Bab 3

2.5K 58 0
                                    


Ara berdiri tegak di hujung platform. Tangan didepakan. Mata dihalakan tepat ke depan. Nafas ditarik dalam lalu dihela perlahan.

"Okey, ready?"

Ara mengangguk perlahan. Wajahnya tampak kosong. Tidak beriak. Sedikit garis cuak pun tidak kelihatan di wajah itu. Bukan gadis itu tidak takut. Bukan gadis itu tidak gentar. Meskipun sudah banyak kali dia melakukan terjunan bungee, rasa gementar itu tetap ada. Cuma rasa itu berjaya ditutupi dengan rasa yang lain. Rasa sedih. Rasa pedih. Rasa perit. Rasa luka.

Dalam kiraan tiga, Ara melakukan terjunan bersama jeritan yang sangat kuat. Gadis itu menjerit sepenuh hati. Melepaskan segala rasa yang terpendam dalam hati.

Lega. Puas. Itu yang Ara rasa setelah melakukan terjunan. Segala emosi yang berselirat dilepaskan bersama terjunannya sebentar tadi.

"Feeling better?" soal Huzair sebaik sahaja mendapatkan Ara yang baru sahaja turun dari bot.

Ara menganggukkan kepalanya.

"Kalau tak okey lagi, aku boleh teman kau main G-Force X pula."

Gadis itu menggelengkan kepala.

"Bungee jumping is more than enough," ucap Ara sebelum melabuhkan duduk di atas sebuah bangku kayu.

Huzair mengekori langkah Ara lalu duduk di sebelah gadis itu.

"Dah berapa kali eh kau terjun?"

Bahu dijongketkan.

"Entah. Tak pernah kira."

"Aku rasa dah lebih daripada sepuluh kali. Tak sangka budak pengecut macam kau ni, berani buat bungee jumping."

"Bila masa pula aku pengecut?"

Terlepas tawa dari bibir Huzair.

"Eleh... Dulu flying fox pun kau takut. Ingat tak kem yang kita pergi masa form one?"

"Itu cerita dulu..."

Sebelum aku kenal rasa sakit kehilangan. Sebelum aku rasa sakit ditinggalkan, sambung gadis itu dalam hati.

Suasana sepi buat seketika. Huzair sengaja memilih untuk mendiamkan diri. Memberi ruang kepada Ara untuk menenangkan fikiran. Rasa ingin tahunya membuak-buak, namun dia tidak akan memaksa Ara untuk bercerita kepadanya. Biarlah Ara sendiri yang buka mulut bila gadis itu sudah bersedia.

Ara melepaskan ikatan getah rambut. Rambutnya disisir dengan jari sebelum dibiarkan lepas. Tubuh disandarkan ke belakang bersama helaan nafas yang berat.

"Yad dah balik."

Mata Huzair membesar. Sedikit terkejut.

"Bila?"

"Entah," balas Ara bersama jongketan di bahu.

"Semalam aku clubbing. Tiba-tiba aje dia..."

"Kejap! Kau pergi clubbing?"

Huzair potong bicara Ara dek terkejut dengan bicara gadis itu.

Ara angguk.

"Sejak bila kau jadi minah clubbing ni? Oh my... Ni mesti boyfriend kau yang ajar, kan?"

"Tak ada kena-mengena dengan dialah. Aku yang nak pergi. Sebelum kau fikir yang bukan-bukan..."

Ara jeda seketika. Kepala digelengkan.

"Tak! Aku tak buat benda-benda yang tak senonoh. Aku pergi sana, aku menari aje."

"Perlu ke menari kat tempat macam tu? Jangan terpengaruh dengan kawan-kawan kau tu boleh tak? Dia orang minum, kan?"

PELANGI UNTUK ARAWhere stories live. Discover now