Bidadari besi

1.3K 34 4
                                    


MUJAHIDAH KHAULAH AL-AZWAR RA.
(Bidadari besi)

Kelihatan sekilas seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.
Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan
menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain.
Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.

Siapakah gerangan pejuang ini?
Dialah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,,
siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda…
dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi…

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw.
Beliau adik dari Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang seharusnya
tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam.
Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.
Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fisik yang kuat.
Sosuo tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak.

Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin
bersama-sama mujahidah yang lain.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam,
beliau menjadi salah seorang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.
Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Romawi
sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus.
Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut.
Raafe bin Umaira, panglima pasukan sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya
tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah karena
ketika itu beliau bertopeng,
Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut,
pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu,
kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam
bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mau membunuh diri karena dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi.
Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kejenuhan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan semangat juang yang tinggi.

Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu.
Lalu Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya,
“ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!”
Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi.
Kemudian beberapa orang tentara Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya.
“ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya!
Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.
” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitasnya.
Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid,
yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti,
Khalid bertanya :
“ Engkau telah berbuat banyak perkara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman.
Siapakah kamu ?”
Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawaban dari penunggang kuda
yang bertopeng, karena yang didengarnya adalah suara seorang gadis.
“ Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawab pertanyaan kamu, hanya karena aku merasa malu,
  sebab kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan.
  Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan
  karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih.

Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadikan ayah pejuang yang berani,
baik lelaki maupun perempuan.
“ Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid.
Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya
yaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang,
dan tidak lagi berada di barisan belakang sebagai merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

Inilah kisah Khaulah binti Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani,
yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan ketangkasannya menyerang tentera Romawi.

Kisah Inspiratif💡Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang