4 tahun kemudian🌸
Pejam celik, pejam celik, tak sangka dah lebih kurang empat tahun aku tinggalkan diorang.
Ya, lepas kejadian dekat hospital tu, aku terus menghilangkan diri. Aku pindah, dan tukar nombor baru.
So, tiada siapa dapat jejak aku. Atau mungkin, mesti aku ni, dah tak wujud bagi diorangkan?
Ah, lantaklah. Aku dah malas nak fikir. Benda dah lepas kan. Lagipun, aku rasa tenang dengan hidup aku yang sekarang ni.
Aku bebas. Walaupun, takda orang yang nak kawan dengan aku dekat sini, aku tetap suka dengan kehidupan aku.
Taehyung? Aku adalah lawat kubur dia. Tapi, tak selalu. Maybe dalam dua or tiga kali setahun.
Sebab, perjalanan dari tempat tinggal aku ke Seoul memakan masa yang agak lama lah juga. Aku tinggal dekat mana?
Tak payahlah tahu. Aku takut nanti korang serang rumah aku pula. Well, aku kan popular.
Lol. Betullah. Kan? Kalau tak, takkan korang nak baca FF merepek yang entah apa-apa ni kan?
Korang baca sebab aku heronya kan? Maaf, aku nak perasan sekejap. Jangan ah maroh ya.
Aku berjalan di persisiran pantai, pantai yang sama tempat kami sambut ulang tahun persahabatan kami lima tahun lepas.
Dekat sinilah, terlaksananya janji-janji bodoh yang aku sendiri turut terlibat dengan benda ni semua.
Dan sekarang, aku dah sedar. Benda ni semua, useless. Ya, tak ada guna. Sebab, hubungan kitaorang tak lama. Tak. Hubungan aku dengan diorang tak lama.
Aku terus berjalan sehinggalah aku terserempak dengan sekumpulan lelaki yang turut berada di situ. Maksud aku, kawasan yang sama dimana aku tengah melayan perasaan sebentar tadi.
Shit.
Aku terus memakai hoodie ku lalu dengan pantas cuba untuk beredar dari situ.
" Yoongi?"
Aku kenal sangat suara tu. Suara yang sama yang cuba menghentikan pergaduhan aku dan Jimin empat tahun lepas.
" Maaf. Korang salah orang."
Aku tak bersedia lagi untuk semua ni.
Dengan langkah yang pantas, aku cuba untuk beredar dari situ. Tapi, hampa bila salah seorang dari mereka menarik hoodie ku, menampakkan wajah kacak lagi tampan, ditambah swag, Min Yoongi.
Mende? Tak puas hati? Aku memang kacak.
" Kan aku dah cakap, aku tak kenal korang!" Dengan perasaan geram, aku menoleh ke belakang dan jelaslah muka manusia yang berani tarik hoodie haku.
Siapa lagi kalau bukan, Pak Jeman. Ya, aku eja nama dia tak betul. Sebab aku masih sakit hati dengan dia.
" Hyung." Jimin tersenyum nipis memandang ku.
Lol. Boleh pula kau senyum-senyum dekat aku. Pleaselah Pak Jebon, aku tak tergoda dengan senyuman kau. -,-
" Hyung, mana kau pergi? Aku rindu kau. Kitaorang semua rindu kau." Jungkook memandang ku sayu.
" Bukan korang ke yang nak sangat aku pergi, kan Namjoonie?" Aku memandang Namjoon sinis.
" Tapi, bukan bermakna kau kene pergi tinggalkan kitaorang."
" Sudahlah. Aku tak kisah. Lagipun, dah empat tahun berlalu. Korang lupakan je aku. Anggap aku ni tak wujud dalam hidup korang."
" Mana boleh. Kita kan dah janji nak kekalkan persahabatan ni sampai mati." Hoseok memandangku berharap.
" Maaf. Aku dah lupakan janji tu. Dan korang pun patut lupakan janji tu."
" Yoongi-ah, jebal. Kita balik macam dulu semua?"
Senang je kau cakap, Jin.
" Hyung, kenapa kau ni keras kepala sangat? Please, jangan ego sangat."
" Nak salahkan aku lagi? Salahkanlah. Sampai korang puas." Aku hanya tersenyum sinis.
" Hyung, please. Jangan macam ni." Jungkook memegang erat lenganku.
" Tak. Korang tak faham." Aku menepis tangan Jungkook kasar dan berundur beberapa tapak ke belakang.
" Lupakan aku." Aku terus melangkah pergi dari situ.
Setiap kali aku pandang diorang, aku teringat balik peristiwa dulu. Aku takut, aku akan ulang kesalahan yang sama.
Jadi, kan bagus kalau aku, tarik diri awal-awal, kan?
🍁🍁🍁🍁🍁
Aku membuka laptop ku dan aplikasi Mobile Legends ditekan.
First blood
You have slain the enemy
Double kill
Triple kill
Killing spree
Mega kill
Monster kill
Unstoppable
Legendary
Savage
Maniac
Legendary
Setelah puas melepaskan geram dalam game Classic, aku terus keluar dari aplikasi tersebut.
Well, sekarang aku dah pro main game ni. Jarang aku kalah.
Tiba-tiba, satu noti masuk. Aku membuka kembali aplikasi
Mobile Legends.EnLOL_ invited you to play CUSTOM
Accept | DeclineLol. Disebabkan banyak sangat main game, nampaknya otak aku pun dah tak berfungsi dengan betul.
Tapi, niat aku untuk keluar dari aplikasi tersebut terbantut lagi apabila ada mesej masuk.
Aku menekan ikon inbox.
EnLOL_
Dont you miss me?Wth.
T-H-E E-N-D
YOU ARE READING
Mobile Legends | M.Y.G [C]
Short StoryMonster Kill " Eh bodoh perempuan ni! AKULAH YANG SLAIN!" +Maaf. Saia ter'addicted' dengan game nih. + Pleaseu vote and comment kalau mahu ya manusia sekalian♥