39: Wanita Hebat Juangnya

234 21 2
                                    

Di balik tabir senyummu,
kau sembunyikan luka
kesan tusukan bilah ujian.

Tiada keluhan;
malah kau redha.

Di balik kudrat kau tunjukkan,
jiwamu memberontak melaung --
"Aku lemah, aku tiada daya lagi"

Mata-mata di sekelilingmu;
memandangmu bagai manusia
tanpa ada masalah.
Hanya disebabkan riak wajah
yang tenang kau pamerkan.

Walhal,
dibalik 'topeng' lindungan wajahmu,
berkerut riak wajah menelan
kepahitan debu-debu duga.
Dan kisahnya kau kubur
di dasar hati paling dalam;
tidak mahu ada yang
berjaya menyelam menemuinya.

Kau adalah wanita itu.

Wanita hebat juangnya.

11 April 2017

Puisi: PilihWhere stories live. Discover now