23: Teman

291 28 3
                                    

Ketika mentari tidak lagi bercerita tentang siang;
Ketika bulan tidak lagi mahu bicara tentang malam;
Dia yang keseorangan
berteleku di sudut bilik,
merenung ke luar jendela kecil;
di bilik kosong dan gelap.

Temannya,
serangga malam yang tidak diundang kehadirannya;
juga bersama helaan nafas penyesalan.

Di hati mencongak kira;
adakah yang masih setia
menanti kepulangannya?

Dulu,
dia pernah tersilap langkah,
tersalah dalam membuat keputusan hidup.

'Huh...'
helaan nafas memberat.

Sekali lagi,
airmata kembali menemani,
dibalik jeriji besi -- bilik gelap itu.

4 November 2017 ;
10:00 PM

Puisi: PilihWhere stories live. Discover now