Part 7

1.2K 80 5
                                    

Namjoon's POV

Aku berlari sambil berpegangan tangan dengan Sowon.

Zombie zombie tu berada beberapa meter di belakang kami. Sedang mengejar.

"Namjoon, aku dah tak larat." ujar Sowon.

Ugh! Aku nampak tangga.

"Hah tahan lah, kita naik tangga tu." kami mandaki tangga. Tingkat asal kami tadi.

Sampai je,

Ada satu zombie menghendap aku, pegangan tangan Sowon terlepas. Aku terbaring sambil zombie tu himpit aku.

"Argh Namjoon hati-hati." ujar Sowon.

Aku tolak kepala zombie tu apabila gigi dia dah hampir dekat leher aku.

Dengan sekuat tenaganya aku tolak zombie tu dan berdiri balik. Kayu tadi aku ambil dan pukul badan dia.

Shit dia tak mati lah pula.

Aku hentak zombie tu dekat dinding. Dia meracau nak gigit aku.

Kayu tadi aku masukkan dalam mulut dia. Hah makanlah perisa kayu tu. Aku tumbuk kepala zombie tu berulang kali sehinggalah kepala dia pecah. Dia rebah dan tak bergerak.

***

Author's POV

Sebaik sahaja zombie tu rebah, Namjoon berpaling untuk mendapatkan Sowon.

Tanpa dia sedar, satu zombie menyerang dia dari belakang.

"Arghhh!" jerit Sowon.

Zombie tersebut beralih kepada Sowon apabila terdengar jeritan gadis itu.

Namjoon pantas berdiri dan memeluk zombie tu dari belakang. Dia tidak berdaya lagi hendak menahan zombie tersebut.

"Sowon, kau lari selamatkan diri." ujar Namjoon, dia memandang tepat ke dalam mata gadis itu.

"Tak, aku tak nak tinggalkan kau." ujar Sowon, matanya berkaca.

Namjoon hanya tersenyum.

"Aku dah tak tahan." kata Namjoon.

Zombie tadi menggigit lengan Namjoon.

"Aniyaaaaa Namjoon!!!" jerit Sowon. Air matanya serta merta mengalir deras.

Dari jauh kelihatan Jimin, Hoseok, Umji dan Yuju sedang berlari menuju ke arah Sowon dan Namjoon. Mereka dikejar 3 ekor zombie tidak jauh dibelakang mereka.

Jimin memukul kepala zombie yang menggigit Namjoon, zombie tersebut rebah.

"Sowon!!" jerit Yuju dan Umji.

Mereka berpelukan.

"Namjoon, Namjoon dia kena gigit." kata Sowon sedikit meraung.

"Kita kena pergi cepat, zombie tu dah semakin dekat." ujar Jimin.

Sementara Hoseok memeriksa keadaan Namjoon.

"Namjoon kau okey ke?"

"Aku dah..kena jangkit." Namjoon terbatuk-batuk.

Sowon mendekati Namjoon, dia meletakkan kepala lelaki itu atas ribanya.

"Namjoon, jangan tinggalkan aku." Sowon menangis.

"Maafkan aku Sowon, aku dapat jaga kau sampai sini je. Sowon, ingat pesanan aku tadi, ka..kau kena capai cita-cita kau untuk jadi penyanyi. Ja..ngan putus asa. A..ku sentiasa so..kong kau." selesai sahaja ayat itu, Namjoon tersenyum lalu terbatuk darah.

Make It Until Tomorrow [ BTS X GFriend ] ✔Where stories live. Discover now