Bab 1

25 1 3
                                    

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Muaz baru selesai menyiapkan kerja rumahnya di ruang tamu rumahnya. Pada masa itu ibu dan bapanya tiada di rumah kerana terpaksa pulang ke kampung untuk menjenguk orang tua mereka. Matanya semakin kunyu dan badannya berasa penat kerana terlalu mengantuk, dia mengemas kesemua buku-bukunya dan memasukkan ke dalam beg sekolah berwarna birunya. Muaz merebahkan tubuhnya ke atas katil bujangnya dan terlelap buat seketika.

Semasa dia mahu terlelap, dia merasakan ada sesuatu yang pelik sedang berlaku. Tiba-tiba, bunyi deringan yang kuat daripada telefon pintarnya itu membuatkan Muaz tersentak daripada tidurnya. Dia mengambil telefon pintarnya dan melihat tiada sebarang nama yang terpapar pada skrin telefon tersebut. Hanya terdapat serangkai nombor yang tidak dikenali dan tidak bernama memanggilnya pada masa itu. Dia terus menekan butang hijau dan terkejut mendengar suara yang garau menyapanya. Dengan parasaan takut yang melanda dirinya, dia terus meletakkan panggilan tersebut dan mematikan telefon pintarnya.

Beberapa minit kemudian, dia terkejut bahawa telefonnya masih lagi berdering walaupun sudah dimatikan. Dia mendengar bisikan halus yang memanggil namanya di ruang tamu. Muaz memberanikan dirinya untuk menghalau benda tersebut keluar daripada rumahnya. Dengan serta-merta kesemua lampu dalam rumahnya terpadam dengan satu persatu. Dia berasa cemas dan panik kerana keadaan pada masa itu sungguh gelap dan dia terlihat satu sosok lembaga yang dikenalinya datang menghampirinya. Perasaannya bercampur baur membuatkan kesemua bacaan ayat suci al-Quran berterabur seperti kanak-kanak yang baru mengenal tanda bacaan. Dia terkejut bahawa lembaga tersebut ialah Akim. Muaz terkejut dan menekup hidungnya dengan tangan kerana tidak tahan dengan bau busuk bercampur hanyir menusuk ke dalam kedua-dua lubang hidungnya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya pada masa itu. Dia hanya mampu terpaku di situ sambil melihat wajah Akim yang pusat lesi dan keadaannya basah lencung.

Muaz memberanikan dirinya untuk berkata. 'Apa yang kau mahu dari aku, tolong jangan ganggu aku, aku mahu kau keluar dari rumah aku sekarang juga. Kalau tidak!' Lembaga tersebut menyambung percakapan Muaz. 'Kalau tidak apa ? Kau tidak ingat apa yang kau telah lakukan pada aku.' Muaz bersuara. 'Apa yang telah aku lakukan kepada kau?' Lembaga itu terus mengamuk dan mengeluarkan loyar buruknya setelah menerima jawapan daripada Muaz. 'Bodoh! Kau memang manusia yang lemah! Kau memang sial! Aku ingin membalas dendam atas apa yang kau telah lakukan kepada aku. HAHAHAHAHA! Lembaga yang menakutkan itu terus mengilai dengan kuat sehingga pecah kesemua barangan kaca yang berada di dalam rumahnya seolah-seolah penyanyi Opera mengeluarkan suaranya yang nyaring itu ke udara. Muaz menjadi takut dan hilang tentu arah sehinggakan dia jatuh terjelopok di atas lantai ruang tamunya. Keadaan yang gelap dengan kesemua barangan kaca di rumahnya menjadi seperti biasa. Roh yang tidak tenang itu sudah lenyap setelah Muaz tidap sedarkan dirinya

.............................................................

misteri tangki biru Where stories live. Discover now