DIA keluar dari keretanya.Nyaman suasana disini.Penuh menghijau dan dihiasi dengan pohon-pohon yang segar.Rindunya zaman waktu dia kecil.Bermain dengan kawan-kawan.Tiada masalah langsung untuk difikir.
"Hah,Am.Masuklah,apa yang dimenungkannya tu?"tegur Puan Rohaya.
"Okey,nanti Am masuk.Am nak ambil angin disini."ujar Afham.
"Hmm...Apa sahajalah kamu ni.Jangan lupa naik pula nanti,"kata Puan Rohaya lalu masuk ke rumahnya.Dia ingin masak untuk makan tengah hari nanti.
"Hai abang Am,"tegur seorang gadis yang memakai baju kurung biru muda dan tudung sedondon.Afham memandang siapa gerangan yang menegurnya.
'Alamak,Jojie ada pula!Hilang mood aku balik sini,'kata Afham di dalam hati.
"Abang Am,kenapa diam ni?Terkejut ke?"tanya Jojie manja.
"Eh,Jojie bila balik dari New Zealand?Dah lama tak jumpa Jojie."Afham sekadar berbahasa.
"Jojie baru balik Isnin hari tu.Cuti.Tu yang Jojie balik kampung.Rindu kat mak dan ayah.Abang Am balik sini sebab apa?"
Afham hanya memandang Jojie.
"Ibu nak jumpa,katanya ada hal penting nak bincang.Tu yang abang Am balik sini."kata Afham.
"Ouh,lama ke cutinya?"tanya Jojie. Afham mengeluh perlahan.Tanya lagi.Aku nak cepat naik.Makin panas pula aku duduk sini.
"Ahad nanti abang Am balik la Manjung.Kejap je,"jawab Afham.
"Aduh,sakit pula perut abang Am.Abang Am masuk dulu ya,nanti kita jumpa lagi."kata Afham lalu kakinya melangkah ke rumahnya.
"Okey,"jawab Jojie separuh menjerit.
"Hah,Am!Sembang dengan siapa tadi?"tanya Puan Rohaya apabila melihat Afham duduk di meja makan.
"Dengan Jojie. Bila dia balik ibu?"tanya Afham.
"Isnin hari tu.Cuti semester katanya.Setiap hari dia tanya ibu kamu bila nak balik.Jenuh juga la mulut ni nak jawab semua soalan dia."cerita Puan Rohaya.
"Oh,biarkan je dia tu.Abah mana,bu?Tak nampak pun abah dari tadi."tanya Afham bila melihat Encik Adham tiada disitu.
"Biasalah abah kamu tu,kalau tak ada kat rumah berkebun la tempat dia pergi.Bosan katanya tak buat apa."kata Puan Rohaya.
"Oh..."
............................
"Am tak setuju la bu!Tak nak la Am.Ibu ni,suka buat tak tanya Am dulu."Afham mengeluh.
"Pak Cik Megat tu kawan abah,Am.Tolong lah dia bimbing anak dia.Tak kesian ke kat ibu,abah?"kata Encik Adham sedih apabila Afham tidak bersetuju.
"Am tak ready lagi nak kahwin la.Bagi la Am kerja dulu,nanti senang la nak sara dia dan anak-anak."Kata Afham, bukan dia tak nak tapi bagilah dia cari duit dahulu.
"Ala,Am.Lepas kahwin boleh cari lagi.Boleh tak Am,terima dia jadi isteri Am?"tanya Puan Rohaya untuk kepastian.
"Tak tahulah,bu.Nanti la Am bagi jawapannya.Bagi Am masa nak fikir."jawab Afham putus.Biar dia fikir dahulu.Tak nak tergesa-gesa bagi jawapan nanti takut ibu dan abah terasa dengannya.
"Okeylah kalau kamu cakap macam tu.Abah pun tak nak paksa kamu,"kata Encik Adham lalu memandang isterinya.Puan Rohaya mengangguk faham akan isyarat suaminya.
"Fikir la masak-masak ya,Am.Jangan fikir tak pula,"kata Puan Rohaya.
'Aikk,macam nak aku setuju je,'katanya dalam hati.
.............................
"BONDA,Puteri tak nak kahwin la!Puteri muda lagi.Tak puas enjoy lagi,tiba-tiba hari ni bonda and walid nak jodohkan Puteri dengan lelaki datang dari mana.Entah baik ke jahat orang tu."Puteri A'isyah Liyana indahnya nama tetapi perangai tak seindah nama.
"Ala,Puteri bukan kecik lagi.Dah umur 24 tahun dah,kawan-kawan kamu dah kahwin kan.Dah ada anak satu pun ada.Kan?So,apa salahnya kamu kahwin muda.Bukan berdosa pun,"kata Syarifah Sophia kepada anaknya.
'Ni la jadi bila dimanjakan sangat budak ni,'katanya dalam hati.
"Kalau bonda nak sangat Puteri kahwin dengan dia,Bonda sajalah kahwin dengan dia.Puteri malas nak dengar hal ni,"kata Puteri A'isyah lalu menuju ke biliknya.Syarifah Sophia menggeleng kepala.Budak bertuah betul.
"Awak dah cakap ke belum pasal anak si Adham tu?"tanya Megat Harriz.
"Dah,anak awak tu la.Bantah saja tau."adu Syarifah Sophia.
"Bagi lah masa kat dia.Nanti saya cakap sikit kat dia.Tengok nanti,"kata Megat Harriz.
"Pihak laki apa jawapannya,bang?Setuju ke dengan permintaan kita?"tanya Syarifah Sophia.Mana tahu pihak lelaki setuju.Senang lah nanti
"Tengah berbincang katanya,sabarlah.Bagi dua-dua masa untuk fikir masa hadapan."jawab Megat Harriz.
"Ye la bang,"jawabnya akur.
YOU ARE READING
Makin Benci Makin Sayang
RomanceKisah seorang gadis dari keluarga yang mewah.Namanya Puteri A'isyah Liyana yang dipaksa kahwin oleh walid dan bondanya.Kerana terpaksa,dia dinikahkan dengan lelaki yang paling dia benci sekali.Muhammad Afham Haiyan.Dengar namanya sahaja sudah benci...