Bab 5

24 0 3
                                    

Semasa perjalanan untuk pergi ke kelasnya mereka baru sedar bahawa kesemua pintu grill yang dipasang pada semua tangga di kunci menggunakan mangga. Perasaan ingin mengalah telah wujud dalam diri mereka setelah menyedari perkara tersebut. Dengan sepantas kilat Fais mengutarakan cadangan yang bernas kepada mereka supaya perasaan mengalah itu tidak hadir dalam diri mereka berdua. Fais bercadang untuk berbincang di Taman Wawasan yang berada di hadapan bilik muzik kerana di situ terdapat sumber cahaya yang terang yang dihasilkan oleh beberapa 'spotlight' yang dipasang pada malam hari. Dengan bertemankan dengan cahaya bulan yang samar-samar dilindungi oleh awan membuatkan mereka berasa tenang dan dapat menikmati bulan penuh semasa berbincang tentang kes berkenaan.

Fais memulakan perbincangan setelah memilih tempat duduk. 'Kamu berdua mesti patuh dengan arahan ini, saya mahu kamu berdua duduk disini dan jangan pergi ke mana-mana. Sekiranya identiti kamu berdua sudah terbongkar oleh pengawal keselamatan yang bertugas meronda di kawasan ini, jangan terus menyerah diri tetapi saya mahu kamu berdua bijak untuk menghilangkan diri daripada pandangan pengawal keselamatan tersebut. Aina dan Ainil menjawab. Tetapi bagaimana dengan kamu Fais. Kami bimbang dengan keselamatan kamu. Fais membalas. 'Itu semua tidak mengapa, saya akan menggunakan fikiran yang dikurniakan oleh Tuhan ini dengan sebaik yang mungkin. Saya ingin pergi ke tangki air biru berkenaan. Sekiranya saya tidak datang pada pukul satu pagi, saya minta kamu berdua menyerah diri dan beritahu perkara yang sebenar kepada pengawal keselamatan tersebut dan terus menelefon pihak polis untuk datang ke tempat kejadian. Saya harap kamu berdua dapat patuh segala arahan ini. Selepas memberi arahan kepada mereka berdua, Fais terus bergegas ke tangki air biru tersebut dengan sepantas yang mungkin. Mereka berdua hanya mampu berdoa supaya tidak mahu berlaku sebarang malapetaka yang menimpa kepada Fais semasa dia sedang menyiasat.

Fais mengibas-ngibaskan jaket kesayangannya sambil memerhatikan sekelilingnya. Dia berasakan ada seseorang yang sedang memerhati dan mengekorinya dari belakang. Dengan perasaan yang bercampur baur itu membuatkan dia berasa ghairah apabila terlihat kelibat roh sahabatnya iaitu Akim yang berpakaian sukan berwarna biru itu duduk di atas tanah. Fais menghampirinya dengan lemah longlai. Terdapat seketul batu besar yang terikat kemas oleh rantai besi pada kakinya membuatkan Fais berasa pelik dan sangsi. Wajahnya pucat seolah-olah ayam berak kapur sedang mengalirkan air mata seperti mahu meminta pertolongan. Tiba-tiba kelibat yang sedang menangis itu telah pun hilang. Fais berasa aneh dan terus pergi ke tangki air biru tersebut kerana terlihat kelibat roh berkenaan sedang berdiri di tangki tersebut dan mahu memberitahu kepada Fais bahawa mayatnya berada di dalam tangki berkenaan

Fais memulakan langkah yang pertama menaiki tangga hingga ke puncak menara yang tertinggi itu. Satu demi satu dia menaiki anak tangga untuk pergi ke tangki air tersebut. Fais berasa gayat dan ingin berputus asa kerana dia sudah berada di pertengahan anak tangga. Peluh-peluh jantannya membasahi dahinya walaupun angin malam yang dingin sedang meniup hingga keseluruhan tubuhnya. Dengan kudrat yang ada, Fais terus berusaha menaiki anak tangga tersebut dan bertekad untuk membantu sahabat baiknya walaupun dia sudah tiada.

Beberapa minit kemudian, dia sudah berjaya menaiki menara yang tertinggi itu. Inilah kali pertama dia memanjat menara yang tertinggi di sekolahnya seolah-olah baru berjaya menyelesaikan ekspedisi mendaki Gunung Everest. Setelah menarik nafas lega, dia terus menuju ke tangki air terbesar itu. Tangki air itu sangat besar dan tinggi membuatkan dia sukar untuk melihat kedalaman tangki air tersebut. Dia terlihat tangga yang bersandar di tangki tersebut dan terus menaiki untuk melilau keadaan tangki berkenaan. Dengan kudrat yang ada, dia menggunakan lampu suluh daripada telefon pintarnya itu untuk melilau kedalaman tangki air itu, tetapi pada masa itu dia tidak dapat melihat kedalaman tangki tersebut kerana cahaya lampu suluh yang dihasilkan daripada telefon pintarnya tidak secerah yang mungkin. Dia turun daripada tangga tersebut dan berasa pelik kerana dia mampu mengikut kelibat roh sahabatnya hingga ke puncak menara. Tiba-tiba satu hentakan yang keras singgah di kepalanya. Dia merasakan cecair merah yang panas mengalir di dahinya, matanya menjadi kelam dan akhirnya menjadi gelap. Fais terus terjelopok dan pengsan akibat berasa sakit sehinggakan dia tidak sedarkan diri dalam masa yang lama.

misteri tangki biru Where stories live. Discover now