No one's
Sudah lebih kurang 4 jam kami di hospital. Taehyung masih tak sedarkan diri.
Sekarang, hanya ada aku dengan Jimin dalam wad Taehyung. Yang lain tengah melantak dekat kafe bawah.
Kesian kawan aku. Kebulur. Lol.
Jimin dari tadi hanya memandang muka pucat Taehyung dengan riak muka sedihnya.
Aku? Aku duduk dekat sofa yang disediakan sambil memerhatikan diorang berdua. Taehyung ni bila nak bangun pun aku tak tahu.
Kesian pula aku tengok si Jebon sorang ni. Tiba-tiba aku teringat peristiwa di mana aku menumbuk Jimin.
Perlu ke aku ingat benda tu pada masa-masa macam ni?! Patutke aku minta maaf dengan dia?
Tapi, aku tak tahu nak mula macam mana. Ya, aku dah sedar semua ni memang salah aku.
Tenang, Yoongi.
" Chim, kau masih marah aku lagi ke?" Aku hanya mengekalkan posisi ku di sofa itu. Maklumlah, si Taehyung ni anak orang kaya dan pesakit tetap dekat sini. Jadi wad dia memang kelas gila. Wad VIP kot.
" Siapa cakap aku marah hyung." Jimin masih memandang Taehyung.
" Mianhae." Matilah kau ego taguna.
" Kau tak salah pun. Semua tu memang salah aku. Like what you said, aku tak layak dan takda hak nak marah kau."
Agak-agak ah. Jangan deep sangat. Aku masih ada perasaan Jimin.
" Aniy. Aku yang salah. Dan aku dah sedar sekarang. Jadi, kita..kawan?"
" Aku tak pernah putus kawan dengan hyung pun."
Tak. Asal Jimin savage sangat harini? Oh, aku lupa. Dia takda mood.
" Jadi, kau betul-betul nak pindah ke?"
" Aku takkan menipu untuk benda yang sia-sia."
Wth. Aku rasa Jimin masih marah aku. Korang rasa?
" Bila kau pindah?"
" Akhir bulan ni."
" Oh. Maaf, sebab abaikan kau dan yang lain haritu."
" Benda dah lepas. Tak payahlah ingat balik."
Aku masih memandang Jimin dari belakang. Jimin pula langsung tak toleh aku.
Aku rasa kecewa?
" Ok."
Kadang-kadang aku rasa hidup ni lawak sangat. Sampai aku rasa nak nangis.
Taehyung's
Aku membuka mata ku perlahan-lahan dan apa yang aku nampak hanyalah siling putih.
" Lol. Aku dah mati ke?"
" Heol. Aku tahu kau marah aku, tapi jangan ah sampai nak tinggalkan aku macam tu sekali."
YOU ARE READING
Mobile Legends | M.Y.G [C]
Short StoryMonster Kill " Eh bodoh perempuan ni! AKULAH YANG SLAIN!" +Maaf. Saia ter'addicted' dengan game nih. + Pleaseu vote and comment kalau mahu ya manusia sekalian♥