16. Mary Tan

298 9 2
                                    

Nama aku Mary Tan. Aku berumur 23 tahun. Aku mempunyai tubuh badan yang sangat lansing dan mengiurkan. Potongan badan ku serba lengkap, berbentuk jam pasir, mempunyai ketinggian 170 cm, dan 57 kg berat.Aku mempunyai darah campuran Cina dan Iban.Ayahku merupakan seorang lelaki berbangsa Cina manakala ibuku seorang Iban.

Aku mempunyai wajah bujur sirih, kulit tidak terlalu putih, tetapi agak cerah. Dipendekkan cerita kuning langsat, senang mata memandang.

Aku bekerja sebagai seorang model sambilan di sebuah syarikat pakaian yang agak terkenal di Malaysia. Wajah ku mempunyai iras kacukan Elizabeth Tan dan Melissa Francis. Cantik bukan?

Sebelum kejadian yang agak menyeramkan ini berlaku, aku langsung tidak percaya akan kewujudan hantu atau makhluk halus.Bagi aku segala ilmu sihir dan ilmu hitam ini adalah tahyul dan dongengan semata-mata. Mungkin juga kerana didikan ayahku sebagai seorang doktor, semuanya mestilah berlandaskan logik dan fakta sahaja. Selain daripada itu, memang ayah akan menganggapnya sebagai karut.

Kisah bermula apabila aku dipikat oleh sekumpulan lelaki di tempat kerjaku. Akmal seorang model lelaki, Adrian seorang jurukamera dan Krygios bos syarikat jenama pakaian terkenal. Dengan pakej luaran yang aku ada, aku mengambil kesempatan berkenalan dengan mereka.

Dengan Akmal, aku banyak menggunakan dirinya sebagai peneman di kala diri aku kebosanan. Disebabkan sifat Akmal yang agak romantik dan mulut manis, aku senang dengannya. Aku akan diarak oleh Akmal ke serata tempat, kadang-kala Akmal siap memperkenalkan aku sebagai tunangnya di hadapan rakan-rakannya.


Adrian pula aku anggap sebagai pemuas nafsu serakah aku. Walaupun aku tampak baik dan sopan di hadapan Akmal, aku berbeza 100 peratus bila bersama Adrian.

Adrian mampu memuaskan nafsu ku hingga ke titik kepuasan terakhir. Mengapa tidak? HUH!! Biasa la nafsu serakah manusia bila menguasai dirikan. Teruk aku dulu. Menyesal pun tiada guna lagi. KORANG PEMBACA PUN MESTI KECAM AKU KAN??

Krygios pula boss kesayangan ku. Sayang bukan kerana apa. Kerana kesenangan dan kemewahan yang dia taburkan pada ku. Krygios adalah seorang lelaki berasal daripada Greece. Walaupun dia tidak lah sekacak Adrian, dan seromantik Akmal, tetapi dia mampu memberikan harta yang tidak mampu ditawarkan lelaki lain. Hadiah hari jadi aku ke 20, aku dihadiahkan kereta mewah bewarna merah jambu.

Aku mula hanyut dengan kehidupan ini. Hari isnin aku akan keluar dengan Akmal. Rabu hari Adrian. Sabtu dan Ahad kepunyaan sepenuhnya Krygios.

Begitulah seterusnya kehidupan aku hari demi hari. Langit tak selalunya indah. Guruh datang berdentum. Kemuncaknya bermula apabila Krygios tahu akan hubungan aku dengan Adrian. Masa ni aku memang tersepit.

Demi menyelamatkan diri, aku membuat fitnah terhadap Adrian, kononnya Adrian memaksa aku untuk keluar dengannya jika tidak mahu gambar bogel aku disebarkan. Krygios naik angin.

--------

Suatu malam yang hening, aku sedang berbaring di dalam bilik hotel. Ketika itu aku sedang dirangkul mesra Adrian. Bibir Adrian mula mengucupku dadaku lembut.

"Wek...Wek..Buwekkkk!"
"Eh..kenapa ni Adrian??"

"Arghhh..Arghhh...Pergi!!!"

Penuh badanku disimbahi darah yang keluar dari mulut Adrian. Pekat. Terdapat beberapa ketulan dalam darah tersebut. Ketulan itu menggeletis sejurus jatuh ke bawah. Adrian mula menggelupur. Mata hitamnya terangkat ke atas, mulutnya terus memuntahkan darah dan berbuih.

Badan Adrian pucat. Tubuhnya semakin sejuk. Mata hitamnya bergetar, melilau kiri dan kanan sambil mulutnya terus mengucapkan

"Pergi!Pergi Kau Setan!".

SEGITIGA | DeeFen, Shizu & SPWhere stories live. Discover now