CINCIN tunang sudah berada di jarinya.Nak tak nak terpaksalah dia mencium tangan ibu Afham.Puan Rohaya tersenyum melihat bakal menantunya itu.Cantik.
"Cantik anak ibu,"puji Puan Rohaya.Puteri A'isyah tersenyum paksa.Kembang juga la diri ini.Aceyh...
"Okey,guys.Time to take photo."tiba-tiba muncul photographer dari belakang Puan Rohaya.
"Okey,Kak Raya dengan abang Adham sini lah.Berdiri dekat tunang.Abang,jomlah join sekali.Buat kenangan,"ajak Syarifah Sophia.
Nak tak nak,mereka pun bergambar.Macam-macam aksi yang photographer suruh buat dekat Afham dan Puteri A'isyah. Ni baru tunang,belum lagi kahwin.
"Okey,thanks for all."ucap photographer lalu melihat gambar di kameranya.
"Okey,welcome Haqiem."balas Megat Harriz.
"Okey la Megat.Aku nak balik dah.Nanti takut sampai rumah malam pula.Susah drive malam-malam ni."Encik Adham meminta izin untuk pulang.
"Ehh,tak nak makan dulu ke?"tanya Megat Harriz.Syarifah Sophia yang sedang melayan kawan sekerjanya memandang suaminya sedang berbicara dengan Encik Adham. Lalu dia menghampirinya.
"Ehh,kak!Nak pergi mana ni?"tanya Syarifah Sophia kepada Puan Rohaya.
"Nak balik dah,Syarifah.Takut sampai malam pula tiba kat rumah.Si Am ni cepat mengantuk.Tu yang nak balik awal sikit."kata Puan Rohaya.
"Ouh ya ke?Tak apalah,nak buat macam mana.KL dengan Manjung kan jauh.Kalau ada rezeki kita jumpa lagi."jawab Syarifah Sophia.
"Balik dulu ya,Megat.Assalamualaikum. Jaga diri tu.Jangan kuat kerja."kata Encik Adham lalu bersalam dengan Megat Harriz.
"Ouh,hati-hati bawa kereta tu Am.Jangan bawa laju-laju.Kalau mengantuk,singgah berhenti."nasihat Megat Harriz.
"Baik,pak cik!"jawab Afham sambil tersenyum.
"Ehh,call me walid je.Tak lama lagi kamu akan jadi sebahagian dari keluarga walid.Tak payah segan ya,"kata Megat Harriz. Afhan tersenyum.
Mereka akhirnya berlalu meninggalkan Teratak Megat.Jam di dashboard menunjukkan pukul 2:30 petang.Dia kira-kira dalam pukul 6:30 petang sampai la Manjung.
................................
TIT...Mesej masuk.
Tahniah...
Ehh,macam mana Haikal boleh tahu ni.Habis la.Aku tak nak kehilangan dia.
Sayang,I really love u.I terpaksa tunang dengan dia...Jangan diam diri!!
Mesej dihantar kepada Haikal.
"Perempuan murahan.Dah tunang nak terhegeh-hegeh kat aku.Aku tak hamak la kat kau."kata Haikal.
Dah la,Puteri. I ngan u dah tak ada apa-apa.U lupakan je la I ya.U kn dh jadi tunang org,I tak nk la hancur rmah tangga org.Okey,bye.Jangan mesej n ganggu I lagi...
Mesej dihantar.Selepas Puteri A'isyah membaca,dia block account whatapp Puteri A'isyah. Dia tak mahu dirinya diganggu.
"Tak guna jantan...Dah pakai madu sepah dibuang.Eee...Geramnya aku...Puteri sabar...Sabar..."kata Puteri A'isyah.
Dia mendail nombor Tiana.
"Hello,Aisyh!Kenapa call aku?"tanya Tiana.
"Wei,aku dah putus dengan Haikal.Aku pelik lah macam mana dia tahu aku dah bertunang?"tanya Puteri A'isyah hairan.
"Wei,satu Malaysia tahu kut.Anak sulung Jutawan Malaysia Megat Harriz bertunang.Memang lah dia tahu.Kau ni kan,"ujar Tiana.
"Betul juga kan...Dah tak ada jodoh dengan dia kut.Sabar je lah,"kata Puteri A'isyah sedih.
"Hmm sabar je lah.Sekarang kau fokus pada jodoh kau kali ni...Haha,"sakat Tiana.
"Lawak ehh,tak nak aku.Benci aku kat mamat poyo tu."kata Puteri A'isyah.
"Haha,mamat poyo kau gelar kat dia?Tunang jenis apa lah kau ni kan.Memang kesian betul tunang kau dapat kau.Haha,"sakat Tiana lagi.Geram betul Puteri A'isyah mendengar usikan Tiana.
"Dah la kau,malas layan kau.Lebih aku tidur.Bye...Jumpa esok,"talian dimatikan.Geram betul.Dia baru nak telefon kawannya itu untuk menghilangkan tension.Ni,kawannya pula buat dia tension.Sabar sajalah hati ini.
Dia memanjat katil.Dia menarik selimut dan menutup mata.Akhirnya dia terlelap juga...............................
YOU ARE READING
Makin Benci Makin Sayang
RomanceKisah seorang gadis dari keluarga yang mewah.Namanya Puteri A'isyah Liyana yang dipaksa kahwin oleh walid dan bondanya.Kerana terpaksa,dia dinikahkan dengan lelaki yang paling dia benci sekali.Muhammad Afham Haiyan.Dengar namanya sahaja sudah benci...