KERETANYA diparkir di garaj rumahnya.Apabila pintu rumahnya dibuka,terdapat Faiz sedang menonton televisyen sambil makan keropok Potato.
"Assalamualaikum..."ucapnya lalu duduk disebelah rakannya.Letih.Itu yang dia rasa sekarang ni.Dapat mandi ni,sedap juga.
"Waalaikumsalam,lambat pula kau balik hari ni?"tanya Faiz prihatin.Kesian dia melihat kawannya yang sanggup mencari rezeki demi menanggung 3 orang adik-adiknya yang masih bersekolah.
"Ada benda sikit aku buat kat sekolah tadi.Tu yang lambat sampai.Kau masak apa hari ni?"kata Afham sambil menguyah keropok potato.Perutnya sangat lapar.Tidak sempat hendak menjamah makan malam di kantin sekolah tadi.
"Ayam rempah dengan ikan sumbat.Makan la.Nanti perut kau masuk angin,siapa susah?Aku jugak,"
"Kenapa pula kau susah?"tanya Afham pelik.
"Nanti siapa nak basuh kereta aku setiap petang kalau bukan kau?Nanti kalau kau sakit,kenalah aku jadi maid tak bergaji dengan kau nanti,"Afham tergelak mendengar kata-kata Faiz.
"Macam-macam la kau ni.Okey la aku naik atas dulu."kata Afham lalu meninggalkan Faiz di ruang tamu seorang diri.
Selepas mandi,dia menuju ke dapur.Perutnya dah menyanyi lagu Wany Hasryta.Lapar sangat ni.
"Izz...Kau nak makan tak?"jerit Afham dari dapur.
"Aku dah makan dah.Kau sorang je tak makan lagi."balas Faiz sambil matanya tidak lepas dari memandang televisyen.
"Okey,jemput tengok ya..."usik Afham.
"Aku campak meja ni kat kau.Lebih baik diam.Jangan kacau aku tengok cerita Hindustan."kata Faiz. Afham diam.Lebih baik makan dari kacau orang,kan.Perut kenyang hati pun senang.
.......................
KRING...KRING..Telefon pintarnya berbunyi menandakan panggilan masuk."Assalamualaikum,bu.Ibu sihat?Ada apa call Am malam-malam ni?"
"Waalaikumsalam, ibu sihat je.Biasalah sihat tua-tua.Ibu saja nak call anak sulung ibu ni.Nak tunggu dia call alamatnya memang tak la..Kan?"Puan Rohaya memerli anaknya.
"Ala,bu.Am sibuk la.Dengan papernya lagi.Kelas tuisyen lagi.Tak ada masa nak call ibu.Sorry ehh.."jawab Afham sambil tersengih.
"Tu saja alasan kamu.Busy la,kelas la.Ibu call ni sebab nak suruh kamu balik.Ada hal ibu dan abah nak bincang dengan kamu."kata Puan Rohaya.Niat sebenarnya untuk menelefon anaknamya untuk menyuruh anaknya pulang ke rumah.
"Bincang pasal apa,bu?"tanya Afham.Macam serius je bunyinya.
"Ala,balik je la.Hujung minggu ni ibu tau kamu balik.Kan hujung minggu ni dah start cuti pertengahan.Jangan tak jadi balik pula,"kata Puan Rohaya tegas.
"Tapi bu..."tak sempat dia nak membantah,Puan Rohaya sudah mematikan talian.
"Siapa call kau?"tanya Faiz.Dia memandang wajah Afham yang nampak berkerut di dahinya.
"Ibu aku,"pendek sahaja jawapan yang diberikan.
"Ibu kau nak apa?"tanya Faiz lagi.
"Dia suruh aku balik.Dia kata nak bincang sesuatu.Tak tau lah bincang pasal apa.Ni yang aku fikir ni,takut-takut aku ada buat salah ke.Ibu surung aku balik hujung minggu ni...Tak sempat aku nak jawab,ibu aku off..Haish.."Afham mengeluh perlahan.
"Hah?Habis reanioun kita macam mana?"tanya Faiz.Dia dan Afham telah dijemput oleh kawannya Fiza untuk menghadiri reanioun kolej mereka.Mereka sudah pun berjanji.Tak kan nak mungkiri janji pula.
"Kau pergi je lah.Kirim salam kat dia orang.Kata aku ada emergency."kata Afham.
Faiz mengangguk perlahan.Jawabnya sorang la dia nanti.Aduii...
YOU ARE READING
Makin Benci Makin Sayang
RomanceKisah seorang gadis dari keluarga yang mewah.Namanya Puteri A'isyah Liyana yang dipaksa kahwin oleh walid dan bondanya.Kerana terpaksa,dia dinikahkan dengan lelaki yang paling dia benci sekali.Muhammad Afham Haiyan.Dengar namanya sahaja sudah benci...