5

4.7K 53 16
                                    

Maisara sengaja melengah lengahkan masa. Cara dia berjalan mengalahkan anak itik pulang petang. Boleh ambik sweet time lagi! Sempat pulak dia duduk tepi padang makan aiskrim Magnum. Pergh! Sedapnya. Sampai menjilat bibir!
Dalam dia leka menikmati aiskrimnya, sempat pulak perempuan poyo ini mengata dalam hatinya. Apa sangat nak dikejar sekadar nak jumpa lelaki entah mana mana. Nazril Nazim! Siapalah lelaki malang tu? Boleh pulak jadi Mat Despatch nak bagi surat bagai.
Siapa pulak kawan dia yang kirim surat tu? Kalau bukan surat cinta? Surat apa? Takkan surat pindah harta kut? Eh! Tapi kalau betul aku suka aje!
Maisara sudah tersengih sengih. Keningnya diangkat. RM! RM! Sepanjang jalan hanya itu yang difikirnya. Mata duitan!
Saat Maisara leka melayan perasaan entah apa apa, tanpa dia sedar dia sudah berdiri betul-betul di depan lelaki kekwat yang teramat dibencinya!
"Kau!!! "
Macam nak terjojol biji matanya memandang lelaki perasan bagus itu.
"Kau buat apa dekat sini? Kau pergi! Aku ada temujanji dengan seseorang dekat tempat ni! " halaunya kasar.
Nazril menahan hati. Dia cuba mengawal keadaan yang dah bertukar ribut tiba tiba.
"Kasih Maisara. "
Nama penuh perempuan itu terkeluar dari mulutnya.
Apa lagi, meletuplah Maisara jadinya.
"Hei! Kau ni tak reti bahasa ke? Kan dalam SMS tu aku dah kata. Nama aku Sara! Bukan Kasih Maisara! Kau tak faham faham ke? " Maisara mengamuk sakan.
Pelik betul Nazril, dah itu nama dia kan. Kenapa pulak nak marah? Kasih Maisara atau Sara apa bezanya? Tetap orang yang sama. Tapi sebab tak nak keruhkan keadaan, Nazril mengalah juga.
"Saya minta maaf. Saya tahu saya silap sebut. Saya minta maaf sekali lagi, " ujar Nazril bersungguh.
Maisara masih membahang. Dalam masa yang sama dia memandang Nazril semacam.
"Nazril Nazim? " Masih keras suaranya bertanya.
Nazril mengangguk. Tenang riak mukanya. Maisara tak puas hati.
"Kau yang nak jumpa aku? " Dia bertanya.
Nazril mengangguk lagi.
"Kau dah bisu ke lepas jatuh dari motor semalam?" soalnya dengan muka meluat.
Nazril tersenyum. Sakit hati Maisara melihatnya. Dia terasa seperti Nazril sedang mengejeknya saja. Hampeh!
"Bukan bisu Cik Sara. Cuma saya rasa tak ada apa yang perlu dijawab. " Nazril bersuara.
"Aku tanya soalan kan? Mestilah kau kena jawab! Apa kau ingat, aku tengah cakap dengan tunggul kayu? " marah Maisara.
"Okey saya jawab. Saya Nazril Nazim. Saya yang nak jumpa Cik Sara. " Nazril mengalah.
Maisara menjeling, benci. Dia tiba tiba teringatkan sesuatu. Lelaki itu dipandang tak berkelip.
"Patutlah aku tak kenal kau tadi. Kau tak pakai baju yang aku suruhkan. Kau saja tipu aku, semata mata nak jumpa! Bercakap pasal agama macam orang pandai tapi penipu!
Kau tahu tak orang yang menipu tu, tak pegang pada janji, namanya munafik! Lain kali, jangan suka nak jaga tepi kain orang, kalau tepi kain sendiri pun kotor! " Maisara melepaskan rasa amarah yang terbuku di hati.
Padan muka! Lelaki perasan bagus itu dah kena berdas das daripada dia!
Nazril tidak pula menjawab. Dia membuka zip baju panasnya. Kemudian Nazril menguak baju panas itu sambil memandang perempuan yang sefang naik hantu itu.
"Dua dua warna adakan pada baju ni? Pink, ungu. " Nazril menunjuk tshirt yang tersarung di badannya.
"Yalah kan, keadaan gelap macam ni, sekadar harap lampu jalan aje. Cik Sara pula rabun, itu yang tak nampak. Jangan risau Cik Sara, insya-Allah setakat ini saya masih berpegang pada janji. Perkara yang paling saya nak jauhkan jadi orang munafik, " jelas Nazril bersahaja.
Terasa pelempang naik ke muka. Pedih! Sakit! Heiii, tak guna! Tapi Maisara masih tak nak mengalah, dia cepat cepat membela diri.
"Yang kau pakai sweater tu kenapa? Kan aku suruh pakai tshirt ungu,pink, ada aku sebut sweater? " Maisara menjegilkan mata.
"Tapi Cik Sara pun tak kata tak boleh pakai sweater. Saya ada simpan SMS tu lagi. Nak tengok? " ujar Nazril hendak mengeluarkan telefon bimbit dari kocek baju panasnya.
"Tak payah! Jangan nak buang masa aku! Bukan ada faedah pun tengok muka kau lama lama
Buat sakit hati aje! Mana surat tu? " soalnya,  garang.
Baran betul perempuan ni!
Nazril menghulurkan sampul surat yang sememangnya dipegang sedari tadi.
Maisara mengambilnya dengan kasar. Kemudian dia terus mengoyak tepi sampul itu.
Nazril jadi tak keruan bila Maisara terus hendak membaca surat itu. Takut pula dia, kalau perempuan ini tiba tiba meroyan selepas membacanya. Sebab Aidil kata surat ini akan mengejutkan dia.
"Maaf kalau saya cakap sikit." Nazril bersuara tiba tiba.
Maisara yang baru hendak mengeluarkan surat itu, terhenti. Muka Nazril dipandang, geram!
"Kau nak cakap apa? Ada ceramah lagi ke untuk aku? " soal Maisara dengan muka bengang.
Belum sempat Nazril hendak menerangkan Maisara menyambung lagi. Dia betul betul tak puas hati dengan lelaki ini.
"Kali ni kau nak cakap rambut aku macam bulu beruang, bulu kucing? Atau kau nak suruh aku jaga tutur kata aku. Aku kan tak beradab! Tak sopan! Bukan macam kau. Baik tutur kata. Sopan santun orangnya. Bertuah siapa dapat buat menantu. " Maisara menyindir Nazril.
Nazril merenung perempuan di hadapannya itu. Belum pernah dia jumpa perempuan yang berperwatakan begini. Ego betul!
Maisara perasan sedari tadi Nazril tidak berkelip memandangnya. Dia mencebik bibir, mengejek.
"Kenapa kau asyik pandang aku? Mesti kau terpegun tengok aku. Aku tahu, dalam hati mesti kau puji aku cantik. Aku dah masak dengan perangai lelaki. Bukan boleh tengok perempuan cantik. Mulalah, datang ulat bulu dia tu!
Alah! Kalau pasal perempuan ni, silap hari bulan ustaz pun cair. Ini kan pulak kau. Alim tak seberapa, cakap aje lebih. " Selamba Maisara mengutuk seterunya.
Nazril bangun. Sempat lagi dia melemparkan senyuman. Maisara membalas dengan jelingan tajam.
"Hebat betul Cik Sara kan, sampai bole baca hati orang. Tapi maaflah saya rasa kali ni, ilmu Cik Sara tu tak menjadi. Cik Sara kena balik dan belajar lagi cara nak mengenal hati budi orang. Bukan semua orang kita boleh sama ratakan, " kata Nazril sambil membetulkan beg galasnya.
Makin kecil mata Maisara memandang musuhnya itu.
"Kau nak kata aku tak cantik?" Boleh pula Maisara mengajukan soalan itu.
Nazril mengangkat bahu.
"Pada mata saya. Alhamdulillah. Allah mencipta Cik Sara dengan sempurna, cukup segala sifat, " balas Nazril bersahaja.
"Cantik ke tidak? " Maisara masih mengaju soalan yang sama. Daripada caranya seperti hendak mencari pasal dengan lelaki ini saja.
"Awak rasa, awak cantik ke? " Nazril pula bertanya.
Cara panggilannya sudah berubah. Mungkin dia sudah bosan melayan kerenah perempuan kekwat ini.
"Cantik. " Pantas Maisara menjawab.
"Okeylah. " Itu saja jawab Nazril.
Berbahang Maisara mendengar.
"Tak payahlah nak tunjuk bagus! Lelaki! Bukan boleh tengok perempuan cantik, mulalah tergoda. "
Maisara mencari pasal lagi.
Nazril menarik nafas perlahan. Pening dia nak melayan perempuan ni. Tapi malas nak memanjang cerita dia menjawab juga.
"Awak rasa semua lelaki macam tu ke? "
"Ya," balas Maisara penuh yakin.
Nazril tersenyum pahit. Angkuh betul perempuan ni? Mudah mudahn Aidil dijauhkan dari terus mencintai perempuan angkuh begini. Aidil lelaki yang baik dan dia selayaknya mendapat perempuan yang baik. Wajah Maisara ditatap seketika. Cantik sangat ke dia? Muka cantik pun kalau perangai tak elok buat apa?
Maisara tersenyum mengejek. Dia berasa Nazril sudah terpikat dengannya apabila melihat cara lelaki itu merenungnya.
"Awak nak jadi kekasih saya? " Maisara menguji.
Bahasanya juga sudah berubah. Tidak lagi kasar seperti tadi. Sampul surat di tangan digoyang goyang dengan gaya menggoda. Dia nekad, malam ini dia nak kenakan lelaki perasan bagus ini cukup cukup. Biar lelaki itu tahu siapa Maisara!
Nazril tidak menjawab. Dia hanya membatu. Maisara bergerak mendekati lelaki itu. Dia mengulang soalan yang sama.
"Saya tanya, awak nak tak jadi kekasih saya? "
"Tak nak! " Nazril menjawab dengan tegas.
"Opsss lupa pulak... " Maisara dengan muka manja meletak tangan di mulutnya.
"Awak ni kan orang alim. Mana nak berkasih kasih ni kan. Mesti orang macam awak kalau dah suka, terus kahwin aje. Emm... awak nak kahwin dengan saya? " Maisara menguji lagi.
"Tak nak! " Nazril masih menjawab yang sama.
Berubah muka Maisara. Tapi segera dia mengawal air mukanya.
"Huh! Tak nak konon! Tak payahlah awak nak tunjuk diri tu alim. Tak tergoda dengan perempuan cantik! Tak jatuh hati! Tak tertarik! Belajar berpijak di bumi nyata! Tak payahlah nak ego sangat! " bidasnya.
Naik angin dia apabila Nazril menolak dirinya mentah mentah!
"Terpulanglah apa pun penilaian awak pada saya. Tapi saya nak cakap sikit dengan awak. Kadangkala awak juga perlu berpijak di bumi nyata. Bukan semua lelaki sama.
Dan bukan semua lelaki boleh digoda, mudah terpikat, mudah tertarik dengan perempuan cantik. 'Macam yang awak kata'. " Nazril menekankan perkataan terakhir itu sambil mengangkat jarinya.
"Saya tak mampu lawan kuasa Allah. Tapi saya akan terus berdoa agar saya ditutupkan pintu hati. Dijauhkan jodoh dengan perempuan macam awak.
Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh, sebab kebahagian rumah tangga bukan pada rupa tapi pada hati budi dan sifat baiknya. Saya mencari isteri yang solehah bukan ratu cantik dunia! " Begitu tegas Nazril menyatakan pendiriannya.
Fuhh!!! Bagaikan sembilu menyiat nyiat jantung Maisara. Rasa meleleh leleh darah keluar dari pembuluh hatinya.
"Kau jangan nak hina aku! " Maisara menempik.
"Saya tak hina awak. Saya cakap yang benar. Terpulang sama ada awak boleh terima atau tidak! Cukup cukuplah apa yang awak dah buat pada Aidil dan keluarga dia! Bertaubatlah! Tak ke mana sifat ego dan angkuh awak tu! " Nazril meninggikan sedikit suara. Hilang pula sabar dia dengan sikap angkuh perempuan ini.
"Oh, jadi kau bagi surat ni bagi pihak Aidil? Kenapa dia tak bagi sendiri? Lelaki pengecut macam tu, kau nak aku buat suami! Kau ingat kawan kau tu sempurna sangat! Kau suluh muka kau dulu sebelum nak nasihatkan aku!
Kau ingat aku tergilakan kau? Heiii, boleh jalanlah! Lelaki macam kau tak masuk langsung dalam list aku tau! Tadi aku saja uji kau! Kau pun perasan lebihlah kan! " Maisara menempelak.
Malas Nazril nak melayan. Lebih baik dia cepat cepat beredar dari situ. Elok dia hendak berlalu, Maisara memekik.
"Jawablah! Kau pun nak pergi macam tu aje! Pengecut macam kawan kau! "
Hei! Mulut perempuan ni! Menggeleng Nazril. Dia menyabarkan diri sebelum berpaling.
"Kawan saya bukan pengecut Maisara! Awak baca surat tu dulu, baru awak tahu apa ceritanya. Sebenarnya masa awak nak bukak surat tu. Saya nak cakap pasal hal ni. Saya tak nak awak baca depan saya, sebab kata Aidil surat itu terlalu peribadi. Tapi, awak tiba tiba pulak melenting. " Nazril menjelaskan situasi sebenarnya.
Merah padam muka Maisara. Saat ini, dia tak dapat terima penjelasan lelaki yang makin dibenci itu. Saat Nazril hendak melangkah pergi, dia menoleh semula.
"Apa yang saya kata pasal jodoh tadi, saya tak tipu. Tapi saya bukan kata awak tak baik. Setiap manusia ada buat salah dalam hidupnya. Dan kalau dia dah insaf, dah berubah, tak ada sebab kita perlu terus menghukum.
Mungkin Aidil bukan jodoh awak. Dan tak mustahil, Tuhan dah menetapkan jodoh yang lebih baik buat awak, cuma belum tiba masanya. Saya seikhlas hati doakan kebahagiaan awak dunia dan akhirat. Assalamualaikum. "
Tanpa menunggu Nazril terus berlalu dari situ.
Maisara tidak berkelip memandang lelaki yang dianggap telah menghina dirinya. Dalam usianya menginjak ke angka 23 tahun ini, tak pernah ada lelaki berani menempelaknya sebegitu. Jauh sekali menolak dirinya.
"Setan!!! " pekiknya.
Maisara memandang surat di tangan. Makin menjulang api kemarahannya.
"Pegi jahanam dengan surat bodoh ni! " Terus dia menggumpal surat itu lalu dicampak ke tanah.
"Eh! Sara surat apa ni? "
Salina a.k.a musuh nombor satu muncul tiba tiba dengan dua orang pengikut setianya yang merangkap kaki bodek dan kaki kipas. Azmida dan Badariah.
"Surat aku terjatuh. "
Pantas Maisara mengutip surat itu. Kemudian digumpal lalu diselit dalam beg Chanelnya. Maisara kenal sangat perangai kepoh mereka. Lebih lebih lagi Salina, sentiasa nak bertanding dengan dia terutama pasal lelaki. Siapa saja yang dia berkawan pasti Salina cuba mencarasnya.
Tapi 'ada aku kisah' Maisara tak heran pun. Sekadar tahi lalat besar atas hidung tak payah nak perasan divalah!
Lagipun dia bukan teruja berkawan dengan lelaki lelaki seMalaya tu. Sekadar nak habiskan masa senggang dia. Boring! Pegi dating, makan makan, lepas tu dia breaklah! Senang, kan! Tak payah pening kepala. Tapi Salina a.k.a Sally ni yang cemburu tak kena gaya. Meluat!
"Siapa lelaki tu? " Sally bertanya dengan kedua dua belah kening diangkat.
"Kawan." Maisara jawab acuh tak acuh saja.
"Oh... kawan. Sorrylah kitaorang terdengar dia cakap dengan kau tadi. Kebetulan we all lalu sini nak pergi beli makanan. Apa tadi lelaki tu cakap, Az,  Bada,  korang ingat tak?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 16, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rindu Awak Separuh NyawaWhere stories live. Discover now