2

3.4K 27 0
                                    

IZUDIN yang sedang berbaring di atas katil menoleh sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Dahinya berkerut melihat rakan sebiliknya masuk dengan langkah terhincut hincut. Ditambah pula bila terpandang luka dimulut, siku dan lututnya.
"Kau ni kenapa Naz?" Agak cemas suara Izudin bertanya. Pantas dia bangun dan mengengsot ke tepi katil.
"Jatuh motor." Tenang Nazril menjawab.
"Dekat mana? Macam mana boleh jatuh? Setahu aku, kaulah orang paling berhemah bawak motor di kampus ni. Kau langgar apa? Atau kau kena langgar?" Bertalu talu Izudin bertanya sampai berlapis lapis dahinya.
Terdengar Nazril menghela nafas perlahan sebelum melabuhkan punggungnya di atas katil.Izudin yang duduk berdepan dipandang. Sempat lagi dia membelek luka di lututnya sebelum bersuara.
"Perkara nak jadi Din. Di luar kawalan. Kita dah cuba buat yang terbaik tapi kalau nak kena jugak, terimalah dengan redha. Tak apalah, sikit saja ni," ujar Nazril sambal menyandarkan badannya di kepala katil.
Wajahnya berubah muram. Saat ini bagaikan ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
Sayu nadanya berkata, "Aku bersyukur sangat sangat Din, Tuhan masih lindungi aku. Masih panjangkan umur aku. Kalau jadi apa apa pada aku tadi, aku tak dapat bayangkan macam mana umi aku. Kau pun tahu kan, umi aku ibu tunggal."
Izudin mengangguk perlahan.
Nazril menahan sebak sebaik sahaja dia menyebut nama uminya. Wajah redup umi bermain di mata.
"Memang Naz nak sambung belajar umi, buat Master, tapi bukan sekarang."
"Kalau bukan sekarang bila lagi? Ini pun kiranya Naz dah terlewat tau. Patutnya, Naz buat Master lepas Naz habis belajar 4 tahun yang dulu. Itu pun Naz dah tangguh. Ni umur dah masuk 26 tahun baru nak belajar balik." Puan Norida membulatkan mata.
"Nak belajar bukannya kira umur. Nanti natilah umi... biar Naz bantu umi dulu. Dah masa untuk umi berehat. Dan dah masa untuk Naz pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Lagipun kalau Naz pergi belajar, macam mana dengan adik. Larat ke umi nak urus dia sorang." tambah Nazril lagi.
Puan Norida tersenyum.
" Masa Naz belajar di universti dulu, bukan umi ke yang uruskan adik? Apa bezanya sekarang? Dulu, lagi lama Naz belajar. Nie kalau buat Master pun setahun saja. Masa sekarang cepat Naz. Pejam celik dah setahun." Nazril terdiam. Adiknya yang sedang lena di atas kusyen itu dipandang.
"Pergilah belajar nak, bukan semua orang dapat peluang ni. Biar kita tak berharta tapi jangan kita tak berilmu. Naz, ingat kan pesan arwah ayah? Walaupun masa tu Naz baru umur 9 tahun tapi umi percaya Naz tak akan lupa kata kata arwah.
Arwah ayah begitu pentingkan pelajaran anak anaknya. Kan ayah kata, ilmu ibarat biji benih, campaklah di mana pun, dia tetap akan bercambah dan memberi manfaat pada kita, " nasihat Puan Norida lagi.
"Tapi Naz risaukan adik. Dulu masa Naz pergi belajar, adik masih kecik umi. Sekarang adik dah besar... Naz tak nak... "
Puan Norida terus mencelah, "Nazril Nazim! Pegi belajar. Itu keputusan umi! "Tegas kata katanya.
"Motor kau macam mana? "
Suara Izudin menyentakkan Nazril yang terleka seketika. Wajahnya diraup sebelum bersuara.
"Rosak teruklah jugak. Motor lama. Tengoklah macam mana, kalau kos nak repair mahal sangat. Biar ajelah motor tu. Aku pun dah nak habis belajar, tak ada masalah pun pegi kuliah naik bas. " Tenang Nazril menjawab kemudian dia merebahkan badan di atas tilam.
Mukanya nampak sedikit pucat. Pastinya dia masih sakit gara gara kemalangan tadi. Matanya layu.
Izudin bangun lalu mengambil kunci motorsikal di atas meja belajar bersebelahan katil.
"Aku nak pergi beli makanan. Kau nak order apa apa? Aku boleh belikan, " tanya Izudin yang sudah bergerak ke pintu.
"Tak apalah Din. Terima kasih. " Nazril menggeleng lalu melelapkan mata.
"Janganlah pulak tak nak makan. Kau tu dahlah sakit. Nanti kena pulak angin. Kalau angin biasa tak apa. Kena angin kus kus, naya aku menciumnya. " Izudin sempat bergurau.
Nazril hanya tersenyum.
"Okeylah aku pegi dulu. Gurau dengan kau ni buang masa aje. Tak ada jiwa, " omelnya.
"Apalah kau ni Din. Mulut aku sakitlah. Tak boleh gelak. " Skema cara dia menjawab.
"Apa apalah Ustaz Nazril oiii! " sampuk Izudin lalu melangkah keluar.
'Ustaz', itulah jolokan yang diberi oleh rakan rakan. Tak pandai bergurau. Tak banyak cakap. Tapi kalau dia bercakap juga, maknanya adalah apa apa yang dimatanya tak kena. Prinsipnya berkata benar walaupun pahit. Itu yang jadi perang dengan perempuan kekwat a.k.a perasan diva tadi.
"Naz... " Tak sampai dua saat terdengar Izudin memanggilnya semula.
Nazril yang baru hendak melelapkan mata menoleh.
Izudin menunjukkan telefon bimbitnya.
"Bukan kau ke dalam Instagram ni? " Nazril menaik sedikit kepala. Dia nampak gambarnya sedang menyorong motorsikal. Bulat matanya membaca ayat yang tertera di IG itu.
Lelaki poyo a.k.a berlagak! Pegi balik kampunglah! Campak motor buruk tu dekat lombong!
Izudin menaikkan kening.
"Apa kes? "
"Kes apa? " soal Nazril pelik.
"Hai buat tak faham. Apa hal Kasih ni mengamuk dekat kau? "
"Siapa Kasih? Aku tak ada kekasih pun." Makin blur muka Nazril.
"Kasih Maisaralah...  nama perempuan ni. Ramai followers dekat IG. Dekat U ni pun ramai student lelaki cuba usha dia. Tapi bukan senang. Anak orang kaya kan, bukannya dia pandang lelaki macam kita ni. " Beria ia Izudin bercerita.  "Lelaki macam kita tu macam mana? " Boleh soalan itu yang ditanya.
"Apa punya soalanlah? Macam kau, macam aku. Kita ni kan orang biasa biasa. Bukannya ada kereta BMW ke, Porsche ke, Ferrari nak tunjuk dekat dia. Walau ada orang kata muka aku ala ala pelakon Izzue Islam, tapi perempuan macam tu takkan pandang. "
Sempat pula Izudin memuji dirinya. Walaupun dia tahu. Sipi muka Izzue Islam pun tak ada.
Alah! Yang penting Nazril tak macam kawan kawan yang lain. Dia tak akan juih atau cebik bibir mengejek. Jauh sekali nak gelak atau hina orang.
Tengoklah tu, biasa saja riak wajahnya. Kalau Izudin cakap muka dia macam Brad Pitt pun, Nazril akan angguk saja. Bertatasusila betul lelaki ni.
"Matlamat kita di sini nak belajar, bukannya nak memikat perempuan. Setiap orang ada pilihan dia sendiri. Biarlah siapa pun yang dia nak pilih. Yang penting kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kita nak berjaya, kita berusaha. Bumi Allah ni terbentang luas untuk hamba-Nya mencari rezeki.
Semuanya terpulang pada kita, sama ada malas atau rajin saja. " Nazril memberikan pendapatnya.
Gulp! Telan air liur Izudin mendengar ceramah percuma dari Ustaz Nazril. Cakap lagi merepek. Dah kena sebijik! Nak jawab apa lagi. Menyengih ajelah Din.
"Lagi satu, kalau dah tahu orang tak suka, buat apa kau follow IG dia? "
Ada lagi rupanya saki baki ceramah tadi.
"Aku kenal kawan dia, Qistina tu. Aku biasa jugak borak dengan Sara ni. Aku memang berkawan dengan dia pun. Dia ni sebagai kawan okey. Tak adalah sombong sangat. Eh! Tapi takkan kau tak kenal langsung Kasih Maisara ni?"
Nazril menggeleng.
"Tak kenal. Kenapa? Perlu ke aku kenal dia? " soal Nazril menaikkan kening.
"Iyalah, aku ni pun satu. Macam tak kenal siapa kau. Ulat buku. Kalau tak duduk dalam bilik, duduk dekat library. Mana kau nak kenal. Dah tak bercampur dengan orang, " celah Izudin.
"Tak adalah sampai tak berkawan. Rakan rakan kuliah aku kenallah. Yang lain tu, mungkin tak ada masa nak berkenalan. Aku ni tak ada masalah nak berkawan. Janganlah ingat aku ni sombong. " balas Nazril perlahan lalu merebahkan semula kepalanya di atas bantal.
"Eh! Tapi macam mana dia boleh kenal kau? Kejap kejap. " sambungnya lagi, tidak puas hati.
Kelihatan Nazril tak berminat nak bercerita pasal perkara itu. Tapi melihat keterujaan muka kawannya, dia bersuara juga.
Baru Nazril nak menjawab Izudin mencelah tiba tiba, "Oh... aku dah tahu... ini mesti kes kau accident dengan dia. Mesti kau ada bagi dia ceramah percuma, kan? Itu yang dia mengamuk sakan dalam IG ni.
Aku kenal sangat perempuan ni, mana boleh sesiapa kritik dia. Dengan lecterur pun dia berani melawan, ini kan dengan kau. Memang sebelah mata dia tak pandang, " kata Izudin mencebik bibir.
Nazril beriak biasa.
"Biarlah. Dah selesai pun hal aku dengan dia. Itu hak dialah apa yang nak dia kata. Aku tak nak panjangkan hal ni. Okeylah Din, aku nak tidur sekejap. Nak rehat. " Nazril segera menutup cerita. Kemudian dia melelapkan mata.
Izudin hanya mengangkat bahu lalu keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja pintu bilik ditutup. Nazril membuka mata. Dia meraba poket seluarnya. Sampul surat berlipat dua dikeluarkan. Lama matanya tertancap pada nama yang tertera di sampul surat itu.
Kasih Maisara Binti Dato' Raqib
Berkali kali dia menarik nafas. Seperti ada satu bebanan yang sedang ditanggungnya.
"Harap harap, janganlah perempuan yang sama, " bisiknya.
"Naz... " Izudin tiba tiba menjengukkan kepala di muka pintu.
Nazril segera menyimpan surat itu.
"Kenapa, tertinggal barang ke? Nak aku ambikkan? " soal Nazril hendak bangun.
Pantas Izudin menahan.
"Tak ada barang tertinggal. Aku tak puas hatilah. Aku nak tahu apa yang kau cakap dekat dia sampai dia marah macam tu sekali. "
Hei, menyibuk betullah Izudin ni!
"Entahlah Din. Banyak yang aku cakap. Tak tahulah dia marah yang mana satu. " Mendatar nadanya.
"Yang ayat akhir kau cakap? " Izudin menaikkan kening.
Nazril menggaru kepala.
"Emmm... aku cakap rambut dia macam bulu singa. " Mudah jawapannya.
Terbeliak mata Izudin.
"Patutlah..." Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.
Nazril menyambung semula tidur dengan wajah setenang bayu.
    

Rindu Awak Separuh NyawaWhere stories live. Discover now