolong bancuh kopi. Deme cakap kamu buat kopi sedap. Terima kasih. Kamu la sahabat dunia akhirat aku Wan," aku ketawa kecil.

Sedang asyik menghirup kopi di meja makan, aku sempat menonton Didi And Friends di kaca televisyen. Aku mendapat satu panggilan telefon. Tertera di skrin nama Nadia.

Aku menggeser jari ke kanan menjawab panggilan.

"Haa kenapa pagi pagi buta call aku ni?"

"Wei Ju, mai rumah aku besok. Mak dengan ayah aku nak jumpa hangpa. Aku pun banyak benda nak sembang dengan hang ni. Pasal Rin. Maklum lah lama tak jumpa. Makan tengah hari sini. Aku pun tengah cuti sem ni. Elok sangatlah kau datang."

Nadia, kawan aku sejak tadika lagi. Samalah dengan Wan ni. Mak dan ayah dia dah anggap kami berdua macam anak sendiri. Tapi sejak kebelakangan ni kami jarang berjumpa sebab mereka dah pun berpindah ke Batang Kali.

Dan yang paling menarik, Nadia ni belajar satu tempat dengan Nurin dan pernah tinggal sebumbung. Aku bagitahu Wan, dia mesti nak ikut sekali sebab tak nak tinggal seorang diri di rumah. Mungkin masih trauma dengan kejadian di rumah Pakcik Man tempoh hari. Tambahan lagi bila aku bagitahu dia kebelakangan ni ada benda kembali perhatikan aku.


"Woi Wan bangun ! Dah pagi oi." Terjerit jerit aku dalam bilik Wan. Selalu dia yang bangun awal. Mungkin penangan tengok bola hingga lewat malam semalam. Wan menggosok-gosok matanya. Aku menggesa dia bersiap sambil cuba menariknya turun dari katil. Berat dia bukan kepalang.

Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami keluar dari rumah. Tempat pertama yang kami tuju adalah kedai makan. Nak berjalan perut mesti kena isi. Macam biasa aku order minuman berkafein. Sehari tak hirup kopi atau nescafe rasa tak lengkap rutin seharian.

"Aku nak kita balik awal harini, taknak sampai lewat malam. Keluar dengan hang ni bukan boleh kira, tup tup sampai malam pun takmau balik lagi," kata Wan.

"Haha hang pasaipa? Tak habis lagi trauma? Jadi jadi la tu. Benda dah lepas. Tapi kan. Kejap lagi aku nak tanya Nad macam mana dia boleh pindah dari duduk sebumbung dengan Rin." Nurin, seorang gadis aku kenal melalui laman sosial.

Profile dia tak ada langsung gambar dia. Di awal perkenalan sekitar dua tahun lepas, aku mula menegurnya sebab dia selalu memuatnaik gambar-gambar lukisan unik yang menarik perhatian aku. Dan lebih menarik bila aku tahu dia merupakan kawan Nadia. Maksudnya kawan atas kawan. Lama kelamaan aku jadi rapat dengan dia sampai ke hari ini.

Wan tak bagi respon. Mungkin tengah fokus menjamah. Kami meneruskan perjalanan ke Batang Kali. Setibanya kami disitu, kami disambut gembira oleh Pak Mizi iaitu ayah Nadia. Mereka tinggal berempat bersama mak dan adik perempuannya.

"Kamu sembang la dulu ye, ayah nak keluar pergi bengkel kereta kejap." Pak Mizi berlalu pergi.

Kelihatan di ruangan dapur, mak dengan adiknya. Memasak barangkali. Wan tersandar di sofa ruang tamu. Nampak penat walaupun aku yang memandu. Supaya keadaan tak jadi sunyi aku ajukan satu soalan. Secara tak langsung buka topik untuk kami bersembang.

"Wei Nad, macam mana hang boleh keluar dari rumah tu?"

"Hang nak dengar aku cerita? Sabaq sat aku ambik air kat dapur." Cerita dari Nadia ini berlaku sebelum kejadian dengan Pakcik Man.

SEGITIGA | DeeFen, Shizu & SPWhere stories live. Discover now