Bab 6

2K 41 0
                                    

Eiyad melangkah lemah menuju ke dalam rumah. Letih. Tak cukup rehat dari semalam. Uruskan itu, uruskan ini. Semuanya dilakukan sendiri. Daripada menguruskan hal syarikat sehinggalah menguruskan hal mamanya. Mujur semua urusannya dipermudahkan.

Mata Eiyad sedikit membesar tatkala ternampak Ara di ruang tamu. Terkejut melihat gadis itu. Jarang sungguh Ara nak duduk dekat ruang tamu di tingkat bawah. Ruang tamu di tingkat atas pun jarang. Gadis itu selalu terperap di dalam bilik sahaja.

"Kau tunggu aku ke?" soal Eiyad tanpa nada.

Ara yang sedang ralit membelek telefon, tersentak. Tidak sedar bila Eiyad balik. Kepala secara spontan berpaling ke arah Eiyad.

"Tunggu kau?"

Tawa mengejek dilepaskan.

"Dalam mimpi ajelah..." tambah Ara.

"Dah tu, apa mimpi kau duduk kat bawah ni?"

"Tunggu Dee," jawab Ara ringkas.

Dahi Eiyad berkerut.

"Kau nak pergi mana pula malam-malam ni?"

Ara pandang Eiyad, senyum sinis dan kemudian pandang telefon. Soalan Eiyad tidak diendahkan. Malas nak jawab. Malas nak layan Eiyad yang tak habis-habis nak mengawal dirinya.

"I'm questioning you, Ara."

Wajah Eiyad mula nampak tegang. Nada suaranya juga sudah naik satu oktaf. Sudahlah letih, nak kena hadap perangai Ara yang keras kepala pula.

Ara masih diam. Wajah tak ada perasaan dipamerkan. Tumpuan masih terhala ke arah telefon. Melihat gambar-gambar di Instagram.

"Ara!"

Eiyad mula menempik. Namun tempikannya itu masih terkawal. Tidaklah sampai tingkat atas boleh dengar suara Eiyad. Eiyad pun tak adalah nak tinggikan suara lebih-lebih pada Ara.

"Apa?"

Ara pula membentak. Baguslah tu. Eiyad menempik, Ara membentak.

"Susah sangat ke nak jawab soalan aku? Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?"

"Belum pukul 12 tengah malam lagi," balas Ara, cukup bersahaja.

"Lagi satu jam aje nak pukul 12, Ara. Aku tak izinkan kau keluar. Masuk bilik sekarang."

Eiyad mengeluarkan arahan keras.

"Sampai bila kau nak kawal aku ni, Yad?" tanya Ara perlahan. Seakan-akan merintih.

Gadis itu melepaskan keluhan kecil.

"Dee nak tumpang tidur malam ni. So, aku tunggu dia. Aku tak ada nak keluar pergi mana-mana pun," jelas Ara tanpa nada.

Ara tidak berbohong. Dia memang tengah tunggu Dee yang nak menumpang tidur di rumahnya malam ini. Dee lupa nak bawa kunci rumah dan tak ada siapa kat rumah Dee sekarang ni. Ada yang balik kampung. Ada yang pergi bercuti.

Riak tegang di wajah Eiyad mula kendur. Nafas dihela perlahan. Lega.

"Pagi tadi kau ada pergi mana-mana tak?"

Ara ketap bibir. Pandangan dilarikan ke tempat lain. Lambat-lambat dia geleng kepala.

"Betul ni?" soal Eiyad seakan sukar untuk percaya.

"Betullah. Kalau tak percaya, tanya Cik Ina..."

Selamba aje Ara petik nama Cik Ina yang baru muncul di ruang tamu. Terpinga-pinga wanita itu dibuatnya.

"Betul ke Ara tak keluar hari ni, Cik Ina?" soal Eiyad pada Cik Ina.

Cik Ina pandang Eiyad. Kemudian pandang Ara yang sedang buat isyarat dengan mimik muka.

PELANGI UNTUK ARAWhere stories live. Discover now