Bab 2

21 1 3
                                    

Fais duduk di tempatnya sambil menelaah bahan bacaan yang diambil di rak buku sementara menunggu guru kelasnya datang. Keadaan dalam kelasnya sungguh bising mengalahkan para peniaga yang berniaga di pasar malam. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki yang dihasilkan oleh guru kelasnya turut kedengaran membuatkan kesemua pelajar di dalam kelas itu diam membatu. Suraya selaku penolong ketua kelas memberi salam kerana ketua kelasnya tidak hadir ke sekolah. Guru memulakan pengajarannya setelah bacaan doa.

Semasa Fais sedang khusuk menyiapkan nota sejarah yang diberikan oleh guru kelasnya, salah seorang sahabat baiknya iaitu Azraf terdetik untuk bertanyakan tentang kehilangan sahabat handai Fais iaitu Akim yang sudah menghilangkan diri pada dua bulan yang lepas. 'Fais, kau rasa ke mana Akim telah menghilangkan dirinya pada dua bulan lepas? 'Fais menjawab. 'Entahlah aku pun tak tahu tentang dia. Mungkin...........' Fais membuntu. Perbualan mereka hanya terhenti di situ sahaja.

Masa rehat telah pun tiba Fais hanya membeli makanan di koperasi kerana dia mahu menyimpan duit belanjanya ke dalam tabung simpanannya. Maklumlah cara pemikiran pelajar-pelajar ekonomi amat berbeza berbanding pelajar-pelajar lain kerana terpengaruh dengan hal-hal yang melibatkan kewangan. Semasa perjalanan pulang ke kelasnya, dia terpandang Muaz sedang duduk termenung di meja taman berdekatan koperasi sambil mengenang nasibnya yang menimpanya pada dua hari lepas.

Fais menegurnya secara spontan. 'Muaz kenapa dengan kau ni, muka pucat, aku lihat dari susut tubuh kau sudah pun susut, kau tak makan ke? Kalau kau ada masalah ceritalah kepada aku, mungkin aku boleh tolong.' Muaz membalas. 'Aku tak ade apa-apa masalah, cuma aku tak ada selera makan.' Fais menjawab. 'Oh kalau begitu aku rasa aku tak boleh tolong, maafkan aku, hahahaha!' Fais meninggalkan Muaz sambil ketawa terbahak-bahak dan menuju ke kelasnya

misteri tangki biru Where stories live. Discover now