Bab 7

21 0 2
                                    

Pukul satu sudah pun berlalu, Aina dan Ainil terus bergegas ke pondok pengawal keselamatan untuk memberitahu perkara yang sebenar. Setelah memberitahu perkara tersebut kepada pengawal keselamatan, mereka menelefon pihak polis untuk datang ke tempat kejadian. Mereka berdua menunggu di pondok tersebut sehingga pihak polis datang dan mengaku bahawa mereka juga terlibat dalam kes berkenaan.

Aina dan Ainil menggigil ketakutan seolah-olah sudah disampuk oleh hantu yang menakutkan tetapi pada hakikatnya mereka tidak lagi melihat hantu pada kes ini. Pihak polis pergi ke tempat kejadian untuk membuat siasatan lanjut tentang kes ini. Beberapa pihak polis terkejut melihat mayat Muaz yang hancur berkecai dan identitinya tidak dapat dikenalpasti.
Pihak polis membawa mereka bertiga pergi ke balai polis bagi membantunya untuk menyelesaikan kes berkenaan. Mayat Akim dikeluarkan dengan selamat daripada tangki air biru tersebut manakala mayat Muaz pula disatukan balik dan dihantar ke hospital untuk di autopsi. Setelah sampai di balai polis, mereka bertiga masuk dengan lemah gemalai kerana tidak biasa dengan suasana di balai polis, mereka bertiga beranggapan membuat kesalahan yang sangat besar sehingga dibawa ke balai polis tetapi pihak polis hanya mahu mereka bertiga memberi kerjasama dengan memberi penjelasan yang benar lagi releven bagi kes itu.

Setelah Aina dan Ainil memberi penjelasan yang sebenar kepada pihak polis, mereka dibenarkan tunggu di ruangan menunggu kerana tibanya giliran Fais untuk disoal siasat. Fais memberikan penjelasan yang releven kepada pihak polis tersebut tetapi pihak polis tidak mempercayai maklumat-maklumat yang disampaikan olehnya membuatkan Fais berasa takut dan gelisah. Fais diminta untuk tunggu di balai polis untuk mendapatkan bukti yang kukuh daripada rakaman cctv yang dirakam oleh kamera litar tertutup yang berada di tepi tangki air tersebut. Fais diminta duduk di dalam sebuah bilik yang kecil dengan bertemankan cahaya mentol yang berkelip-kelip seolah-olah telah melakukan kesalahan yang terbesar dalam hidupnya.

............................................................

Kelihatan dua Inspektor polis sedang memerhati rakaman cctv daripada kamera litar tertutup melalui skrin besar yang berada di pejabat. 'Inspektor Shahrizal, cuba kamu lihat ini, suspek sedang bercakap-cakap dengan sesuatu pada masa ini, tetapi tiada sesuatu pun yang berada di hadapannya yang membuatkan suspek terjatuh daripada menara berkenaan. Sebelum suspek terjatuh dari menara tersebut riak wajahnya seolah-olah seperti ketakutan. Inspektor Daniel menjawab setelah menghirup kopi panasnya. 'Kita wajib percaya yang makhluk ghaib juga wujub di muka bumi ini. Tidak dinafikan lagi makhluk ghaib itu telah membantu mangsa daripada menjadi bahan ujikaji yang kedua daripada suspek. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kejadian yang sebenar pada masa itu. Tetapi budak yang duduk terikat di atas kerusi plastik itu tidak bersalah dan kita mesti pulangkan budak yang tidak bersalah itu kepada penjaganya.

Fais dibenarkan keluar daripada bilik yang menakutkan itu dan menuju ke ruangan menunggu di mana Aina dan Ainil sedang menunggunya. Mereka berasa lega kerana Fais terlepas daripada soal siasat polis. Mereka dibenarkan menelefon penjaga masing-masing untuk mengambil mereka daripada balai polis. Setelah penjaga masing-masing datang untuk mengambil mereka, pihak polis memberitahu segala kejadian yang berlaku dan berterima kasih kepada mereka kerana telah merungkai misteri kehilangan Akim. Setelah kehilangan Akim, ibu bapanya telah membuat laporan tentang anaknya yang hilang pada 2 bulan lepas, tetapi dengan sikap kewibawaan mereka bertiga merungkai misteri kehilangan sahabat baiknya sendiri, laporan atau kes tersebut terus ditutup dan dianggap selesai.

misteri tangki biru Where stories live. Discover now