4

2.4K 15 4
                                    

Nazril duduk di bangku batu. Sesekali matanya melirik pada jam tangan. Dia kelihatan resah.
"Dah pukul 8.40 mana pulak dia ni, " gumamnya risau.
Kemudian Nazril mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar jeansnya. Dia membaca semula SMS yang dihantar pada perempuan bernama Kasih Maisara.
Bukan dia tak telefon tapi panggilannya tidak dijawab. Mungkin gadis ini tidak melayan panggilan dari nombor yang tak dikenali.

Assalammualaikum... ini Kasih Maisara ke?

Lama juga lebih kurang hampir 20 minit baru SMS dijawab.

Waalaaikumussalam... Siapa ni?

Saya nak jumpa awak. Ada barang nak diserahkan.

Saya tu siapa? Barang apa?

Saya, Nazril. Ada surat untuk awak.

Nazril mana? Nazril boroi, Nazril sado or Nazril pinky auww... Auww?

Menggeleng Nazril. Dia tak suka perangai menggelar orang begini.

Nazril Nazim. Balasnya.

Tak minat! And tak kenal! Awak bagi aje surat tu pada JK!

Berkerut dahi Nazril membacanya. Laju tangannya menaip.

Jk?

Jah Kelip!

Tapi surat ni bukan untuk Jah Kelip. Untuk awak Cik Kasih. Bukan surat cinta tapi surat daripada kawan. Penting!

Lurus Nazril membalasnya.

I'm Sara bukan Kasih! Daripada kawan? Then, pos sajalah or kalau you student sini, just masukkan dalam post box 525.

Mudah Maisara menjawabnya.

Maaf saya tak boleh. Ini amanah kawan. Kena bagi sendiri pada awak. Saya nak jumpa sekejap saja. 1 minit! Saya harap sangat Cik Kasih Maisara dapat luangkan masa!

Sara!!!

Gayanya seperti marah saja.

Oh maaf... Cik Sara!

Segera Nazril membetulkan panggilannya. Lama juga Nazril menunggu, lebih kurang setengah jam baru masuk SMS daripada Maisara.

Jumpa lepas isyak. Taman depan padang! Pakai baju combination purple and pink!

Warna ungu dengan pink? Biar betul? Pantas Nazril membalas.

Saya tak ada baju warna ungu dan pink.

So, tak payah jumpa!

Penting ke warna baju tu? Soal Nazril. Pelik betul dia dengan perangai perempuan ni.

Penting! Purple and pink. Deal?

Tak ada pilihan, Nazril mengalah.

Deal!

See you after Isyak!

Terima kasih. Assalammualaikum. Balas Nazril sopan.

Dan setakat itu saja perbualan SMS mereka. Maisara sudah tidak menjawab. Nazril tak kisah, yang penting surat ini sampai pada tuannya. Sampul surat yang berada di tangan dipandang.
Nafasnya dilepas perlahan. Berkali kali dia menggeleng. Kepalanya rasa berat tiba tiba. Ada bebanan yang sedang digalasnya.
"Aidil! Aidil! Kenapalah kau seksa aku sampai macam ni? " bisiknya sambil melihat baju tshirt berbelang ungu pink yang tersarung di badan.
Nasib baik Izudin ada baju warna ni. Semasa dia berSMS dengan perempuan itu siang tadi, Nazril teringat Izudin pernah memakai baju tshirt warna ungu pink. Cuma waktu itu dia tidak komen apa apa. Pada Nazril, lain orang lain cara pandangan mata.
Tapi tak sangka pulak dia akhirnya dia juga memakai baju itu. Nasib baik saiz badan hampir sama. Eh! Tak sama jugak sebenarnya. Izudin kecil saja orangnya. Cuma badan dia sedikit gempal. Nampak macam Abang Sadolah juga bila Nazril yang memakainya. Agak ketat baju itu.
Kalau muka Izudin tak payah nak cakaplah. Terkejut beruk dia bila Nazril kata nak pinjam baju belang ungu  pink dia tu. Masa Nazril keluar tadi, masih melopong mulut dia. Sabar ajelah!
Nazril segera membetulkan baju panas yang dipakainya. Dan baju panas itu ditutup sampai ke leher. Kiranya tak nampaklah tshirt belang ungu pink Izudin.
Ketika Nazril sibuk membetulkan bajunya, perbualan dengan Aidil terngiang ngiang semula di telinga.
"Dil, perlu ke? Kenapa tak kau sendiri yang cakap dengan dia? Pada aku, tak peelu nak bagi surat ni. " Nazril dah tak senang duduk.
Aidil menyandarkan kepala di dinding. Nazril faham, sahabatnya itu sedang berduka dengan dugaan yang menimpa dirinya. Sudahlah bertunang tak jadi. Mamanya pula dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung.
Sekarang ini, mereka berada di depan wad mama Aidil. Syukurlah, keadaan mama Aidil dah stabil. Wajah muram Aidil dipandang simpati.
"Aku tak ada kekuatan nak jumpa dia, Naz. Aku akui, aku cukup terluka dengan perbuatan dia. Tapi dalam masa yang sama aku tak boleh nafikan yang aku cintakan dia. Aku terlalu sayangkan dia Naz. " Aidil menarik nafas seketika. Menenangkan dirinya.
"Tapi perlu ke untuk terus mencintai orang yang tak menghargai diri kita? " tanya Nazril perlahan.
Aidil menghembus pula nafas. Makin rusuh wajahnya.
"Aku ikhlas cintakan dia. Kami dah berkawan dari kecik lagi. Kau pun tahu kan aku pernah cerita yang papa aku kawan baik Uncle Raqib. Mama dengan arwah Auntie Shidah pun rapat. Kami dah macam satu keluarga. Aku dengan dia membesar bersama.
Walaupun usia kami agak berbeza tapi aku tak anggap dia sebagai adik. Aku sayangkan dia lebih daripada seorang adik, Naz. Dan aku membina impian untuk hidup bersama Kasih Maisara. Tapi impian yang aku bina berpuluh tahun hancur dalam sekelip mata. Hancur Naz! " Bergetar suara Aidil.
Air mata yang bergenang di kelopak mata segera diseka.
"Aku tak faham. Kalau dia tak cintakan kau. Kenapa dia perlu suruh kau pinang? Aku ingat lagi, kau happy sangat masa call aku bagitau dia dah terima kau. Peliklah Dil. Kenapa dia tiba tiba berubah? " Nazril menoleh pada Aidil dengan muka penuh tanda tanya.
Aidil tersenyum pahit. Saat ini begitu sukar untuk dia bercerita. Bagaikan ada sesuatu yang menyekat di kerongkongnya. Perlahan lahan dia memicit dahi. Kawannya dipandang dengan wajah hampa.
"Dia tak cintakan aku, Naz, " katanya, sendu.
Nazril sedikit tersentak.
"Dia hanya nak guna aku untuk lepaskan kemarahan pada papanya. Sara salahkan papa dia sebagai punca kematian mama dia. Sejak mama dia meninggal, dia bencikan papa dia, mereka tak pernah sependapat. Asyik bergaduh saja. " Aidil menjelaskan.
Nazril menggeleng.
"Aku tak faham. Apa kena mengena dia nak lepaskan marah pada papa dia dengan kau? Dua perkara berbezalah, " celah Nazril.
"Berbeza kalau dia cintakan aku, Naz. Tapi masalahnya dia tak cintakan aku. Dia hanya jadikan aku sebagai kambing hitam untuk kenakan papa dia. Papa kami kan berkawan baik, jadi bila dia buat hal macam ni, secara tak langsung akan tergugatlah hubungan mereka.
Dan dia memang sengaja nak memalukan papa dia. Lebih tepat lagi dia berdendam dengan papa dia sendiri, " jelas Aidil lagi.
Biar betul! Sukar Nazril nak terima. Ada ke hukum melawan ibu bapa? " gumam Nazril tapi masih dapat didengar Aidil.
"Susah nak cakap Naz. Manusia ni memang diberi akal, tapi bila kita biarkan nafsu mengawal diri inilah jadinya. " Perlahan suaranya.
Nazril mengangkat kening memandang kawannya. Aidil turut menaikkan kening.
"Kenapa kau pandang aku semacam aje? " tegurnya.
Nazril membulatkan mata.
"Kau sendiri dah ada jawapan untuk masalah kau. Jangan biarkan nafsu mengawal diri. Jangan biarkan syaitan menggoda kita. Ajal, rezeki, jodoh, semuanya ketentuan Allah.
Kita hanya boleh berusaha Dil, tapi jika ianya berlaku juga, itu di luar kehendak kita. Dan itulah qada dan qadar yang kita kena terima. Tapi percayalah Dil, Allah itu Maha Adil. Pasti ada hikmah di sebaliknya. "
Aidil mengangguk perlahan. Wajahnya nampak sedikit tenang.
"Aku tahu Naz, ini dugaan aku. Dan aku terima dengan redha. Tapi kalau jodoh tak ke mana kan? Selagi Kasih Maisara belum lagi menjadi isteri yang sah pada mana mana lelaki, peluang aku masih ada. Betul tak? " Aidil menyiku lengan kawannya.
Nazril tersenyum.
"Jauh di sudut hati aku yakin, dia sebenarnya cintakan aku. Cuma rasa marah yang menebal pada papa dia sampaikan dia sanggup ketepikan perasaan sendiri, " tambahnya lagi.
Hai! Bertuah betul perempuan bernama Kasih Maisara ni. Dalam sungguh cinta Aidil pada gadis ini. Harapan Nazril, mudah mudahan Kasih Maisara tahu menghargai cinta sejati kawan baiknya itu.
"Kalau macam tu, tak perlulah aku nak bagi surat ni pada dia. Kau pun dah tenang kan, jadi pada aku lebih elok kau jumpa dia dan bercakap dari hati ke hati.
Lagipun dalam surat tak sama dengan kita luahkan sendiri. Insya-Allah, aku yakin bila kau dah jumpa dia, masalah korang dapat diselesaikan. " Ceria, Nazril memberikan pandamgan.
Namun, riak wajah Aidil sebaliknya. Jelas kegusaran pada raut muka.
"Surat ni bukan pasal luahan hati aku. Ini pasal perkara lain. Dan aku tak sanggup tengok reaksi dia bila dia dah baca surat ni nanti. Aku tahu bukan senang dia nak terima Naz, bukan semudah itu." Lemah nadanya.
Nazril memandang surat di tangan dengan muka berkerut seribu.
"Kalau bukan pasal isi hati kau, surat ni pasal apa? " soalnya, musykil.
Aidil terdiam. Makin rusuh mukanya. Nazril yang perasan bersuara.
"Maaflah Dil, kalau aku dah campur urusan peribadi kau. Macam nilah Dil. Aku percaya surat ni begitu penting. Yang terbaik, kau yang bagi sendiri atau kalau kau belum bersedia nak jumpa dia, kau pos saja, lagi senang, " kata Nazril pula.
Aidil menyelesakan duduknya. Kemudian dia menggeleng.
"Macam yang aku cakap tadi, aku tak sanggup nak tengok dia sedih Naz. Biarlah dia baca dulu surat tu. Nanti aku akan jumpa dia jugak. Aku tahu pasti dia nak penjelasan. Biar dia tenangkan diri dia dulu, " terang Aidil. Kawannya dipandang.
"Kau tolong aku Naz bagi dia surat ni, aku nak pastikan surat ni sampai ke tangan dia. Aku minta maaf kalau aku dah menyusahkan kau.
Tapi aku betul betul mintak tolong kau kali ni Naz. Hanya kau yang aku percaya. Please..." Begitu sekali Aidil mengharap pertolongan kawannya.
Nazril hilang kata kata. Lama matanya tertancap pada nama yang tertulis di depan surat itu.
"Kasih Maisara." Dia menyebut perlahan.
"Kau!!! "
Suara jeritan halus menerjah laju ke dalam gegendang telinga Nazril. Wajah Aidil hilang sekelip mata. Mana taknya, berdesing telinga dia!
Pantas Nazril mengangkat muka. Macam nak terlepas sampul surat yang dipegang sebaik sahaja melihat perempuan yang berdiri tegak di depannya.
"Kasih Maisara. " Nama itu terkeluar lagi dari mulut Nazril.
Muka perempuan tu tak payah nak cakaplah. Masam! Kelat! Pahit! Tengok pada riaknya, dah macam gunung berapi tunggu masa nak meletup aje!

Rindu Awak Separuh NyawaWhere stories live. Discover now