3

2.6K 16 0
                                    

Masam muka Maisara menghadap cermin. Rambut perang panjang mengurai itu disikat berkali kali.
"Heiii, sakitnya hati aku! Dia boleh cakap rambut aku macam bulu singa! Dia memang nak cari pasal! Dia tak kenal siapa Maisara. Silap besarlah dia buat hal! " Makin tajam matanya merenung cermin. Giginya diketap, geram!
"Dahlah tu Sara, cuba kawal sikit marah tu. Kalau cermin tu aje pecah tak apa. Ini dengan rambut kau mau tercabut nanti, dari tadi tak berhenti menyikat. Ya pun geram, takkan rambut pulak jadi mangsa, " tegur Qistina yang dah penat jadi pemerhati sedari tadi.
Maisara menoleh. Melayang sikat dicampak ke arah pintu. Dengan muka kelat dia menghempaskan punggung di atas katil.
"Dia kutuk rambut aku! Dia kutuk diri aku! Apa masalah mamat ni hah? " marah betul Maisara.
"Mana ada dia kutuk kau. Dia cuma bagi nasi... " Qistina terhenti, tidak jadi meneruskan ayatnya.
Saat itu Maisara pantas menoleh. Merah padam mukanya. Kemudian Maisara seperti sedang berfikir. Kepalanya diangguk angguk.
"Aku akan cari dia walau sampai lubang cacing! Jangan ingat dia boleh lepas dari aku. Aku banyak kawan. Sekejap aje aku boleh dapat info pasal mamat kekwat tu. " Nampak yakin muka Maisara.
"Dah dahlah tu Sara. Tak ada masalah, buat apa nak dicari. Biar ajelah dia. Kau pun dah lepas geram dalam IG. Elok pulak semula followers kau tu like. Eiii... kaki bodek betul. " Qistina terlepas cakap. Alamak! Dia perasan, Maisara dah pandang semacam.
"Kau tak like? soal Maisara mengangkat kening.
"Like jugak. " Perlahan Qistina menjawab.
"Kau pun bukan kaki bodek ke? " ejek Maisara selamba.
Bisa Qistina mendengarnya. Memang dia kaki bodek. Kaki ampu atau perkataan yang lebih tepat lagi a.k.a balaci.
Dia buat kerana duit. Dia perlukan duit untuk menampung keperluan hidupnya. Keluarga dia orang susah. Adik beradiknya ramai. Duit pinjaman hanya cukup untuk kos pelajaran. Manakala kehidupan harian, dia perlu mencari duit tambahan.
Entahlah, sepatutnya dia buat saja kerja sambilan seperti pelajar lain. Ini tidak, dia mengambil jalan mudah, iaitu berkawan rapat dengan Maisara.  Sanggup akur segala kata katanya. Tahan caci makinya.
Qistina tahu, Maisara tak pernah hargai dia sebagai kawan dan Maisara pun tak ingin Qistina menjadi kawannya. Tapi... Qistina sanggup tebalkan muka dan terhegeh hegeh juga berkawan dengan Maisara. Hanya semata mata nak tumpang senang orang. Hmm... nak kata apa, jadi orang suruhan Maisara nampaknya.
"Kau dengar tak aku bercakap dengan kau ni? "
Suara Maisara menyentakkan Qistina. Pantas dia mengangguk.
"Dengar... "
"Dah tu, kenapa diam? Dah pekak? Telinga tu dah tuli? " marah Maisara lagi.
"Aku dengar tapi aku nak jawab apa. Dah kau kata aku kaki bodek, aku diam ajelah, " jawan Qistina mengawal sebak.
Maisara mencebik bibir mengejek.
"Aku bukan cakap pasal tu. Aku tanya kau, siapa mamat kekwat tu? Budak course mana? Berkhayallah tu masa aku tengah cakap? " Tinggi nadanya.
Qistina mengangkat bahu.
"Mana aku tahu. Kalau aku kenal, tak adalah jadi panjang cerita sampai macam ni. Aku boleh settle aje dengan dia tadi. " Qistina menjawab perlahan.
"Kau nak settle dengan dia? Kau ni apa hal? Yang kau nak bela dia sangat kenapa? Apa, kau dah suka dekat dia ke? Kau jangan nak cari pasal pulak dengan aku! "
Maisara mengangkat jari memberi amaran.
Qistina menahan hati. Suaranya diceriakan.
"Kau ni merepeklah. Takkan jumpa sekali dah suka. Itu dah namanya cinta pandang pertama. "
Saat ini jantungnya terasa berdegup semacam pula. Seperti ada satu perasaan lain menjalar dalam hatinya. Senyuman terus tersungging di bibir.
"Yang kau tersengih sengih tu kenapa? Kau ingat, kalau kau suka dekat dia. Dia nak kau ke?
Kau pergi cermin muka kau dulu! Bersihkan jerawat dekat muka kau tu. Muka pun tak terjaga, ada hati nak bercinta! " kutuk Maisara selamba.
Ya Allah! Pedih hati Qistina mendengarnya. Terasa nak gugur air matanya. Sehabis daya dia menahan.
"Aku sedar, aku tak cantik macam kau Sara. Muka aku bermasalah. Aku bukan ada duit nak buat facial semua. Tapi tak perlulah kau kutuk aku. Aku pun ada hati dan perasaan. " Sayu dia berkata.
"Aku tak kutuk kau. Aku cakap yang betul. Takkanlah muka kau yang berjerawat macam ni, aku nak cakap putih bersih. Fakta kan! Itu pun nak terasa? Kalau dah macam tu tak payahlah nak kawan dengan aku.
Tapi aku nak ingatkan, beg kau, kasut, baju, tudung, handphone, kalau nak sebut, tak dapat nak disenarai. Sampai makan kau pun aku tanggung! " Maisara tersenyum mengejek.
Qistina menundukkan kepala.
"Aku tahu Sara. Aku sedar siapa diri aku. Kau dah banyak tolong aku. Aku takkan lupa budi kau," ujarnya sebak.
"Aku tak tolong kau. Tak ada istilah budi dekat sini. Apa yang aku bagi kau kena balas. Tak kisah dengan apa cara sekali pun. " Sombong Maisara menjawab.
Kemudian dia menjawab lagi dengan muka orang tak berperasaan.
"Sekarang ni aku nak kau pegi cari info pasal mamat tak guna tu. Aku dah ada plan nak kenakan dia. Kau dengar tak ni? " arahnya.
"Dengar, kejap lagi aku... " Qistina terhenti berkata sebaik sahaja pintu bilik dikuak dari luar.
"Assalamualaikum... " Lembut kedengaran suara yang memberi salam.
"Waalaikussalam..." Segera Qistina menjawab.
Maisara yang sedang berbaring membuat muka meluat. Perempuan yang masuk ke dalam bilik itu dijeling, benci.
"Maaflah Kak Nurul Huda, Qis duduk atas katil akak. " Qistina segera bangun sambil terkocoh kocoh mengemas cadar.
"Eh! Tak apa Qis. Kak Huda tak kisah. Qis ni macam tak biasa pulak. Lepas tu panggil nama penuh lagi. Macamlah kita ni baru kenal. " Ramah orangnya.
Melebar senyuman Qistina.
"Qis memang suka panggil nama penuh Kak Huda. Nama akak seayu orangnya. "
Sakit telinga Maisara mendengarnya. Nurul Huda yang bertudung litup itu dikerling sambil mencebik.
"Ayulah sangat, " desisnya.
"Kau cakap apa Sara? " Qistina bertanya.
Maisara membuat muka menyampah. Dalam masa yang sama dia menjeling lagi Nurul Huda yang sedang leka mengemas buku buku di atas meja belajar.
"Aku cakap kau tak nak balik bilik kau ke? Tak payahlah kau duduk lama lama dalam bilik ni, semak mata aku menengok, " sindir Maisara dengan muka bengang.
Qistina melirik Nurul Huda. Riak wajahnya tenang saja. Walhal Nurul huda tahu Maisara menyindirnya. Biasalah Maisara. Bukan boleh sesiapa tegur. Sejak Nurul Huda jadi rakan sebiliknya dalam tempoh hampir setahun ini. Dia memang tak pernah sebulu.
Tak salah sebenarnya Kak Huda menegur. Perkara yang betul. Pasal solat. Dah dia tak solat, Kak Huda tegurlah sebagai saudara seIslam. Tapi Maisara ini berlagak tak bertempat!
Itulah, Kak Huda ada jugak tegur pasal pakaian yang menjolok mata. Lagipun di universiti ini ada garis panduan pasal pemakaian. Tapi perempuan kekwat ni bukannya peduli, main langgar saja!
Dan bukan tak diberi amaran oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, tapi dia buat keras kepala dia. Mentang mentang papa dia banyak menaja di universiti ini, dia ingat dia boleh langgar saja peraturan. Sombong!
Terjongket jongket bibir Qistina memandang kawannya. Maisara makin kelat wajahnya.
"Mengata akulah tu sampai terjongket jongket bibir. Hei! Qis jangan ingat sebab aku ni tak solat, aku jahil tau, " tempelak Maisara.
Memang jahil pun! Qistina mengata dalam hati.
"Aku pun tahu agamalah. Orang yang perasan diri tu alim belum tentu masuk syurga. Kadang kadang nampak aje bertudung litup, solat tak tinggal tapi hati busuk. Buat apa! " perli Maisara.
Nurul Huda melemparkan senyuman. Maisara memalingkan muka memandang telefon bimbitnya.
"Kak Huda setuju cakap Sara tu. Kita ni masuk syurga atas rahmat Allah. Belum tentu lagi orang yang nampak alim tu masuk syurga. Cuma sebagai orang islam kita kena patuh pada perintah Allah. Kalau tak buat berdosa, takkan kita nak tanggung dosa. Lagipun tak ada sebab kita nak ingkar perintah Allah. " Lembut tutur katanya.
Panas! Pedih telinga Maisara mendengar. Hatinya tiba tiba jadi marah pada papa! Dah puas dia pujuk suruh guna pengaruhnya untuk tukarkan perempuan perasan muslimah ni ke bilik lain.
Tapi papa suka pulak dengan perempuan bagus ni. Siap puji lagi. Baik orangnya. Boleh tolong jaga dia nanti.
Jaga? Nak jaga apa? Dia bukan budak budak! Baik sangat ke minah ni? Sekadar bertudung, lemah lembut, jalan macam kura kura tak cukup oksigen, dah baiklah sangat tu!
Bila nak sewa rumah dekat luar, tak bagi! Sampai papa sanggup buat syarat! Degil, duit belanja ditarik, hidup atas kaki sendiri! Maisara tak faham lepas mama meninggal papa begitu tegas dengan dia! Semua yang dia buat, ada saja salahnya! Benci! Benci!
Maisara terus bangun menuju ke pintu. Sebelum melangkah keluar, Maisara menoleh pada Qistina.
"Dah jom keluar! Sakit kepala duduk dalam bilik ni! Ramai sangat yang perasan diri tu macam bagus! Jaga aje kain sendiri! Jangan sibuk nak jaga tepi kain orang! " Maisara mengamuk lalu terus menghempas pintu.
Qistina terkocoh kocoh membuka pintu. Dia mengejar Maisara yang laju menuruni tangga. Masam mencuka wajahnya. Qistina hanya mengekor dari belakang. Sebaik sahaja sampai di kereta, Maisara menoleh.
"Aku tak nak kau ikut aku. Aku tak ada mood. Lagipun aku menyampah tengok kau! Beria kau puji perempuan tak guna tu! Tapi bila nak isi perut, duit aku jugak kau nak guna! Dah, kau blah! " halau Maisara.
Dia ingin masuk ke dalam kereta tapi Qistina segera mendapatkannya.
"Sara, aku mintak maaf. Aku janji aku takkan buat macam tu lagi. Aku tak niat puji dia. Aku sekadar berbahasa aje. Kau janganlah salah anggap. Aku mintak maaf, " pujuk Qistina.
"Hei! Boleh blahlah dengan maaf kau! Dah berambus! Aku tak ingin tengok muka kau! Dahlah muka tu hodoh! Dengan otak pun sama tak boleh pakai! Lembab! " Maisara memaki hamun Qistina.
Kemudian dia terus masuk ke dalam kereta. Tak sampai seminit, kereta itu hilang dari mata. Laju Maisara memandu keretanya.
"Qis... "
Qistina menoleh. Beberapa manik air mata yang gugur segera diseka.
Nurul Huda memandang dengan wajah penuh simpati.

Rindu Awak Separuh NyawaWhere stories live. Discover now