Lepas peristiwa semalam, Taehyung telah di masukkan ke wad kecemasan.
Serius doh aku ingat dia dah mati. Nasib baik si Namjoon tu bolehlah tak bodoh sangat pergi cek nadi dia.
Doktor cakap keadaan dia dah teruk sangat. Jadi, flight dia ke London pun dah dibatalkan dan ibu bapa dia dah on the way balik sini.
Kami masing-masing duduk dalam wad Taehyung. Ya, dia dah pindah wad lama dia.
Masing-masing muka sedih. Ye ah, takkan nak ketawa pula an. Eih, korang ni. Fikir waras lah sikit.
" Korang, tak nak balik ke? Dah satu hari kita dekat sini. Baliklah dulu, mandi, tukar baju." Jin hyung cuba memujuk kami yang masing-masing kalau boleh nak bertapa dekat sini.
" Taknaklah. Takda mood nak mandi." Namjoon menjawab tanpa memandang Jin.
" Korang baliklah. Biar aku jaga dia dulu. Nanti kalau korang dah siap, aku pula balik, mandi. Hah, okay?" Aku pula cuba memujuk.
" Okaylah tu. Dah, jom cepat!" Jungkook melangkah dengan laju meninggalkan mereka yang lain.
" Woi, sabarlah!" Yang lain mula mengejar Jungkook manakala aku hanya menjadi pemerhati. Lol.
Aku mengeluh berat lalu duduk di sebelah katil Taehyung. Wajah pucatnya aku pandang. Dia dah jadi kurus kering. Sian aku tengok.
Aku mengeluh lagi. Serius, aku tak pernah jangka benda ni akan berlaku dalam hidup aku. Tak, hidup kami.
" Tae, bang--
" H-hyung?" Taehyung memandang ku lemah.
" Baguslah kalau kau dah bang--
" Mianhae. A-aku...bukan kawan yang baik untuk korang. T-tapi, janganlah..lupakan Tae."
" Aniya. Kau kawan yang baik, terbaik! Takda orang akan lupakan kau, sebab kau akan sentiasa ada dengan kitaorang! Kau takkan pergi mana-mana Ta----
Tittt..Titttt..Tittt.. (LOL😂🔫)
" Y-yah, Kim Taehyung?! Taetae-ah, ireona. J-jebal."
Aku, menangis? Ya. Aku nangis. Aku terduduk di lantai sambil menangis.
Kenapa aku tak panggil doktor? Korang tahu tak apa tu 'useless'?
Ya, dia dah takda. Dia dah pergi.Kim Taehyung. Aku benci kau. Sebab, kau buat aku sayang dekat kau.
🍁🍁🍁🍁🍁
"Eh, Yoongi kenapa duduk sini? Kenapa tak masuk dalam wad Taehyung?" Jin memandang aku pelik. Aku hanya tunduk memandang bawah.
" Kitaorang dah siap ni, hyung pulalah balik, mandi sana. Biar kitaorang jaga Tae hyung." Jungkook menyambung dengan bersemangatnya.
" Kalau boleh, kau beli makanan sikit tau. Aku tak puas makan lagi. Ni lah, si Kookie ni, merengek cam apa!" Namjoon menjeling Jungkook tajam.
" Hyung, kau nangis ke?" Jimin sudah melutut di hadapan aku sambil memandangku.
" Haah, kenapa Yoon? Kau lapar ke?" Hoseok menyambung dan mereka semua mula memandangku pelik.
Wth. Tak payah ah pandang sampai macam tu sekali.
" Taehyung."
" Kenapa dengan dia, hyung?"
" Dia.."
" Dia apa?!"
Please, Jimin jangan paksa aku.
" Dia dah takda."
" Heol. Jangan bergurau cam babun boleh ak? Tak lawak doh!" Namjoon pura-pura ketawa.
" Kau rasa, aku buat lawak ke?" Aku memandangnya tajam dengan mataku yang merah sebab baru menangis.
" Tak. Ni semua m--
" Aku dah agak dah semua akan jadi macam ni." Jimin berdiri semula.
" Ni semua salah kau, hyung. Kalau kau dari dulu tak obses dengan game kau, benda ni takkan jadi! Tae mesti setuju nak buat pembedahan tu awal-awal! Sebab dia pernah cakap dengan aku, dia nak bagitahu kau sesuatu. Tapi, KAU SELFISH! Kau lagi pentingkan GAME tak guna kau tu. And see, apa dah jadi sekarang?!" Jimin memandang aku dengan geram dan wajahnya yang dah bertukar merah. Air matanya yang mengalir laju, di kesat kasar.
Aku terkelu, kecewa, terkedu, semua ada.
" Dah lah tu, Jimin. Hospi--
Aku memberi bahasa isyarat agar Jin hyung berhenti. Kalini, aku akan terima semuanya. Ya, semuanya.
" Kau marahlah aku. Kalau nak, kau boleh pukul aku sekali. Buatlah, apa yang kau nak. Sampai kau dah tak marah dekat aku lagi."
" Huh, kau ingat benda ni senang-senang je ke, nak lupakan macam tu je? Dia dah takda. Kau faham tak?! DAH TAKDA!"
Bukk! Bukk! Bukk!
Jimin menumbukku beberapa kali sambil menangis teresak-esak. Aku hanya berdiri tegak, tidak berganjak sedikit pun.
" Aku benci kau, Min Yoongi! Aku...aku..benci.." Jimin terduduk di atas lantai dan, korang tahu kan apa dia buat?
" Sudahlah tu. Yoongi, boleh tak, kau pergi? Aku taknak keadaan jadi lagi teruk. Please." Namjoon berkata tanpa memandang aku.
Nampaknya, korang memang nak aku pergi. Kan?
" Kau teruk, hyung." Jungkook berkata sambil tunduk memandang bawah.
Aku dengan pantas beredar dari situ sambil mengelap kasar air mataku yang tiba-tiba mengalir.
Aku ke penyebab dia mati?
Aku tak pernah minta semua ni.
Semua nak salahkan aku. Okay, baiklah. Semuanya salah aku.
Maaf, Tae. Aku tak boleh lawat kau buat kali yang terakhir.
To be continued
YOU ARE READING
Mobile Legends | M.Y.G [C]
Short StoryMonster Kill " Eh bodoh perempuan ni! AKULAH YANG SLAIN!" +Maaf. Saia ter'addicted' dengan game nih. + Pleaseu vote and comment kalau mahu ya manusia sekalian♥